Isnin, Oktober 07, 2013

PANDAI BUAT HUKUM


TERJEMAHAN HADIS DAN ALQUR'AN.
Sejak terjemahan dan tafsir yang begitu meluas sekarang, ramailah remaja, orang muda dan mereka yang prihatin dengan masjid bercakap mengikut hadis atau ayat alqur'an.

BAGUS! ..... TETAPI,

Jangan lupa tentang pengumpulan hadis bukan jadi hukum / fatwa.

Ingatlah tentang mazhab2 yang diiktiraf dan pemikiran AHLI SUNNAH WALJAMAAH dan fatwa2 yang telah dibuat.

Janganlah seolah-olah bila disebutkan satu hadis maka terus menjadi hukum / fatwa. Seolah-olah dalam Islam begitu mudah menjatuhkan hukum / fatwa.

Ahad, Ogos 18, 2013

Selamat Menyambut Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum,

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.

Hajat hati nak cerita penyakit yang melanda sejak 10 Ramadhan tempoh hari tapi senang cerita, kita cerita ubat penyakitlah pulak. Cari punya cari, penyakit saya ada ubatnya.

Penyakitnya ada disini.

Ubatnya ada disini laman web, kalau nak beli saya dapat duit sikit untuk beli pulak

Sekian. Terima kasih.

Isnin, Julai 15, 2013

Wawasan Pengurusan Masjid

Assalamualaikum,

Berikut adalah perkara-perkara penting yang akan dilaksanakan, insya' Allah.

PENGURUSAN INDUK

1- 18hb Ogos - Mesyuarat pengurusan bulanan

2- 1hb September - Mesyuarat Penyediaan Laporan Mesyuarat Agong.

3- 15hb September - Mesyuarat Agong Tahunan bagi tarikh 1hb Jun 2012 hingga 31hb Mei 2013.

BIRO TARBIAH

1- 25hb Ogos Mesyuarat Projek Tarbiah, mengenai penubohan kelas-kelas qiraat, fardhu ain dan bahasa Arab asas. Mesyuarat ini akan diadakan bersama Pengerusi-pengerusi surau, imam-imam, bilal-bilal dan tenaga pengajar dalam kariah.

2- 31hb Ogos - Iklan kelas- Hebahan, iklan dan borang tunjuk minat akan diedarkan.

3- 8hb September - Mesyuarat penyelarasan dengan tenaga-tenaga pengajar.

4- 14hb September - Kelas akan dimulakan.

bersambung...

Ahad, Julai 07, 2013

Tidak berminat / Tidak Dimaklumkan

Assalamualaikum,
Semalam, kami mencuba untuk membincangkan tentang kerjasama yang boleh dijalin oleh pihak masjid dan pihak surau.
Dibawah seliaan Masjid Ar-Rahman ada 4 sahaja surau yang berdaftar dengan JAIS - Klang.
Hanya wakil dari 1 surau sahaja yang hadhir dalam pertemuan tersebut.

Perkara tidak minat atau tidak diberitahu mungkin berlaku.

Rabu, Jun 12, 2013

Cerita 1 Tahun

Assalamualaikum, Bertemu kembali di blog saya. Tidak banyak yang hendak diperkatakan, hanya beberapa sungutan berlaku kerana mesyuarat agong untuk sesi Jun 2011 hingga Mei 2012 menjadi hambar kerana semua Pegawai dan Ajk sesi tersebut telah tidak hadir. Yang hadir hanya Bendahari yang dilantik walau pun kalah dalam undian pemilehan. Insya' Allah mesyuarat agong bagi tahun Jun 2012 hingga Mei 2013 akan dilaksanakan pada bulan September 2013 kelak. Harap2 Pegawai dan AJK sesi ii tidak memulaukan mesyuarat agong ini. Sekian. Terima kasih.

Ahad, September 02, 2012

Letak Jawatan

assalamualaikum,

Pagi ni dapat surat dari Pengerusi Biro Tarbiah. Dia letak jawatan sebab tak boleh seragam dengan Nazir masjid.

Saya tak boleh berkata apa2 sebab surat tu diberi salinan kepada beberapa orang kuat kampong.
Penasihat Masjid (Ketua Kampong)
Imam1 - (Setiausaha JKKK)

Nak pujuk pun tak boleh sebab surat tu dialamatkan kepada Setiausaha Masjid.

Walau bagaimana pun, saya ucapkan SYABAS kerana berani bertindak jika kita tak setuju dengan kaedah yang ada. Tapi janganlah putuskan hubungan dengan kawan2.

Ahad, Ogos 19, 2012

Menyambut aidilfitri - Banjir

Assalamualaikum,

Pagi tadi selepas solat sunat aidilfitri, tengok pejabat masjid dibanjiri air.

Gambar Hiasan


Saya bawa Penyelaras Dun tengok kawasan banjir dipejabat tersebut.

Begitulah laporan hari raya tahun ini.

Taqab ballallahu minna wa minkum.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat