Rabu, Disember 30, 2009

Singapura Dilanggar Todak, Malaysia?

Assalamualaikum,

Perkataan 'aura' saya kenal dan pelajari dari perbualan orang-orang lain yang sering bercerita tentang artis, orang berpengaruh dan ada 'magnet'.

Tadi, dalam berbincang tentang beberapa projek telekomunikasi dengan seorang berprojek; datang seorang lain dengan satu kisah disekeliling aura seorang hamba Allah.

Apa yang dapat dirumuskan dari cerita aura tersebut adalah seperti cerita 'Singapura Dilanggar Todak'. Pembesar negara yang berpengalaman dan berpangkat seperti Dato' Sri, Tan Sri dan sebagainya akan menjadi kerdil dengan kemunculan seorang budak yang mampu menasihati Raja tentang keselamatan negara.

Apa kesudahan cerita 'Singapura Dilanggar Todak' tersebut sungguh menyedihkan.

Selasa, Disember 29, 2009

Persatuan Penduduk P.Jaya

Assalamualaikum,

Tadi pagi, Presiden warga-emas mempelawa saya minum dikedai kelantan. Ini kali ke-2 beliau mempelawa saya ke cafe tersebut. Maka ada 2 presiden minum dan beberapa ahli kariah bermesra dengan kami.

Diantara perkara-perkara yang disoal bincang dan perlu dinyatakan diblog ini ialah mengenai penubohan persatuan penduduk.

Saya mencadangkan presiden warga emas sebagai yang tertua diantara presiden-presiden supaya berbincang dengan ketua kampong mengenai menubohkan persatuan penduduk P.Jaya dan sebagai ketua kampong beliau boleh mengumumkan dan memanggil penduduk ke satu mesyuarat tentang itu.

Petang ni, sebelum solat asar saya terima borang keahlian warga emas. Saya kurang nak faham. Ada kaitan atau tidak, wallahu a'lam.

Jumaat, Disember 25, 2009

Nazir Kariah / Jais

Assalamualaikum,

Nazir kariah perlu melaksanakan Islam demi menjaga kepentingan kariah.

Nazir JAIS perlu mengikut kehendak jabatan yang mengatur pengurusan masjid dalam melaksanakan Islam.

Ada individu yang hendak saya membuat begini dan begitu atas pandangan mereka tentang tugas dan S.O.P nazir. Hendak dibuang terus tak boleh, hendak diterima secara total pun tak boleh.

Selasa, Disember 22, 2009

Kelas Bahasa Arab

Assalamualaikum,

Kelas telah berjalan selama 3 malam. Pelajar ada lebih 15 orang. Dewasa matang 2 orang. Remaja 1 dan selebihnya kanak-kanak.

Semoga ada lagi yang berkeinginan untuk belajar.

Jumaat, Disember 18, 2009

Keperluan Masjid Ar-Rahman

Assalamualaikum,

Jumaat tadi, terdetik dihati untuk mengiklankan kepada umum tentang keperluan masjid kepada individu-individu untuk mengetuai/membantu bagi tujuan program dan aktiviti masjid untuk sepanjang tahun 2010, 2011 hingga Mei 2012.

Program atau aktiviti ini boleh dipimpin oleh pengerusi-pengerusi biro-biro yang ada atau pengerusi biro R&D, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat.

Program / aktiviti masjid:

1- Membuat Kelas AlQur'an, Kelas Bahasa Arab / Jepun / Tamil / Mandarin, Kelas Tulisan (Kaligrafi), Kelas Pengurusan Jenazah, Kelas (Bengkel) Imam dan Bilal.

2- Membuat Ceramah Berkala Motivasi, Kursus Perkahwinan, Kursus Umrah dan Haji.

3- Mengurus Lawatan-lawatan ke kilang, industri kampong, masjid-masjid.

4- ...
Berzanji 1


Berzanji2


Beberapa persoalan terapong disekitar masjid dalam lamunan menunggu khutbah selesai -
adakah hanya tinggal dalam catitan blog atau catitan minda? akan adakah respon positif dari pengiklanan nanti? mahukah ajk bekerjasama untuk menjayakan apa yang diimpikan?





Khamis, Disember 17, 2009

Kursus Akaun

Assalamualaikum,

JAIS membuat satu kursus akaun untuk Bendahari2 masjid semalam.

Dari masjid ini, telah dihantar seorang ajk dan seorang pemeriksa kira-kira untuk menghadiri kursus. Malangnya, pemeriksa kira-kira tidak dapat hadir. Bendahari dari awal tidak dapat hadir atas sebab tugas mata pencarian beliau.

Akhirnya yang hadir sepenuh hari 1 orang dan separuh hari seorang ajk masjid yang lain yang menjadi Bendahari Badan Kebajikan Kampong.

Jika masjid dapat hantar Bendahari masjid, Bendahari Badan Kebajikan Kampong, Bendahari JKKK, Bendahari Badan Warga Emas, Bendahari Persatuan Belia, Bendahari ...... alangkah selarasnya akaun semua badan amal dalam kampong.

Rasanya kursus ini bukan disebabkan tindakan SPRM.

Rabu, Disember 16, 2009

2 Pesakit VIP

Assalamualaikum,

Saya tidak menulis tentang tujuan lawatan saya di Kelantan hari tu.

Tujuan utamanya ialah mencari buku-buku saya yang telah ditinggalkan 3 tahun yang lalu. Alhamdulillah, sebahagian besar dari buku-buku tersebut telah berjaya diselamatkan. (ada banyak lagi)
(Belas kasih saya kepada Ustaz Zaini yang telah menyabung nyawa menyelamatkanya)

Dalam lawatan itu juga, sempat saya diberitahu oleh ustaz Zaini tentang kesihatan Tuan Guru Hj. Hashim (Tok Guru pondok Pasir Tumboh). TG telah lama berehat dari mengajar atas sebab2 kesihatan beliau.

Ketika itu juga, Baginda AlSultan Kelantan sedang gering dihospital Singapura.

Saya juga ingin mendapatkan perincian projek yang diperkatakan oleh PA kepada PA seorang exco.

Isnin, Disember 14, 2009

Harga Makan GM/KB/SA


Assalamualaikum,

Berikut adalah harga makan tengah hari di Gua Musang / Kota Bharu / Shah Alam.

Di Gua Musang, saya singgah makan dipekan Gua Musang bukan di R&R. Hitung panjang harga ialah RM5.00 seorang untuk nasi, ikan keli goreng, sayur dan teh ais.

Di Kota Bharu, RM5.50 seperti mana makanan yang sama.

Di Shah Alam, RM7.50 bagi menu yang sama. Entahlah jika peniaga silap kira.

Tuan kedai makan di kompleks PKNS tu orang Kelantan (melalui percakapan yang saya dengar antara dia dan pekerjanya).

Biasanya pekerja akan kira nilai makanan kita semasa kita sedang makan dan diselit bawah pinggan atau kotak letak tisu dimeja kita.

Nanti, beberapa hari lagi saya akan ke KL sentral dan nak makan nasi, ikan keli goreng, sayur dan teh ais. Kalau dapat nak cari tuan kedai Kelantan juga.

Saya akan beritau harganya.....sabar.

Sabtu, Disember 12, 2009

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Cuti sekolah hampir berakhir. Apa aktiviti cuti sekolah yang dibuat oleh masjid Ar-Rahman? TIADA! Ya....T..I..A..D..A

TIADA.....tiada....tiada

Masjid lain ada buat program berkhatan beramai-ramai.
Masjid lain ada buat program berkhatam qur'an beramai-ramai.
Masjid lain ada buat program membuat blog untuk remaja.
Masjid lain ada buat .............

Masjid Ar-Rahman ada buat cuti-cuti nazir di Kelantan.(kos nazir tanggung sendiri)



Gambar diambil dimasjid Nur Aini, Pasir Hor. Kelantan. Masjid baru siap. Belum ada nazir lagi dilantik disini.

Kos pembuatan masjid 100% penduduk tempatan. Depan masjid ada bangunan dibina dan dijadikan sekolah rendah islam pintar (SRIP). Kalau nak hantar anak kesekolah ini sila hubungi Ustaz Zaini 013-963-5490.

Yang ni gambar sekolah. Masjid berada dibelakang sekolah.

Khamis, Disember 10, 2009

Kejar Mengejar Perubahan

Assalamualaikum,

Hari ini sepatutnya balek dari Kelantan. Memang balek tapi perbelanjaan yang ditanggung untuk memastikan dapat balek menjadi mahal kerana tiada tiket KTM.

Tambang untuk beli tiket ialah RM30. Tambang tiket lain.

Dalam urusan membeli tiket dan mencari tempat membeli tiket telah banyak berubah. Kelantan khasnya KB telah banyak mengalami perubahan. Itu baru 4 tahun saya meninggalkan KB.

Masa ditinggalkan ada dataran KB, sekarang telah menjadi jalan sehala. KTC (Kelantan Trade Centre) telah digunakan. Semalam ceramah Tg Nik Aziz, MB Kelantan di KTC.

Banyaklah perubahan yang tidak dapat dinyatakan disini. Yang tidak berubah, ialah orang / penduduk KB, orang luar yang datang atau orang tempatan kelihatan seperti dulu. Ceria, ketawa, riang, peramah sokmo.

Selasa, Disember 08, 2009

Check-Out

Assalamualaikum,

Tengah hari ini kena check-out dari resort Perdana PCB. Kena check-out tu bukan bermakna kena tendang keluar, keluar dari resort kerana nak check-In kat hotel lain.

Lepas ni nak ke Terengganu dan mungkin bermalam disana. Dengar khabarnya masih banjir dibeberapa tempat di Terengganu.

Berita hangat semasa di KB ialah tentang kereta jatuh dari atas bangunan KB Mall. Mati juga 2 orang. Hangat satu Kelantan cerita ni dan mungkin menjalar ke seluruh tanah air kerana kejadian berlaku di Kelantan.

Semasa bertolak dari Klang, saya di SMS dengan berita kematian ahli kariah.Semasa di Kota Bharu terjadi pula kematian ngeri, kena hempap dengan kereta dikompleks membeli belah.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raajiun. AlFatihah.

Isnin, Disember 07, 2009

Yang Memberi Menerima


Assalamualaikum,

Sekarang saya di Kota Bharu. Apa yang saya nampak dan rasai pada hari ini ialah ada yang memberi dan ada yang menerima.

Ada seseorang meminta dari saya. Saya ingin memberi tetapi saya telah menjadi peminta sebab saya diberi. Dalam perkara saya ingin memberi tetapi jadi penerima bukan kemahuan saya.

Sipemberi mungkin juga sipenerima. Tidak semestinya sipemberi tidak menjadi sipenerima.

Soalan timbul: apa yang diberi dan apa yang diminta? Saya ingin memberi tetapi telah menerima.

Jumaat, Disember 04, 2009

Lembu Terkorban Di siasat

Assalamualaikum,

Hari tu lepas aidilfitri, SPRM siasat penyata kewangan. Mana resit, mana penyata keterangan, mana masuk dan mana keluar wang dan ....

Kali ni, lepas aidiladha mungkin ditanya pulak mana pergi daging korban.

Saya kira-kira (kiraan saya) masjid kali ini mengorbankan 11 ekor lembu dan 1 ekor kambing tentu akan mendapat sebanyak 10,000 kg daging. Ini mengambil kira 1 ekor lembu boleh dapat 80-100 kg daging. Tidak termasuk hati, limpa dan tulang.

Jika dibahagikan kepada 600gram satu bungkus menjadi 1500 bungkus.

Setelah dimasak makan oleh pekerja korban sebanyak 50 bungkus = 30kg daging, maka tinggal 1,470 bungkus.

Agihan ialah dengan datang ambil sendiri. 1,470 bungkus untuk ahli kariah datang kemasjid dan ambil. 1 orang 1 bungkus. 1,470 orang telah datang kemasjid untuk ambil daging korban.

Adalah orang mengadu tak dapat daging korban. Bukan sekali ni malah sejak bertahun-tahun yang lalu.

Bak kata pepatah Timbalan Nazir: "Buat pun orang cakap(mengata), tak buat pun orang cakap (mengata)".

Selasa, Disember 01, 2009

Pendidikan BerWawasan

Assalamualaikum,

Saya ingin bercadang kepada JAIS supaya memberi sedikit peruntukkan peratus pelajar dari setiap masjid untuk mendapat tempat disekolah-sekolah ugama kerajaan di Selangor.

Mithalkan sekolah ugama kerajaan seluruh Selangor memerlukan 1000 pelajar setiap tahun, maka masjid-masjid setiap kariah perlulah diberi peruntukkan. Jika dihitung maka setiap kariah masjid akan menghantar 2-3 pelajar sahaja, mengambilkira ada 378 masjid didalam Selangor.

Jika dikawasan sesuatu masjid tidak melahirkan bilangan pelajar yang cukup, maka masjid lain yang ada lebih pelajar dari kuota bolehlah mengisi tempat tersebut.

Sekarang ini, ibu-bapa tercari-cari untuk menyambung pelajaran ugama bagi anak-anak mereka yang cemerlang dalam pengajian ugama.(saya didatangi ibubapa-ibubapa yang bertanyakan dan menginginkan saya menolong untuk menguruskan anak-anak mereka yang ingin meneruskan pengajian ugama diperingkat sekolah menengah)

Perkara ini agak berat diJAIS kerana keadaan pentadbiran dan pengurusan mesyuarat nazir-nazir selama 5 bulan ini tidak menyentuh sedikit pun wawasan pelajar ugama.

Isnin, November 30, 2009

Kelas Masjid Ar-Rahman

Assalamualaikum,

Seperti yang telah dibincangkan oleh rakan-rakan masjid, pada bulan disember ini akan kami cuba mengadakan kelas-kelas bimbingan untuk para remaja dan sebagainya.

Saya dengan kapasiti saya hanya dapat membimbing kelas bahasa arab. Begitulah juga rakan-rakan yang lain mengikut kemampuan mereka. Kesimpulanya ialah menghidupkan aktiviti remaja dimasjid.

Namun, sehingga kini penghujung bulan november, tiada nampak gerak sesiapa. Sama ada saya menunggu atau yang lain-lain menunggu saya atau kami sama-sama menunggu daging korban habis dan gout saya susut, wallahu a'lam.

Penggerak ada tetapi pemula tiada.

Ahad, November 29, 2009

Takbir Rumi

Assalamualaikum,

Allaahuakbar. Allaahuakbar. Allaahuakbar. atau

Allaa huakbarullaa huakbarullaa huakbar.

Laa ilaa haillallaa huwallaa huakbar.

Allahuakbarwalillaa hilhamd.

--------

Allahuakbar kabirang walhamdulillahi kasiraa atau

Allahuakbar kabiraa. walhamdulillahi kasiraa

wasubhanallahi bukratang wa asilaa

laa ila haillallahu wala na'budu illa iyyaah. walau karihal kafirun.

laa ila haillallahu wahdah sadaqa wa'dah. wanasara abdah. wa a az zajudun dahu waha zamal ahdah bawah dah.

laa ila haillahuwallahuakbar. allahuakbar walillaa hilham.

(maaf jika silap dalam merumikan)

Takbir Suka-suka

Assalamualaikum,

Telah 2 hari raya berlalu dan telah dengar 2 kali takbir yamg dialunkan oleh orang-orang yang sama dimasjid.

Rumusannya, telah belajar kesilapan-kesilapan dalam 2 takbir raya tersebut.

Secara umumnya, takbir-takbir tersebut dialunkan atas dasar ada bunyi dan irama takbir raya.

Takbir raya dialunkan dalam bahasa arab, maka jika arab yang mendengarnya tentu dia tidak faham apa yang disebutkan. Bukan semua perkataan tetapi ada perkataan-perkataan yang salah sebutan.

Sangkaan baiknya ialah perkataan "jalan" disebut oleh orang kelantan menjadi "jale", orang terengganu menyebut "jalang", orang melaka sebut "lalu", orang kedah sebut "pi", orang mana-mana entah sebut "go" dan banyak lagi versi.

Kesudahannya, takbir raya dialunkan atas dasar ADAT bukan IBADAT.

Versi 1:

Versi 2:

Versi 3:

Versi 4:

Jumaat, November 27, 2009

Aidil-adha rengkas

Assalamualaikum,

Pagi ni solat aidil-adha sangat rengkas. Tiada ucapan ketua kampong pusat, ketua kampong dan tiada ucapan nazir masjid. Nazir pun tidak mengimamkan takbir.

Lepas solat ketika bersalaman, ketua kampong pusat, ustaz najib (yang dikatakan oleh penasihat sebagai ketua pemuda umno) dan beberapa pimpinan umno berjumpa saya dengan undangan majlis korban mereka.(2 ekor lembu)

Cikgu sekolah menengah pandamaran jaya juga menjemput untuk majlis korban mereka pada hari isnin. (Imam1 menolak terus untuk hadir!)(8 ekor lembu)

Darul Mujahidin menjemput untuk majlis korban mereka pada hari sabtu. (11 ekor lembu)

Masjid membuat korban pada hari sabtu juga. (11 ekor lembu yang 2 di"sponsor" oleh jkkk [harap-harap pisang tak berbuah 2 kali])

Kena dengar lagu lembu sekali lagi.

Khamis, November 26, 2009

Melepas Jawatan

Assalamualaikum,

Dalam beberapa minggu bulan ini, saya tidak berapa aktif mengulas perlakuan dan tidak memberi perhatian kepada apa yang berlaku dimasjid.

Akibatnya, banyaklah peristiwa dimasjid yang apabila ditanya, saya akan terpinga-pinga dan sebenarnya tidak salah sesiapa tetapi saya yang tidak memberi perhatian. Mengikut kaedah kerja sepatutnya saya perlu melepaskan jawatan ini.

Ada juga beberapa kali saya diberitahu bahawa ketiadaan imam solat fardhu dimasjid. Imam pun kena melepaskan jawatan mereka jika mereka merasa mereka tidak boleh berkhidmat. Tidak timbul masalah kesihatan atau kesibukan.

Sesiapa juga yang merasa tidak efektif menjalankan tugas dalam organisasi masjid sepatutnya melepaskan jawatan mereka.

Sunnah alam (the law of science): Sabab musabab dan berlawanan.

Sabtu, November 21, 2009

Lembu Korban

Assalamualaikum,

Minggu depan, hari raya korban. Dari pengistiharan yang dibuat, masjid akan menyembelih 5 ekor lembu dan se ekor kambing.

Saya juga turut serta korban tahun ini tetapi dibuat di kampong endah banting. Tuan punya lembu akan menyiapkan segala-galanya dan kaum kerabat saya akan datang untuk mengambil daging yang telah dibungkus 1 kilo sebungkus.

Jumaat, November 13, 2009

Tertanya-tanya

Assalamualaikum,

Ramai pulak yang tanya tentang lawak SPRM. Dari imam hingga ke ahli jemaah yang tak peduli.

Jika perkara begini menarik perhatian untuk mengetahui hal masjid, maka banyak lagi isu yang boleh ditimbulkan kepada SPRM.

Contohnya: Projek Dataran Pelbagai

Believe it or not


Assalamualaikum,

Ada dua rancangan tv, you asked for it dan believe it or not. Dalam bahasa melayu, anda bertanya untuknya dan percaya atau tidak. Tak masuk dalam ni ialah guinness book of record yang dalam bahasa melayu buku rekod guinness. Guinness tu tak tau pulak sama ada nama orang, benda atau makna perkataan.

Jika anda bertanya saya tentang masjid ar-rahman maka anda kena "believe it or not" cerita/kisah peristiwanya. Jika hairan maka "you asked for it". Jika reaksi anda kata: "mana ada orang buat" atau "tak pernah dibuat orang" maka itu adalah di "guinness book of record".

Apa yang anda ingin tahu tentang masjid ar-rahman?

Rabu, November 11, 2009

Semua Salah

Assalamualaikum,

Setelah tersebar berita SPRM (BPR) memanggil Bendahari, maka dihebahkan berita tersebut ke segala pelusuk kariah berita itu oleh penasihat. Penasihat menggunakan segala bentuk hebahan yang boleh untuk memberitahu kepada ahli-ahli kariah akan berita tersebut.

Dalam berita-berita tersebut, penasihat memasukkan juga elemen menggugut sesiapa juga yang terlibat sehingga terpanggilnya Bendahari ke SPRM. Saman malu, tindakan mahkamah dan solat hajat akan dibuat terhadap sipengadu.

Setakat ini, seorang ajk disyaki oleh penasihat membuat aduan ke SPRM dan telah diberi amaran lisan oleh penasihat. Dengar cerita, ada seorang lagi yang hampir menyerupai ajk tersebut telah diberi amaran.

Semua orang salah, hanya dia yang betul. Begitulah rumusan dari tindakannya.

Isnin, November 09, 2009

Siasatan Dalam Kamar2

Assalamualaikum,

Hasil dari pertemuan dengan ustaz Anuar,sebelum kepejabat SPRM, saya dinasihati oleh ustaz Anuar supaya membuat SEMUA keputusan yang melibatkan masjid.

Beliau bertanya: sama ada penasihat menganggu saya dalam mesyuarat atau keputusan yang saya buat. Saya kata tidak, kecuali dalam mesyuarat tentang Ramadhan. Penasihat telah seolah-olah mengambil-alih mesyuarat tersebut.

Ustaz Anuar juga telah menegaskan bahawa jika terdapat mana-mana penceramah yang tidak bertauliah berceramah dimasjid, maka Nazir akan didakwa.

Dipejabat SPRM, walau pun bukan saya yang sepatutnya disoal, namun ada surat yang ditunjukkan oleh pegawai SPRM memerlukan penerangan dari saya. Surat berkenaan dengan pinjaman yang dilakukan oleh Penasihat telah ditunjukkan dan penerangan(bukan keterangan) saya diambil.

Hasil dari siasatan/perbincangan tersebut, Bendahari pening kepala dan saya pening lalat. Saya makan roti canai dan minum radix kosong sementara Bendahari makan tosei, wadeh dan barli panas. Saya bayar RM5.00 pada mamak kedai depan Maybank Port Klang.(Hasil dari lonjakan peristiwa, terbabas lak)

Siasatan Dalam Kamar1

Assalamualaikum,

Pagi tadi, saya dan Bendahari melawat pejabat agama islam daerah. Selepas beberapa minit dengan ustaz Anuar dan Ustaz Farid, saya sempat bertemu kenalan saya semasa diDamansara dulu, Ustaz Hadri, Pegawai agama Daerah Klang sekarang.

Kami ke pejabat SPRM dan sempat bertemu dengan wakil pemuda masjid yang memberi satu dokumen kepada Bendahari, bapa saudara dia yaitu adik Penasihat.

Dalam siasatan atau pun soal-selidik yang dijalankan, pegawai SPRM mengatakan bahawa fail siasatan tidak dibuka lagi untuk aduan sekarang. Hari ini hanya untuk mendapatkan maklumat dan dokumen bukti. Dokumen bukti ialah dokumen terperinci tentang penerimaan wang dan perbelanjaan semua wang yang dibuat oleh masjid sempena Bulan Ramadhan tempoh hari.

Setelah dibincangkan, kesilapan yang dilakukan oleh pengurusan masjid ialah:

1 - mengeluarkan borang untuk tujuan mengutip dana dari orang awam.
a - borang tahlil
b - borang berbuka puasa

2 - tidak mengeluarkan (mempamerkan) penyata terperinci penerimaan dana dari orang awam.

3 - tidak mempamerkan penyata terperinci perbelanjaan yang dibuat.

Bendahari telah diminta membuat semua penyata-penyata tersebut menjelang hari Khamis dan jika SPRM berpuas hati dengan penyata-penyata tersebut, tiada fail siasatan akan dibuka.

Sabtu, November 07, 2009

Perkara Ganjil Berlaku

Assalamualaikum,

Selepas solat Jumaat semalam, ramai pulak AJK-AJK Masjid yang begitu mesra bersalaman dengan saya. Hairan juga. Selalunya saya yang mencari mereka dan terhegeh-hegeh menghulurkan tangan minta disalam.

Timbalan dengan senyum lebarnya dan Imam1 dengan ramah mesranya berbual dengan saya dan bercerita tentang aktiviti-aktiviti masjid. Pelik tapi itulah yang berlaku.

Andaian saya: Ini mesti kes gempa bumi diPadang telah menyedarkan mereka. (Kes BPR tu tak mungkin sebab mereka kebal)

Lawak Serius BPR

Assalamualaikum,

Pada hari Isnin datang, saya akan menemankan seorang ajk masjid yang dipelawa untuk ditemuduga oleh BPR. Ya, BADAN PENCEGAH RASUAH dengan nama barunya ..... saya dah lupa.

Ajk tersebut pada mulanya ingatkan panggilan telefon kepadanya oleh BPR adalah gurauan kawan2 dia, tetapi akhirnya serius dengan panggilan tersebut adalah dari BPR.

Dari suaranya menelifon saya, saya dapat anggarkan keseriusannya dan pada lepas Jumaat saya berjumpa dia dan dia mengesahkan bahawa satu pertemuan akan diadakan pada hari Isnin nanti. Dia meminta saya menemani dia.

Tanpa ribut, kilat, petir dan angin, ada pulak orang lain telefon saya dan bertutur seperti merayu-rayu untuk saya mempertahankan ajk tersebut. Hairan juga dibuatnya. Kenapa dia pulak terasa sangat dengan panggilan BPR tersebut.(Bagaimana dia tahu perkara ni ...jangan tanya dulu. Setakat ini yang tahu perkara ini [dari sudut pengetahuan saya] adalah dia, saya, orang lain, 1 pegawai JAIS.)

Perasan pulak saya: Saya ni pembakar semangat kot.

Jumaat, November 06, 2009

Positifnya Negatif

Assalamualaikum,

Pergolakan yang berlaku dimasjid sedikit sebanyak telah membantu saya melupakan hasrat saya untuk memulakan kelas bahasa arab untuk ahli jemaah. Begitulah positifnya negatif yang ada dalam minda saya sekarang ini.

Dengan kaedah tidak mahu mendengar penerangan, bersuara lantang dan bersikap tiada yang salah dipihak aku dan hanya menyalahkan orang lain, sesaorang telah berjaya mempengaruhi saya supaya tidak bersemangat untuk meneruskan hasrat untuk membuat sesuatu kebajikan dimasjid.

Kelemahan penentang hasrat tersebut hanyalah dia tidak dipileh oleh ahli jemaah dalam pembentukkan pegawai dan ajk masjid. Dia dipileh oleh individu tertentu yang tidak jelas apa tujuan atau muslihat dalam masjid.

Positifnya minda saya ialah ingin meneruskan juga kelas bahasa arab tersebut dengan beberapa individu yang menunjukkan minat. Insya Allah, kelas akan bermula.

Khamis, November 05, 2009

Pening Bisnes @ Profit/Loss

Assalamualaikum,

Dalam perniagaan, kita akan mengira untung dan rugi atas apa jua tindakan yang dibuat. Hendak pergi atau tidak, hendak beri atau tidak dan segala-gala hendak atau tidak akan dikaji dari sudut untung dan rugi perbuatan tersebut.

Yang ambil kesempatan akan menggenakan "cukai" atas keuntungan dan transaksi penjualan.

Dalam pengurusan masjid, perbelanjaan melibatkan penggunaan dana ahli kariah.

Ahli kariah termasuk orang kaya-raya, orang papa-kedana, fakir miskin, yatim piatu dan berjenis macam orang lagi akan menabung ke masjid. Pegawai masjid dan ahli jawatankuasa akan menguruskan masjid menggunakan dana tersebut.

Tiada Profit and Loss disini. Mereka tidak boleh mempertikaikan perbelanjaan tersebut kerana tiada kiraan untung dan rugi. Hanya perbelanjaan sahaja yang perlu dicatitkan untuk makluman umum.

Berikut adalah soalan yang relevan untuk ditanya pada mesyuarat agung atau dialog:

- berapa kali pengajian berlaku,
- berapa upah untuk kerja ini,
- perbelanjaan runcit ini, beli apa
- dan soalan2 lain yang tidak memerangkap pengurusan.

Semua jawapan soalan diatas akan dijawap secara umum dan tidak mengandungi unsur kenapa dilakukan demikian kerana akan merugikan masjid.

Betulkah kenyataan ini: Tidak timbul masalah penyelewengan dan salah guna wang masjid kerana SEMUA PEGAWAI dan AJK MASJID ingin membuat kebajikan dan tahu bahawa HARAM menggunakan duit masjid kepada perkara yang tidak betul.

Isnin, November 02, 2009

Niat dan Hasrat

Assalamualaikum,

Dalam kamus fahaman saya: Hasrat ialah satu impian atau keinginan untuk membuat sesuatu. Niat ialah proses melaksanakan impian atau hasrat tersebut.

Keputusan proses dari niat dan hasrat belum tentu seperti mana yang dikehendaki atau diimpikan.

Satu contoh: Saya menjadi nazir atas pencalonan dan pertimbangan yang dibuat oleh banyak pihak. Hasrat saya ialah menjadikan sesuatu dikariah saya dalam keadaan baik dan harmoni. Atas impian tersebut, saya berniat seperti mana hasrat saya dan saya berniat juga setidak-tidaknya jika saya gagal berbuat untuk kariah, maka saya sendiri perlu berbuat baik dan mengharmonikan diri saya dengan sesiapa juga dalam kariah saya.

Kegagalan saya berbuat seperti yang dihasrat dan diniatkan bukan bermakna saya tidak berbuat atau tidak cuba melaksanakan niat saya. Hanya mungkin hasrat tidak kesampaian.

Sekarang ini, bukan niat kena baik tapi bersangka baik dengan segala sesuatu, walau pun gagal melaksanakan apa yang diniat dan hasratkan.

Khamis, Oktober 29, 2009

Sponsor 3000 / Bagi 388 + 900

Assalamualaikum,

Dekat zohor tadi, saya dihubungi oleh penasihat dan pertemuan dibuat dimasjid seperti yang dipersetujui bersama.

Dalam hati berkata-kata juga?? apa halnya pulak ni.

Rupanya nak minta pengesahan tentang perbelanjaan bubur lambok Ramadhan hari tu. Dia nak minta tanda tangan saya diatas suratnya meminta orang tertentu menyalurkan dana sponsor bubur lambok Ramadhan.

Saya ingat kes tu dah habis sebab telah disebut dalam mesyuarat pengurusan tempoh hari. Jadi fail saya belum tutup lagi sehingga dia membayar RM3,000 kepada pihak masjid. Ada surat yang kami sama-sama tanda-tangan tempoh hari tentang RM3,000 ni.

Lepas asar, pergi pula jumpa Nazir Proton diMasjid Lipat Kajang untuk beli bulk SMS RM388 untuk kegunaan "masjid" dan sistemnya buat sendiri RM900.

Sangkaan baiknya ialah ingin memakmur dan mengimarah masjid, tidak kira kaedah.

Rabu, Oktober 28, 2009

Take it Easy

Assalamualaikum,

Apa pun kekecohan yang berlaku didalam mesyuarat pengurusan masjid atau didalam masjid atau kerana masjid, saya berpendapat kuat adalah untuk kebaikan semua ahli jemaah masjid.

Kekecohan berlaku apabila ada tindakan atau nampaknya ada tindakan yang tidak diperkenan oleh orang lain, adalah untuk kebaikan juga.

Dimasjid dan untuk masjid, pastinya yang membuat mencari pahala. So, take it easy.

Kenyataan ini tidak mengira sama ada memujuk hati saya sendiri atau pun memujuk hati orang lain, adalah satu penenang jiwa. So, take it easy.

Mencari Pahala Dapat Dosa

Assalamualaikum,

Setelah hidup selama 55 tahun dan berkecimpong dengan masjid selama berpuluh tahun, maka pada tahun ini saya ketahui bahawa mencari pahala tidak semestinya mendapat pahala.

Satu contoh jelas ialah apabila sesaorang yang bersedekah (bahasa korporatnya ialah sponsor) kemudian dia kata pada orang ramai bahawa dialah yang bersedekah (sponsor) untuk menjayakan satu-satu perkara tersebut.

Ada ketikanya mencari pahala tetapi dapat dosa.

Contohnya seperti contoh yang sama diatas tetapi sekali ni dia sponsor tetapi guna duit orang lain. Sampai satu masa dia kata sponsor tu pakai duit dia.

Mesyuarat Pengurusan Ramadhan 1430

Assalamualaikum,

Maka entah kenapa saya hilang minat untuk mencatitkan blog selepas mesyuarat tempoh hari.

Saya tidak patah semangat. Hanya rasanya saya kecewa sedikit. Saya bukan putus asa.

Hendak kata ajk budak2, semua dah menjangkau lebih 50an.

Isnin, Oktober 26, 2009

Penasihat Longkang

Assalamualaikum,

Siang Ahad tadi telah berlansung mesyuarat merangkumi 4 bulan laporan yang tidak dihantar kepada pengurusan. AJK baru sesi 2009 memang hebat. Matlamat ingin mengondol hadiah rekod terbaik pentadbiran masjid.

Saya telah hantar surat untuk semua ajk menghadiri kursus kepimpinan diri.

Pembuka mesyuarat telah dihangatkan dengan persoalan dari wakil pemuda dan timbalan mengenai jemputan kepada penasihat. Mereka bertanya kepada saya, mengapa tidak menjemput penasihat dan dalam kekecohan tersebut, saya ada terdengar statement tentang "bagaimana penasihat ingin (menjawap)membela diri jika dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan dan beliau tidak ada dalam mesyuarat?".

Mesyuarat belum bermula ketika kekecohan ini berlaku.

Mesyuarat ini pun bukan mesyuarat tentang tingkah-laku penasihat.

Sepanjang mesyuarat, saya dan ajk-ajk yang tidak sebulu dengan penasihat tidak pun menimbulkan atau menyindir tentang perilaku penasihat.

Hanya, saya ada komen sedikit pada permulaannya: "Penasihat hanya akan dijemput kedalam mesyuarat jika pihak masjid ingin membersihkan longkang didepan masjid".

Sabtu, Oktober 24, 2009

Jumpa Bos

Assalamualaikum,

Hari Jumaat hari tu, pergi jumpa bos. Dipendekkan cerita, bos cadang buat mesyuarat agong.

Dalam hati tak mau mesyuarat agong.

Dengan banyaknya laporan-laporan tidak dibuat, banyaklah silap kalau buat mesyuarat agong.

Saya kata bubarkan saja. Bos kata, susah. "susah" tu sebenarnya saya tak faham seperti mana bos faham.

Tutup cerita saya balek tidor. Nak tidor, ajk pulak datang. Dia kata nak mesyuarat. Saya kata, mesyuarat apa? Dia kata mesyuarat agong. Aduh! Saya kata tak boleh! Dia kata kain rentang iklan dah pasang pun. Saya kata, kain rentang apa? Dia kata kain rentang makluman mesyuarat agong.

Hari ni pergi tengok kain rentang depan masjid. Kain rentang kata "Mesyuarat Agong Badan Kebajikan". Mati-mati ingat mesyuarat agong masjid.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Lama Tak Jumpa

Assalamualaikum,

Dekat 2 minggu tak tulis apa-apa. Go Out sekali ni betul-betul menyiksa. Lagi banyak ubat diterima dari yang bersimpati, lagi bisa gout ni menyiksa.

Saya tak mahu perasaan dikawal oleh gout. Bila ketuk kekunci pc, isu yang dicerita lain, yang dipapar lain.

Selain tu, bil broadband ni pun baru settle, barulah dapat berblogging semula. Duit FD beberapa puloh tahun dulu baru dapat dikeluarkan, maka barulah boleh angkat hidung sikit. Sebab tu cerita pasal duit.

Duit ni nak buat korban untuk tahun ni. Duit ni nak bisnes sikit. Duit ni nak bayar hutang semua. Duit ni nak bagi kat masjid sikit. Duit ni jugalah nak joli sikit. Semua nak guna duit ni.

Nazir Bagan

Assalamualaikum,

Hari tu dengar cerita, masjid tak berduit. Hari ni nak tulis berita, nazir tak berduit.

Mesti nak lari dari dilabelkan makan duit atau songlap duit atau kelipet duit. Apa pun, bila sebut tentang duit, ramai yang kata pada zaman sekarang tidak ada salahnya tentang kegiatan duit ni.

Nak halalkan duit? senang sangat. Dapat duit mana-mana, bayar zakat. Bagi orang miskin makan sikit, canang dalam surat khabar, duit haram jadi halal. Kalau semua orang kata halal, maka halalan toyibanlah duit tersebut. Fatwa ni dapat kat Bagan Pinang.

Isnin, Oktober 12, 2009

Multi Wirid

Assalamualaikum,

Hari tu ada ahli jemaah yang minta komen tentang kegiatan wirid yang diketuai oleh pegawai masjid. Wirid tu macam terkeluar dari kebiasaan yang dilihat oleh ahli jemaah.

Berikut adalah zikir-zikir yang saya jumpa kat internet, takat ini.


Zikir -


Apakah pandangan saudara? Perhatikan budak ditengah bulatan.

Yang ini, macam mana? perhatikan orang yang ditengah.


Ada persamaan?


Yang ini?

Video yang ini pula hampir sama dengan apa yang berlaku dimasjid saya, tapi seorang dua aje yang terhenjut-henjut seperti saya nyatakan diatas, bukan semua jemaah.

Ahad, Oktober 11, 2009

Kumpulan Marhaban

Assalamualaikum,

Dalam mesyuarat-mesyuarat kendalian masjid, saya betul-betul terlupa tentang badan-badan pertubuhan yang ada pada ahli kariah. Satu daripadanya ialah KUMPULAN MARHABAN atau KUMPULAN BERZANJI.

Sebabnya: saya bukan ahli bidang tersebut, ayah saya memang pakar bidang ini.

Saya dibesarkan semasa masyarakat Islam mula bersungguh-sungguh ingin mempraktikkan Islam. Masa itu, Hijab menggantikan selendang. Di ITM, pelajar perempuan gondol belaka, tidak berselendang (fesyen orang tua)tetapi di UTM telah ada beberapa pelajar memakai hijab. Anak saya adalah pelajar tunggal yang memakai hijab (tudung) disekolah rendah ketika itu (mak dia jahitkan) dan yang lelaki pula memakai seluar panjang. Itu pun untuk mencari / membeli seluar panjang budak lelaki, saya pusing dari Tanjung karang hingga ke Banting.

Maka tumpuan pada zaman itu ialah perubahan yang lebih kepada cara mana Islam dipraktikkan dalam masyarakat. Marhaban dan berzanji sekadar setahun sekali ketika menyambut maulidur Rasul.

Saya berhasrat untuk menghidupkan semula pasukan marhaban tersebut dan jika keadaan ekonomi masjid menggalakan, saya akan mencadangkan dalam pengurusan masjid untuk memberi peruntukkan bulanan dari masjid supaya kumpulan tersebut dapat menjalankan kegiatan mereka.

Silalah dengar selawat berikut yang dimodenkan.

Yang ini adalah cara tradisional pula, tengok dan dengarlah.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Masjid Tak Berduit

Assalamualaikum,

Sejak Syawal hari tu, baru Jumaat hari ni saya dapat menunaikan fardhu Jumaat. Ini adalah jumaat yang ketiga jika saya tidak pergi fardhu jumaat.

Lepas solat Jumaat tadi, Hj. Safiee kata pada saya bahawa masjid tidak ada duit nak ganti lampu yang rosak. Dia dapat perkataan dari siapa, saya tak tahu.

Jika pengerusi jkkk bayar hutang, kurang-kurang masjid ada RM4,000.00.

RM1,000 hari tu dia janji nak sponsor majlis israk mikraj. Sebab belum dapat duit sponsor, guna duit masjid dulu.

RM3,000.00 pulak sebab dia nak sponsor bubur lambok. Pinjam duit masjid dulu.

Nanti pada mesyuarat pengurusan barulah tahu jumlah kutipan dan jumlah perbelanjaan. Itu pun, jika Bendahari buat penyata kewangan.

Khamis, Oktober 08, 2009

CALL CENTRE AR-RAHMAN

Assalamualaikum,

Dipelawa kepada ahli kariah yang berminat untuk khidmat mengendali Call-centre masjid Ar-Rahman Pandamaran Jaya.

Satu kertaskerja sedang dibuat untuk call-centre tersebut. Kertaskerja mengandungi SOP (standard Operating Procedure) tatacara pengendalian serta butiran terperinci untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

1 - pengurusan jenazah bersepadu,
2 - pengurusan tuntutan pelbagai,
3 - pengkalan info berinternet,
4 - penubuhan pusat tahfiz,
5 - pusat bayaran bil setempat dan
6 - pengkalan-pengkalan perkhidmatan lain yang difikirkan patut untuk ahli kariah.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salinan kertaskerja tersebut, bolehlah meminta dari saya. Sila beri alamat emel dan berikan sedikit keterangan diri anda untuk saya pertimbangkan.

Oh! sedapnya

Assalamualaikum,

Ada 2 perkara sedap berlaku semalam.

Sedap1 - Lepas isyak semalam, telah diadakan mesyuarat tertutup kontingen ahli jemaah yang ingin bertemu Dr. Hassan Ali dirumah saya.

Mereka ingin mengadu hal tentang gerakgeri penasihat dalam bulan Ramadhan yang lepas dan pengaruhnya dalam urusan kewangan masjid. Mesyuarat dibuat dirumah saya atas dasar ingin memberitahu kepada saya yang aduan dibuat bukan menentang saya tetapi kerana menyokong saya, dan saya perlu diberitahu.

Seorang dari mereka telah membuat aduan polis dan seorang lagi telah memfailkan aduan-aduan tersebut dan menyerahkan salinan-salinan kepada MB, Dr. Hassan, dan beberapa individu lain termasuk saya.

Sedap2 - Ketika mereka ingin bersurai, pengerusi biro kebajikan telah bertanya saya mengenai "hebahan" timbalan nazir dimasjid tentang memberikan duit RM1,000.00 kepada seorang pekerja TNB tentang kerja-kerja yang sepatutnya free katanya.

Dengan "hebahan" tersebut, tercemarlah nama saya dimasjid Ar-Rahman.

*Hebahan - bercakap kuat-kuat tanpa pembesar suara, supaya ahli jemaah lain dengar apa yang ingin diperkatakan.

Sabtu, Oktober 03, 2009

Rancang, Ubah, Buat, Jadi

Assalamualaikum,

Catatan ini akan berubah-ubah dalam bulan Oktober ini. Adalah dinasihatkan untuk mengulangi ke catatan ini dari masa ke semasa.

Pada 4hb ini pada jam 10 pagi, saya mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat dengan badan-badan selain dari ajk dan pengurusan masjid. Saya dinasihati dan diminta oleh Setiausaha supaya mengubahnya pada 5hb selepas solat isyak.

Bila berlaku nanti akan dicatatkan.

Mesyuarat telah berlaku, hanya wakil dari jurunikah tidak dapat hadir.

Multi-tasking Nazir

Assalamualaikum,

Sejak bulan Jun sehingga hari ini, saya telah menyenaraikan semua tugas nazir yang ditaklimatkan oleh berbagai jabatan di Selangor. Kebanyakkannya adalah dari Jabatan Agama Islam Selangor.

Tugas-tugas nazir atau perkara yang ditaklimatkan kepada nazir (nak buat atau tidak, ikut kemampuan dan komitmen nazir)

1 - mengurus-selia masjid dimana nazir dilantik.(AJK tidak perlu diurus kerana mereka adalah suara jemaah dan aktiviti mereka adalah menjaga kepentingan ahli jemaah)
2 - boleh mengimamkan solat (menggantikan imam masjid)
3 - boleh membaca tahlil
4 - boleh membaca khutbah jumaat, aidilfitri, aidil-adha
5 - boleh mengetuai kumpulan-kumpulan biro masjid.
6 - menanda tangan borang-borang bancian zakat.
7 - mengesahkan pemastautin
8 - menyelaras badan-badan yang ditubohkan untuk kepentingan jemaah.
9 - menjaga kepentingan jemaah dalam pengurusan masjid.
10, 11, 12..... banyak lagi.

Sekarang saya sedang membuat satu pelan perancangan kerja untuk mengujudkan satu "CALL CENTRE" bertempat dipejabat masjid. Call centre ini berfungsi untuk melayani serta menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

1 - pengurusan jenazah secara bersepadu.
2 - pusat info berinternet.
3 - pusat bayaran bil setempat.
4 - pengkalan aktiviti kemasyarakatan.

Hasrat dan tujuannya ialah mengadakan satu kertaskerja yang boleh diteruskan perlaksanaannya oleh pengurusan yang akan datang, seandainya disesi saya ini, saya tidak dapat merealisasikan semua yang ada didalam pelan tersebut.

Kenapa tak minta pertolongan Timbalan nazir atau setiausaha atau ????.

Khamis, Oktober 01, 2009

Guna Duit Masjid - Haram!

Assalamualaikum,

Sebentar tadi, kira-kira jam 11pagi, semasa saya berkunjung kerumah Imam2; saya menerima panggilan telefon dari Timbalan saya.

Dari nada dan perkara yang diperkatakan didalam komunikasi tersebut, dia marah kerana saya telah membenarkan seseorang menerima RM1,000.00. Dia menyatakan juga bahawa haram guna duit masjid untuk kerja-kerja yang diberi percuma oleh TNB.

Saya cuba menerangkan kepadanya kedudukan yang sebenar, namun tidak diberi peluang. Dia pula ingin menggugut untuk mengadukan perkara tersebut kepada pihak atasannya atas orang yang membuat pemeriksaan pendawaian masjid tersebut dan telah saya berikan duit untuk membeli peralatan membaiki yang mana perlu.

Timbalan saya ialah seorang pekerja TNB. Orang yang ingin menolong memeriksa pendawaian dan sebagainya dimasjid ialah seorang pekerja TNB juga.

Saya diam dan terfikir pula:

1 -kenapa sejak dari Jun, Timbalan tidak membuat sesuatu pemeriksaan tentang pendawaian dimasjid tetapi kali ini bersungguh-sungguh tentang pendawaian tersebut? itu pun setelah ada orang ingin menolong untuk memeriksa dan membaiki yang mana perlu.

2 -adakah benar TNB memberi percuma perkhidmatan memeriksa pendawaian dan menggantikan secara percuma juga segala-gala fius dan link untuk pemasangan 3 fasa ke masjid?


Siapalah agaknya haram jadah ni?

Rabu, September 30, 2009

Gout, Brout dan Knout

Assalamualaikum,

Masa gout sedang menggila hari tu, adalah geng jemaah datang menziarah sambil mengunjungi saya untuk berhari raya. Hasilnya dapat saya ubat gout dan Samsung.

Oklah juga lawatan dan kunjungan yang begitu kerana bila saya kena gout, screen pulak kena burnt out.

Hari ini, saya keluar mengunjungi Pak Mansor tetapi dia tiada dirumah. Saya ke rumah Imamul Kabir (Imam Darus) dan dia menyambut saya dengan tarian motosikal berputar depan rumahnya. Gempar sekejap jalan 4. Tiada apa sangat perbualan kami.

Sempat saya mengunjungi rumah Abang Man surat khabar, rumah Abang Salleh katering dan akhir sekali rumah kak Ainon mandi jenazah. Berhasrat untuk kerumah Imam Nordin tapi terlalu hampir waktu zohor.

Balek rumah, tengok kaki bengkak pula.

Isnin, September 28, 2009

Tujuan dan Kehendak

Assalamualaikum,

Dalam keinginan meluap-luap seorang nazir mengadakan mesyuarat Oktober ini, timbul persoalan diminda untuk apa mesyuarat dibuat.

Jika atas arahan JAIS, maka itu kehendak JAIS.

Jika atas arahan Nazir, maka itu kehendak Nazir.

Saya cuba tanamkan kefahaman AJK tentang kepentingan mesyuarat dan kenapa perlu mesyuarat. Apa tujuan dan apa kehendak mesyuarat.

KENAPA AKU PERLU BERMESYUARAT? Ini bukan soalan saya tetapi soalan yang patut ada dilubuk hati setiap AJK yang ada.

Cara mana supaya ahli kariah dapat manfaatkan semua badan atau organisasi yang ada dapat dikumpulkan dalam pengurusan masjid.

Laporan Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan berakhir dan melahirkan beberapa versi pandangan tentang Ramadhan yang telah berlalu.

Pada ucapan penasihat dipagi aidilfitri, Ramadhan telah berjaya dilaksanakan sebaik2nya pada tahun ini. Namun ada beberapa perkara yang disuarakan oleh ahli kariah kepada saya.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti Ramadhan yang dapat dikumpulkan dan maklumbalas pandangan beberapa individu ajk dan ahli kariah.

Tentang Tazkirah Magrib-Isyak

1 - Terlalu banyak tazkirah magrib-isyak sehinggakan ada beberapa kali tiada azan isyak selama 1 minggu atau 7malam berturut-turut.

2 - Ada ketikanya sehingga ada 2 penceramah pada 1 masa. Terpaksalah penceramah tempatan memberi jalan kepada penceramah tetamu.

3 - Ada penceramah yang dipanggil tanpa mengira corak persembahan sehingga menggelar ahli kariah yang bertadarus dan tidak berapa lancar membaca alkor'an dipanggil sebagai "bangang". Jadi ahli kariah yang tidak datang bertadarus dipanggil "???" pula.

4 - Kutipan dari malam-malam tazkirah tidak direkodkan.

Tentang Keraian(makan) Ramadhan

1 - Ada individu yang berniaga dengan menggunakan modal dari duit masjid dan sekaligus menggunakan nama masjid.

2 - Sponsor Keraian berbuka puasa yang menyalahgunakan pemberian ahli kariah.

3 - Tiada rekod tentang pemberian beras, gula dan sebagainya oleh ahli kariah kepada masjid.

Saya yakin dalam mesyuarat Oktober nanti perkara-perkara tersebut dapat dijelaskan dengan sebenarnya.

Mesyuarat Oktober

Assalamualaikum,

Dalam bulan Oktober, telah dirancangkan akan ada 6 mesyuarat. Insya Allah, saya akan pengerusikan semuanya kecuali jika ada panggilan JAIS / MAIS / dan seumpamanya.

4hb - perjumpaan dan penerangan 2 hala antara pengurusan masjid dan beberapa badan yang terlibat dengan ahli kariah. Urusan Nikah kahwin, Bilal jenazah, Badan khairat kematian, Warga emas, Sekolah tadika dan penduduk kuarters masjid.

11hb - Mesyuarat Biro Infrastruktur

17hb - Mesyuarat Bulanan Pengurusan masjid

18h - Mesyuarat Biro R&D / Pendidikan

22hb - Mesyuarat Biro Kebajikan dan Dakwah

Mesyuarat sekali ni akan lebih berbentuk taklimat untuk pengerusi-pengerusi biro. Setakad ini pengerusi biro tidak melantik ajk-ajk tambahan untuk membuat kerja-kerja mereka dan saya rasa satu kepincangan dalam mengurus sesuatu biro dengan hanya 2 orang ahli biro.

Semoga hasrat membuka minda pengerusi biro dapat membuka minda jemaah masjid seterusnya ahli kariah yang lain.

Ahad, September 27, 2009

Takbir Binatang

Assalamualaikum,

Semalam, tersebutlah cerita petang raya yang pilu didengar tetapi terpaksa cerita. Ada tetamu datang rumah pada hari raya dan mengadukan hal dia dimarah pada petang raya.

Kesimpulannya, kadang-kadang kita lupa bahawa kita bukan hidup seorang diri atas dunia ni. Selain tumboh2an, binatang2, batu batan kita juga hidup bersama manusia lain. Jika kita tidak boleh menjadi manusia yang berkongsi planet ni, kita boleh jadi batu atau tumboh2an tetapi janganlah pileh untuk menjadi binatang.

Nak jadi binatang? senang je. Suboh, azan lepas tu solat suboh. Zohor azan, lepas tu solat zohor dan seterusnya sampai isyak. Selagi seorang diri, manusialah namanya yang lebih baik dari malaikat. Malangnya bila berinteraksi dengan manusia lain, dia lupa manusia lain tu adalah manusia yang seperti dirinya lalu dia binatangkan manusia itu, lalu otomatik dia jadi binatang juga.

Bila manusia menilai manusia seperti binatang, maka binatanglah dia. Takbir dari binatang ada cara binatang, manusia tidak boleh takbir seperti binatang.

Go Out

Assalamualaikum,

Maaf kerana tidak update blog. Bukan sebab tiada idea tapi disebabkan penyakit gout ini datang lepas mulut merayakan dengan berbagai makanan dan perut tak boleh nak proses dengan cepat. Hasilnya banyaklah kristal acid yang menganggu perjalanan cecair dalam badan. Kristal asid ini tersekat kat sendi-sendi kaki dan terhasillah bengkak dan dinamakan go out.

Ubat? Sebenarnya takde tapi atas kajian sains adalah kimia yang dapat memecahkan kristal2 asid tersebut. Namun bila dah bengkak baru tau ada go out ni. Bila dah bengkak, maka alam semula jadi (sunnah Allah) ambil alih dan terpaksa tunggu surut, ambil masa dari 3 hingga 7 hari.

Selama bengkak tu, terpaksalah menanggung bisa yang dengan tabah dan self-control dapat menzahirkan senyum jika berinteraksi dengan ahli keluarga.

Isnin, September 21, 2009

Implikasi Takbir Nazir

Assalamualaikum,

Ini adalah maklumbalas dari peristiwa takbir penutup raya.

Ramai ahli jemaah termasuk Hj. Safiee berasa senang dengan saya bertakbir menutup jendela Ramadhan tahun ini.

Dipihak muslimat, ramai yang menitiskan air mata apabila saya mengetuai takbir penutup tersebut. Sebabnya..... wallahu a'lam. Tapi maklumlah, muslimat (kaum wanita) perasaan mereka menguasai mereka, bukan sebab takbir saya mendayu atau mengguris perasaan mereka tetapi ...perasaan wanita...

Hari ini raya ke-2. Dalam sunnah tiada raya ke-2 tetapi sebab orang melayu telah meng adatkan raya. Saya ingin terus berpuasa sunat syawal.

Penutup Takbir Raya

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pagi raya semalam, sempatlah mengikuti takbir raya di masjid Ar-Rahman. Sekali ini saya duduk di saf ke-2.

Saf depan ahli jemaah, Setiausaha, Haji Safiee, Imam Darus, Timbalan Nazir, Bilal1, Imam1, Penasihat, Imam Mansor, beberapa jemaah, Ketua Kampong JKKP dan beberapa jemaah.

Saf kedua dengan beberapa jemaah, saya, beberapa jemaah.

Saf ketiga dan seterusnya. 1 saf 50 orang. Saya diberitahu kemudian bahawa ahli jemaah muslimin melimpah keluar masjid sehingga kepagar masjid. (Ini sebenarnya tidak menggambarkan masjid penuh tetapi pengendalian jemaah tidak dibuat oleh AJK masjid.)

Masing-masing bertakbir diikuti oleh para jemaah. Selepas giliran Hj. Safiee, beliau meminta saya bertakbir tetapi saya tolak. Pentup takbir ialah Hj. Mansor.

Setiausaha kemudian menjemput ketua kampong JKK Pusat menyampaikan perutusan hari raya diikuti oleh ketua kampong JKKK dan akhirnya saya. (diatur supaya Imam1 yang menyampaikan tetapi saya potong dengan kerjasama S/U.)

Giliran saya berucap jam telah 840 pagi. Jadual solat aidilfitri 830 pagi. Saya berucap sekadar meminta maaf bagi pihak pegawai dan ajk masjid kemudian saya mempelawa ahli jemaah bertakbir bersama saya.

Alhamdulillah ahli jemaah bertakbir bergema bersama saya, sebagai takbir penutup hari raya tahun ini.

Solat aidilfitri diimamkan oleh Imam1 dan khatib khutbah.

Jumaat, September 18, 2009

Duit Sedekah Haram

Assalamualaikum,

Jika saudara/i ingat tentang tulisan saya mengenai Pelan Integriti Nasional dalam kursus nazir di ILDAS, tentunya mengenai cara-cara duit zakat digunakan untuk kebajikan. Duit-duit zakat dan sedekah ini mungkin bercampur antara duit bersih (halal), kotor (mendapat melalui cara merasuah projek) dan tentu banyak dari wang syubhat (ponteng kerja dan sebagainya).

Dimasjid, setiap kali ajk mengira duit dari tabung hari jumaat, kita tidak pasti berapa peratus halal, haram dan syubhat.

Pada tahun ini saya menggunakan duit tabungan untuk memberi sagu hati kepada pegawai-pegawai dan ajk masjid, bilal jenazah, majlis tadarus dan mereka yang diperhatikan aktif menolong dalam kerja-kerja masjid.

Agihan dibuat berdasarkan kepada nama-nama yang telah dipilih. Tiba-tiba ada nama yang tidak tersenarai turut menerima sagu hati tersebut.

Bagaimana hendak ditakrifkan duit tersebut? Orang sedekah kepada masjid dan kita bersangka baik bahawa duit itu dari punca halal. Apabila diberi kepada yang tidak berhak, maka sipenerima dapat duit halal / syubhat / haram. Apa pandangan anda?

Khamis, September 17, 2009

Majlis Salahguna Kuasa 2

Assalamualaikum,

Dalam pengagihan sagu hati kepada ahli jemaah yang aktif dalam aktiviti masjid, saya telah menyenaraikan 5 orang muslimat. Nama-nama diberi oleh ketua muslimat.

Pada majlis penyampaian sagu hati yang diadakan bersekali dengan majlis khatam tadarus, penasihat telah menyampaikan sagu hati kepada 6 orang muslimat.

Muslimat yang ke-6 ialah isteri Imam1.

Siapakah yang berkuasa untuk memberi sagu hati kepada isteri Imam1?

Imam1 kah? Bendahari kah? Penasihat kah?

kah...kah...kah"

Majlis Salahguna Kuasa 1

Assalamualaikum,

Semalam selepas solat terawih telah diadakan majlis khatam tadarus.

Saya melepak dipejabat pada ketika majlis berlalu. Bersama saya adalah s/u dan Zul (pembantu urusan masjid). Kami perbualkan tentang blog ini dan majlis korban yang akan datang.

Apabila majlis tamat dan isteri datang menjemput saya, saya berlalu melalui serambi masjid, bersalam dengan imam dan pengerusi pendidikan yang ada disitu.

Dikereta, saya bertemu dengan Hj. Safie. Beliau menyapa saya dan terus menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap saya. Dia kata: Awak patut ada bersama dalam majlis tersebut.

Saya diam dan dia terus masuk kereta sambil bersungut.

Dirumah, isteri bercerita tentang majlis khatam tadarus tersebut dan cara majlis dikendalikan dari perspektif muslimat. Dia bertanya: kenapa penasihat yang menyampaikan sagu hati kepada semua peserta?

Belum saya jawap atau komen, dia tanya lagi: Imam dan Bendahari tu bersekongkol ke dengan penasihat?

Untuk pengetahuan pembaca: Imam ialah setiausaha kepada penasihat dalam jkkk, Bendahari ialah adik penasihat dan pengerusi pendidikan ialah ajk dalam jkkk.

Majlis Agihan Tabung Anak Yatim

Assalamualaikum,

Telah diadakan semalam lepas asar. Sumbangan disempurnakan oleh penasihat, s/u sesi 2006-2009 dan timbalan nazirnya. Bendahari dan nazir sesi lalu dijemput tetapi tidak dapat menghadirkan diri.

Semasa ingin solat isyak, pada malamnya, saya ditanya oleh Ezhar biro kebajikan dengan sopan dan nampak diwajahnya keinginan untuk tahu tentang majlis tersebut.

Ezhar: Boleh tanya sikit? Rakan-rakan ajk pun nak tahu ni.
Saya: tak pe.

Ezhar: Tuan tak jemput ajk ke untuk majlis anak yatim?
Saya: memang tidak.

Ezhar: Kenapa panggil timbalan nazir dan s/u lama untuk penyampaian wang tersebut?
Saya: duit yang dikumpulkan oleh mereka, maka mereka berhak untuk buat agihan. Kita hanya kumpul dan ambil alih selama 3 bulan saja, mereka 9 bulan.

(masa ni iqamat solat isyak, jadi beliau tidak dapat meneruskan perbualan)

Saya harap Ezhar dan ajk lain boleh menerima alasan saya tersebut. Namun, jika ditimbulkan dalam mesyuarat nanti, saya hanya akan meminta maaf atas perkara tersebut.

Rabu, September 16, 2009

Majlis Untuk Anak Yatim

Assalamualaikum,

Hari ini lepas asar akan diadakan majlis untuk anak-anak yatim. Majlis penyerahan duit raya untuk anak-anak yatim.

Setakat tahun ini ada 54 orang anak yatim yang dikenalpasti menerima sumbangan tersebut.

Nazir, Timbalan nazir, S/u dan Bendahari sesi dulu akan dijemput untuk memberi sumbangan tersebut.


Majlis Khatam Tadarus

Assalamualaikum,

Semalam lepas terawih, saya berkunjung ke Surau Al-Mizan. Mereka mengadakan majlis naik Alqur'an untuk pelajar-pelajar mereka. Majlis itu juga membuat agihan sumbangan kepada fakir miskin, cenderahati untuk imam dan bilal junior mereka.

Hari ini lepas terawih, akan diadakan majlis khatam Qur'an diperingkat masjid atas perbincangan sambil lewa semalam antara saya dan beberapa orang termasuk Imam1. Seperti kelaziman acara makan tidak ketinggalan dan menjadi topik hangat.

Selepas solat suboh tadi imbuhan tadarus telah diberi kepada peserta-peserta. Dan banyaklah perkara-perkara diperkatakan sehingga majlis tersebut tamat malam ini. Antara mesej-mesej / gosip / keluhan/ .... yang sempat melalui ruang telinga saya ialah:

1 - ada peserta yang hanya hadhir 1 kali tetapi diberi imbuhan sama.
2 - ada kumpulan yang hanya sampai 15 juzuk menerima imbuhan sama.
3 - ketua kumpulan ingin menukar nama beberapa peserta setelah arahan membayar dibuat.
4 - kenapa tahun ini, peserta tidak diberi cenderahati.
5 - kenapa tiada dihebahkan (pengumuman siaraya) majlis tersebut.
6 - adakah buat jemputan ke surau-surau akan majlis tersebut.

Saya akan tulis lagi selepas majlis berlansung, insya Allah.

Isnin, September 14, 2009

Anak Yatim Ibu Tunggal

Assalamualaikum,

Ini betul-betul mabuk namanya.

Ada pertelingkahan dalam definisi. S/U lama dan penasihat bercanggah pendapat tentang hal ini.

Saya tak terkata apa-apa, tapi jalan penyelesaian nampaknya ada.

Penasihat kata (merujuk kepada satu nama) dia ni bukan suami meninggal tapi bercerai. Anaknya tidak boleh disenaraikan dalam senarai anak yatim. S/U lama kata, jika ada surat laporan mati, apa lagi yang hendak dipertikaikan. Penasihat kata dia ni janda bukan balu. S/U lama kata, itu bukan masalah dia.

Saya ditengah-tengah diam saja. Saya pun masok dalam pejabat. Ketiga-tiga kami berpuasa. Tapi keadaan seperti masing-masing tidak mengalah. Sekejap tu, S/U lama datang menyusul kepejabat. Dia kata, apalah jenis orang; orang cerita lain dia cerita lain.

Saya lihat nama tersebut dan cari alamatnya. Keputusannya, saya rasa tidak patut dia menjanda lama-lama. Inilah perasaan yang menghantui saya.

Terlupa

Assalamualaikum,

Dua perkara yang diminta oleh penasihat tapi saya tak tunaikan. Catatan ini terlupa nak buat.

1 - Penasihat meminta saya menyuruh siak supaya membentangkan kain putih tempat sujud didewan solat. Saya biarkan dengan apa yang siak telah bentangkan selepas satu syarikat membersihkan permaidani yang teruk berabok didewan solat.

2 - Penasihat menyuruh saya beritahu supaya terawih pada hari kedatangan Tan Sri MB di imamkan oleh 2 imam. (bukan 2 imam dalam solat - dimaksudkan bertukar imam setelah 10 rekaat solat terawih)

Kedua-dua ini saya tidak layan. Kenapa dia menyuruh berbuat demikian saya tidak tahu dan tidak diberitahu.

Ini lagu lama, klik lah kalau nak dengar Mabuk kuasa

Sebagai seorang penasihat yang berada ditangga teratas organisasi masjid, memang dia boleh memberi pendapat, namun dengan arahan, saya rasa dia perlu beritahu sebab-sebab untuk berbuat demikian. Kalau setakat nak tunjuk kuasa, maka payah nak terima.

Minda Nazir


Assalamualaikum,

Siang tadi setelah penat dengan karenah PKR, sebelah malamnya saya tidak dapat tidur. Setelah berhempas pulas dengan bantal, maka saya luahkan penyebab tidak boleh tidur ni.

Saya berkeinginan untuk:

1- Mencari agen insuran (takaful) dan menginsurankan semua pegawai dan ajk masjid untuk sesi saya dan jika mereka ingin menyambungnya selepas sesi ini, mereka boleh buat sendiri.

2- Mencari seorang ustaz yang boleh dijadikan sebagai pakar rujuk bagi ahli jemaah kariah Pendamaran Jaya.

3- Membuat kelas bimbingan AlQur'an untuk penduduk kariah dan kelas dibimbing oleh imam-imam atau ajk masjid yang berkebolehan.

4- Membuat kelas bimbingan seperti Kursus jenazah, Bahasa Arab, komputer dan lain-lain yang dirasakan perlu dibuat.

Kelas-kelas rutin yang telah dibincangkan dengan pengerusi biro pendidikan tetap berjalan seperti biasa.

Untuk menyelaras dan memudahkan urusan pejabat dan sebagainya, saya perlu satu pejabat pentadbiran dimasjid dan perlu ada kakitangan yang hampir tetap untuk mengendalinya.

Untuk menampong perbelanjaan kelas-kelas, kursus yang dibuat dan kakitangan yang hampir tetap tersebut; saya perlu menjanakan pendapatan tambahan dari apa yang dapat dikutip oleh tabung masjid.

Moga-moga Allah memberi petunjuk, taufik dan karamah untuk saya lakukan semua ini. Insya Allah kalau dapat dilakukan dalam sesi saya pun memadai.

Sabtu, September 12, 2009

Raptai Menyambut Tetamu VIP

Assalamualaikum,

Lepas solat suboh tadi, Hj. Shafiee mempelawa saya duduk dalam mesyuarat raptai mereka. Mereka membincangkan tentang wazan sambutan yang akan dibuat. Nampak memang ada kekecohan dikalangan ahli mesyuarat namun disitu tersembunyi pakatan antara mereka.

Saya rasa keperluan mereka dalam mesyuarat pengurusan masjid. Mereka mengambil berat tentang masjid dengan sepenuh jiwa. Ahli mereka secara hitung panjangnya berumur antara 60 hingga 80 tahun.

Rabu, September 09, 2009

Tujuan Lawatan VIP dan VVIP


Assalamualaikum,

Dalam 1 surat yang saya terima, tujuan V dan VVIP membuat lawatan ialah untuk memberi bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim.

Saya tanya s/u. S/U kata untuk orang-orang yang dipileh sahaja. Wallahu a'lam.

Jika benar bagai dikata, maka bantuan untuk ahli dan penyokong sajalah nampaknya.

MAIS beri senarai anak yatim hari tu untuk pemberian dari Baginda Sultan adalah untuk rakyat Selangor.

Mesyuarat Sambut VIP

Assalamualaikum,

Semalam lepas terawih dalam pukul 11, saya terima panggilan telefon untuk menghadirkan diri pada satu mesyuarat anjuran jkkk. Saya hantar Pengerusi biro dakwah dan kebajikan yang kebetulan ada dengan saya ketika itu.

Pukul 2pagi saya terima sms dari pengerusi tersebut tentang mesyuarat jkkk itu. Pegawai masjid dan ajk masjid perlu menghadiri mesyuarat hari ini lepas terawih.

Rumusan nya:

1- malam ni tidak ada tadarus alqur'an bagi imam dan ajk masjid.
2- Saya tidak perlu hebahkan perkara ini kerana 90 peratus ajk masjid adalah ajk jkkk.

Buat masa ini saya masih belum dapat gambaran peranan kami (pegawai masjid) dengan sambutan vip ini. Saya berbesar hati, masjid dilawati oleh VIP dan VVIP, namun saya tidak nampak peranan saya selain dari bersalaman dengan mereka apabila mereka datang ke masjid.

Khamis, September 03, 2009

Elaun Khidmat dan Bisnes Ramadhan



Assalamualaikum,

Hari ini saya keluarkan satu surat kepada semua pegawai dan ajk masjid. Surat tersebut ialah tentang cadangan elaun khidmat yang akan diberi kepada mereka. Pegawai dan ajk masjid diminta memberi cadangan tentang berapakah jumlah elaun yang patut dibayar kepada diri mereka.

Ikut deraf kiraan saya, hampir RM10,000 akan dikeluarkan untuk membayar elaun kami, elaun imam terawih dan sagu hati tadarus alqur'an. Begitulah berkhidmat kepada masjid.

Keikhlasan tidak boleh diukur dengan wang. Allah saja yang boleh menimbangkanya dan membalasnya.

Yang zahir dapat keuntungan ialah mereka yang mengendalikan bubur lambok dan jamuan berbuka puasa. Bubur lambok RM6,000 dan jamuan berbuka puasa RM500 satu hari - berjumlah RM12,000. Dari RM18,000 ini, saya andaikan 20% bersamaan RM3,600 keuntungan. Jika dikongsikan kepada 4 orang menjadi RM900 seorang. Masjid tidak terlibat dengan pengendalian kedua-dua aktiviti ini.

Keikhlasan masih kepunyaan Allah.




Terawih di Insyirah

Assalamualaikum,

Semalam, saya tidak berterawih dimasjid tetapi saya melencong kesurau Insyirah. Solat isyak dan terawih disitu.

Selepas solat isyak, imam solat membuat sedikit tazkirah. Masa diambil dalam 20minit. Tazkirah pendek ini berkenaan dengan perkara-perkara sunat dalam solat.

Selepas tazkirah, imam menghebahkan keperluan surau kepada takungan mandi mayat dan tiada bantuan dana daripada mana-mana agensi kerajaan. Oleh itu, ahli jemaah diseru supaya menyumbang kepada surau.

Solat sunat terawih dibuat sebanyak 8 rekaat dan seperti biasa tahlil selepas solat.

Saya perhatikan bahawa ada dua golongan majoriti disurau ini. Golongan tempatan melayu dan golongan bangla. Ada lebih 10 orang jemaah bangla dan 2 syaf melayu tempatan dalam 40 orang.

Insya Allah, saya akan membuat solat terawih di surau Al-Nizan selepas ini.

Isnin, Ogos 31, 2009

Kedatangan VIP

Assalamualaikum,

Dari Jun tempoh hari sehingga sekarang, ada 2 VIP yang diwar-warkan akan datang ke masjid Ar-Rahman. Satu VIP pada Julai tetapi telah tidak datang. Dan satu lagi ialah pada 13hb September ini. Kita tunggu saat tersebut.

Julai hari tu, beberapa khemah telah dipasang dan ahli kariah telah bertanya kepada saya. Saya tidak boleh menjawap kerana saya tidak ada sokongan dokumen untuk mengatakan kenapa khemah penuhi ruangan letak kereta. Longkang-longkang didepan masjid juga telah dibersihkan.

Pada 13hb akan datang, telah ada orang berjumpa saya dan menyatakan akan kehadiran satu lagi VIP. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyediakan keperluan beliau dan kaedah mana untuk melayan beliau. Saya hanya minta jawatankuasa beliau memberi saya dokumen atau jadual program beliau.

Kenapa masjid Ar-Rahman menjadi tumpuan? .... wallahu a'lam.

1 Rumusan

Assalamualaikum,

Selepas teraweh semalam, saya dikunjungi oleh s/u. Kami berbual-bual tentang keraian dimasjid AlFalah. Saya bercerita tentang anak-anak yatim yang datang dan beberapa aktiviti yang akan berlaku dimasjid.

Ada juga kami menyentuh perkara-perkara negatif yang berlaku dipengurusan masjid. Terutama nya campur tangan orang lain dalam pentadbiran kami.

Datang siak yang menjadi jiran saya dan beliau menceriakan perbualan kami dengan contoh-contoh perkara yang telah berlaku dimasjid. Saya memang tidak melihat semua ini kerana ada "nazir" lain yang menguruskannya. Atas dasar perkara kebajikan, maka saya tidak mencampuri kegiatan tersebut. Moga-moga beliau beroleh pahala dari penglibatan beliau disitu.

Kemudian itu, datang pula 2 lagi ahli jemaah masjid, seorang ajk dan seorang ahli jemaah yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti masjid. Ajk tersebut mengadukan bahawa masjid telah seminggu tidak melaungkan azan isyak. Beliau merasa tidak sepatutnya masjid tidak azan bila masuk waktu.

Puncanya beliau terangkan dan beliau telah memaklumkan kepada pengerusi biro pendidikan. Saya maklum.

Perbualan kami bertiga dan 2 lagi itu telah menambahkan perbualan tentang perkara-perkara pincang yang berlaku dimasjid.

Rumusan: Kepincangan telah bermula dari mesyuarat Ramadhan sehingga pada hari ini. Jika saudara rujuk semula kepada mesyuarat Ramadhan dan apa yang saya catitkan selepas itu, maka banyaklah kepincangan pengurusan yang berlaku.

Ahad, Ogos 30, 2009

Re-Union

Assalamualaikum,

Ptg tadi telah berlaku re-union saya dan kawan2 yang ditinggalkan hampir 20 tahun dulu di Masjid AlFalah Kampong Idaman.

Atas kunjungan Tuanku DYMM Sultan Selangor, saya telah kesitu dan terjumpa beberapa rakan-rakan yang giat bermain badminton pada tahun-tahun muda hari tu. Rasanya pada masa itu, saya berumur dalam 30an menuju ke 40.

Kemudian dikeramaian yang sama, berjumpa pula dengan bekas kakitangan saya yang bekerja dibawah pengurusan saya pada tahun 80an semasa saya bertugas di Klang.

Maknanya ada dua kumpulan berlainan identiti bertemu didalam satu majlis untuk meraikan baginda Sultan.

Semalam, saya telah terseret masuk kedalam satu re-union junior saya dimasjid. Mereka mempelawa saya untuk bersantai selepas terawih. Maka lapan rekaat sahajalah yang dapat saya buat bagi memenuhi undangan tersebut.

Dalam sedap bercerita, datang pulak seorang calon parti politik ke kedai Man Corner. Entah siapa beritahu saya ada disitu, wallahu a'lam. Memang beliau ingin berjumpa saya sejak dari magrib lagi. Katanya ada program bersama anak yatim dan fakir miskin yang mereka ingin anjurkan kelak dimasjid.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Rekod Derma

Assalamualaikum,

Sekejap tadi saya menasihati pengurusan masjid di Puchong supaya merekodkan semua penerimaan barangan dan duit yang diterima mereka.

Malang sekali, pengurusan saya sendiri tidak merekodkan apa-apa penerimaan barangan. Duit untuk tahlil hanya merekodkan nama-nama mereka yang ingin dibacakan fatihah, tanpa merekodkan berapa duit yang didermakan.

Alasannya, tidak ada kerani yang membuat kerja-kerja tersebut. Memang tidak boleh diterima.

Khamis, Ogos 27, 2009

Sesudah Suboh

Assalamualaikum,

Pagi ini, Pak Mansor, imam sesi lepas menceritakan kepada saya aktiviti yang mereka buat dalam bulan Ramadhan yang lalu. Dalam cerita-cerita tersebut tiba-tiba dia merujuk kepada betapa mahalnya harga jamuan berbuka puasa sekali ini. RM500 sekali buat dan dia kata ada orang mengatakan dengan berlauk ikan sahaja takkan RM500.

Perbualan tersebut termati setakat itu dan kami balek menaiki kenderaan masing-masing. Saya memikirkan sesuatu yang negatif ketika itu tetapi tidak sempat meluahkan.

Saya terfikirkan tentang semua pemberian ahli kariah berupa beras, gula dan duit. Adakah sesiapa merekodkanya atau atas amanah pegawai dan ajk masjid menerimanya. Perlukah ada rekod tentang penerimaan barang-barang dan duit tersebut?

Selasa, Ogos 25, 2009

Penyesalan

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa.

Semalam, saya sempat mendengar tazkirah zohor di masjid negeri, Shah Alam. Dalam hati terlintas untuk membuat ucapan (tazkirah) kepada ahli kariah saya sepertimana tazkirah zohor tersebut. Tapi tajuk saya hanya sekitar perkataan "Penyesalan".

Bagi yang solat terawih 8 rekaat, jangan menyesal kerana tidak solat 20 rekaat.
Bagi yang solat sunat tahajjud 4 rekaat, jangan menyesal kerana tidak solat 8 rekaat.

Bagi yang berzikir 100 kali, jangan menyesal kerana tidak berzikir 1000 kali.

Bagi yang khatam Kor'an sekali, jangan menyesal kerana tidak khatam 5 kali.
Bagi yang khatam 5 kali, jangan menyesal kerana tidak memahami kandungan kor'an.

Bagi yang bersedekah 10 ringgit, jangan menyesal kerana tidak bersedekah 20 ringgit.
Bagi yang bersedekah 20 ringgit, jangan menyesal kerana tidak bersedekah 50 ringgit.

Bagi yang tidak berpuasa sunat syawal 6 hari, jangan menyesal kerana Ramadhan akan datang belum tentu kita masih ada.

Begitulah sedikit pengisian tazkirah "Penyesalan".

Ahad, Ogos 23, 2009

Hari ini Hari kau

Assalamualaikum,

Tadi semasa menunggu solat isyak sempatlah berjumpa 2 ajk diserambi masjid. Mereka bertanya tentang solat terawih yang telah dimesyuaratkan hari tu untuk dibuat sebanyak 8 rekaat tetapi telah dibuat 20 rekaat.

Saya kata pegawai masjid ingin membuat 20 rekaat seperti yang diputuskan dalam mesyuarat kendalian terawih sehari sebelum Ramadhan bermula.

Dari jawapan tersebut, 2 ajk tersebut seolah-olah berdendam untuk tidak taat dalam keputusan mesyuarat2 yang akan diadakan pada hari2 lain.

Saya meninggalkan mereka dengan keadaan itu.

Kisah ini sepatutnya dicatit lebih dulu dari kisah bendahari tadi.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Bajet Ramadhan Si luncai

Assalamualaikum,

Ketika duduk selesai solat 8 rekaat terawih, bendahari datang duduk disebelah. Kami berdua saja duduk memencil.

Bendahari: Duit tak cukup untuk membuat bubur lambok. (dia bercakap atas bajet dia)
Saya: Dalam mesyuarat kata JKKK nak taja semua.

Bendahari: Dia (penasihat) kata 3,000 saja jkkk sponsor.
Saya: Habis tu bagaimana?

Bendahari: Upah 100 satu hari, ramuan, beras dan lain2 macam mana? Upah untuk 1 bulan dah 3000.
Saya: Saya sangka dia sponsor semua. Mesyuarat tempoh hari, janji sponsor bubur lambok dan berbuka puasa. Buka puasa saja dia bajet 500 1 hari, belum bubur lambok.

Bendahari senyap tak boleh nak kata apa sebab memang telah dimesyuaratkan perkara tersebut.

Saya: Berapa kena top up?
Bendahari: 3,000 lagi.

Saya: 3,000 tak termasuk buka puasa.
Bendahari: Em.

Saya membenarkan wang tabungan masjid dugunakan untuk top up tanpa dimesyuaratkan oleh pengurusan masjid. Saya harap tindakan saya betul tapi saya sendiri tidak setuju tindakan saya itu kerana sepatutnya dimesyuaratkan untuk dapat kelulusan.

Biarlah siluncai terjun dengan labu-labu nya.... biarkan...biarkan.

Ramadhan Al-Mubarak Menganjak Pendirian

Assalamualaikum,

1 - Semalam bermula terawih dengan 20 rekaat. Pada mesyuarat Ramadhan dulu, saya mencadangkan terawih 8 rekaat tapi semalam jadi 20 rekaat. Banyaklah yang bertanya kenapa diubah. Mesyuarat petang Ramadhan, pegawai2 telah bersetuju dengan solat sunat terawih 20 rekaat bukan 8 seperti mesyuarat yang awal dulu.

2 - Bubur lambok yang dijangkakan disponsor telah tidak jadi disponsor. JKKK dengan tegas dan berwibawa telah berjanji akan mensponsor bubur lambok untuk tahun ini. Semalam telah berlembut untuk meminjam dana dari tabung masjid untuk mensponsor bubur lambok kepada masjid.

3 - Beberapa orang korporat yang berjanji untuk mensponsor majlis berbuka puasa telah tidak ada suara. Saya tidak tahu sama ada majlis berbuka puasa akan diadakan atau tidak. Khabarnya semua borang minta orang sponsor telah habis diambil, tapi baru ada 6 errrr 6 orang yang confirm nak sponsor.

4 - Saya beli baju melayu semalam. Saya tidak pernah beli baju melayu telah 30 tahun. Zahirnya sebab DYMM datang ke masjid jiran dan saya dikehendaki hadhir meraikan baginda. Adatnya perlu berbaju kebangsaan dan bersongkok. Batinnya Ramadhan sekali ini merubah saya.




Banyaklah perubahan yang berlaku tanpa diingini sendiri mau pun diingini dan bermula Ramadhan. Hanya sedar atau tidak Ramadhan adalah Bulan Reformasi.

Khamis, Ogos 20, 2009

Pusing habis / Habis pusing

Assalamualaikum,

Pagi ni pergi pejabat masjid mencari benda yang tak ada. Habis segala ceruk sudut dicari.

Nak balek, terserempak dengan jenazah, singgah pulak solat jenazah dulu. Balek.

Ambil Wimax modem pasang kat compaq dirumah, tak boleh, puas habis pusing cari sebab, tak jumpa sebab.

Bawa wimax modem pergi pejabat masjid pasang pada pc masjid, boleh guna tapi puas pusing pejabat, tak siap2 download. Pc pejabat slow macam nak mati tapi masih boleh guna.

Pergi Pelabuhan klang, cari rumah, pusing habis satu port klang tak jumpa tuan rumah. Rumah jumpa, tuan rumah tak jumpa. Balek pulak.

Begitulah aktiviti hari ini, pusing habis, habis pusing, tang tu jugak.

Sebabnya: Sultan nak datang masjid jiran. Ampun tuanku, bukan salah sesiapa tuanku, salah patik sendiri tuanku.

Rabu, Ogos 19, 2009

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum,

Marhaban ya Ramadhan, Marhaban.


Terima banyak surat, jemputan, aduan sebelum menyambut Ramadhan.

DYMM Sultan akan berbuka puasa dimasjid AlFalah Kpg Idaman pada 30hb. Saya perlu memberikan surat jemputan kepada anak-anak yatim piatu untuk menghadiri dan meraikan baginda. Saya berjiran saja dengan masjid ni. Tapi ada jemputan dari baginda, maka kenalah bersama.

Masalahnya: Saya tiada baju kebangsaan dan bersongkok. Saya sebelum ni biasa dengan baju bangla atau jubah. Sepanjang hayat hanya sekali berbaju kebangsaan, masa menikah 30 tahun dulu. Aduuh!

Selasa, Ogos 18, 2009

Sesi Taklimat Pegawai

Assalamualaikum,

Pada hari khamis ini, lepas isyak akan diadakan satu sesi taklimat pengendalian solat terawih untuk pegawai2 masjid. Sepatutnya tidak perlu tetapi oleh kerana mesyuarat Ramadhan telah dicemari dengan ajenda makan, kendalian terawih tidak dapat dijelaskan dengan terperinci.

Insaya Allah, solat terawih akan berjalan dengan lancar.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Penaja RM500

Assalamualaikum,

Pagi ni pergi masjid sebab Imam1 kata ada surat untuk nazir.

Jumpa satu surat beserta borang. Surat tersebut bertajuk "MEMOHON MENJADI PENAJA BERBUKA PUASA ........".

Diantara lain kandungannya ialah membuka ruang untuk ahli kariah menaja jamuan berbuka puasa yang pihak masjid adakan sepanjang bulan Ramadhan.

Surat ditanda tangani oleh disediakan Timbalan nazir, disahkan oleh bagi pihak nazir dan disokong oleh penasihat masjid.

Orang mempunyai berbagai-bagai cara untuk membuat kebajikan dan beroleh pahala. Pahala hak Allah. Amal dengan ilmu. Jika berilmu tapi beramal seperti tiada ilmu maka namanya tak beradab kalau orang dewasa, kalau budak2 dipanggil kurang ajar.

Dengarlah lagu ni, .

Masjid Korporat

Assalamualaikum,

Saya sedang buat satu kertaskerja pengendalian masjid secara korporat. Hasrat hati jika siap ingin diajukan kepada exco melalui Ketua Penyelaras masjid.

Diantara tajuk-tajuk penting dalam kertaskerja ialah:

Penyelarasan Operasi
Penyelarasan akaun
Aktiviti Bersepadu
Kerjasama antara Masjid
Masjid On-line
Pakar rujuk kariah On-line

Upahnya: sumbangan masa saya jadi nazir.
Siap: dijangkakan selepas mesyuarat agung 2010. Saya perlu meneliti aspek-aspek pengurusan masjid yang saya alami untuk mendapat gambaran realiti yang ada.

Pertolongan diminta kepada pembaca blog supaya doakan saya diberi taufik dan petunjuk Allah. Amin.

Ke 2, 2 nya

Assalamualaikum,

Semalam, Saya bersama zauja kepasar malam selepas solat magrib. Cucu ke2 2nya dijaga oleh ibu ayah dia hari ni. Dalam berjalan2 dihiruk pikuk orang berniaga dan pembeli tu tersualah dengan penasihat. Saya menghulur salam dan salam disambut sambil ke2 2 kami senyum2. Saya jalan terus bersama zauja.

Zauja kata: Dia geleng2 kepala.
Saya kata: kenapa?

Takat tu lah perbualan saya dengan isteri tentang pertemuan tersebut. Kami meneruskan mencari barang2 keperluan dipasar malam tu. Bila melalui ahli kariah yang berniaga ikan (saya dah cerita) saya lambai angkat tangan, dia lambai angkat tangan ke 2 2 sekali.

Malam ni dimasjid ada baca yasin dan solat hajat memohon perlindungan dari H1N1, barulah saya perasan kenapa penasihat geleng2 kepala tadi. Saya angguk2 kepala ketika itu. Zauja pandang2 saya.

Agihan Kerja

Assalamualaikum,

Perbincangan tentang kaedah pengagihan kerja membekal makanan tertunda kerana terpesong dari matlamat asal.

Matlamat asal ialah membincangkan tentang:

- perjumpaan semua pembekal makanan dengan pengurusan masjid.
- menentukan harga / kos satu-satu majlis keraian
- spesifikasi kerja
- jadual pengagihan kerja.
- masa mula kerja-kerja dibuat.

Tarikh baru akan dibuat untuk perbincangan ini. Insya Allah.

Khamis, Ogos 13, 2009

Tunggu Terpancut.


Assalamualaikum,

Lepas solat isyak semalam, biro kebajikan dan dakwah bermesyuarat mengenai penjadualan pembekalan makanan yang akan dibuat untuk bulan Oktober dan seterusnya. Mesyuarat dihadiri oleh saya, s-usaha, timbalan nazir, bendahari, ajk infrastruktur, pemuda dan pengerusi biro.

Perbincangan banyak terpesong dari tajuk atas sebab-sebab yang saya masih fikirkan. Banyak isu yang dibangkitkan tidak relevan dengan tajuk perbincangan. Contohnya, kaedah mengetahui siapa pembekal yang akan dilantik jika ada lebih dari 5 atau 6 pembekal bubur lambok. (Bubur lambok hanya dibulan Ramadhan, perbincangan ialah untuk pengajian bulan Oktober, selepas Ramadhan) Saya ikutkan saja perbincangan yang meleret-leret tersebut.

Dalam sebok-sebok perbincangan itu terpancut kata bahawa penasihat sedang menunggu-nunggu panggilan dari kami untuk membincangkan kaedah pemilihan pembekal makanan keraian Ramadhan.

Patutlah perbincangan terpesong, rupa-rupanya dipesongkan.

Rabu, Ogos 12, 2009

Tugas, Amal Jariah dan BONUS.

Assalamualaikum,

Semasa pencalonan Pegawai dan AJK masjid pada bulan March tempoh hari, saya secara peribadi tidak teringat apa-apa pun tentang imbuhan yang akan saya dapat jika terlantik menjadi pegawai atau ajk masjid.

Saya juga tidak terfikir untuk membuat amal jariah kepada masjid.

Saya datang mesyuarat pencalonan masjid atas dasar ingin melibatkan diri dengan aktiviti masjid.

Hari ini, saya menjadi nazir sudah 73 hari. Isu yang sering menjadi perbincangan dimasjid atau di ILDAS atau di masjid negeri atau dimana-mana ada perjumpaan nazir-nazir ialah bila nak dapat elaun. Itulah juga soalan yang timbul bila fasilitator atau exco buka soalan pada peserta. Serupa masa bekerja dulu, bila dekat puasa sebok bincang tentang bonus.

Dalam mesyuarat peringkat masjid pun soalan sama timbul. Ada yang sampai peringkat mahu meletak jawatan.

Kunci Prestasi Masjid

Assalamualaikum,

Hari ini saya buat satu surat makluman untuk diedarkan kepada semua ahli kariah mengenai pemantauan kerajaan terhadap prestasi masjid. KPI (Key Performance Index)

Diantara lain kandunganya, saya ingin kerjasama dijalin antara ahli kariah dan pengurusan masjid untuk meneliti perkara-perkara yang dikehendaki dan perkara-perkara yang ada dimasjid. Ahli kariah boleh memberi cadangan dan perbincangan akan diadakan untuk menaiktaraf masjid mengikut kehendak yang dinyatakan.

KEGAGALAN PERTAMA: Berdasar kepada dialog1 dan dialog2 yang telah diadakan pada bulan Jun tempoh hari, AJK nampaknya tidak gemar bersemuka dengan ahli kariah. Oleh itu kemungkinan besar akan tiada lagi majlis dialog diadakan.

KEGAGALAN KEDUA: AJK terlalu sombong untuk menerima cadangan ahli kariah. Ada komen AJK yang mengatakan tidak ada guna mengadakan dialog. Ada yang kata cukup sekadar letak kotak cadangan dan biarkan mereka masukkan cadangan mereka. (Sejak jadi nazir dari bulan Jun, tiada satu cadangan pun yang diambil dari kotak cadangan)

KEGAGALAN KETIGA: Zahirnya AJK telah di brainwash supaya tidak mengharapkan ahli kariah. Mereka telah ada korporat-korporat yang akan sponsor (zahir dan batin).

KEGAGALAN DEMI KEGAGALAN. Ya Allah, ampunilah kami atas perbuatan kami.

Selasa, Ogos 11, 2009

Perkasakan Masjid

Assalamualaikum,

Hari ini sepenuh hari di ILDAS, Sabak Bernam. Seminar Pemerkasaan Masjid.

Begitulah masjid pada zaman ini perlu diperkasakan. Bukan masjid itu tidak perkasa tetapi telah salah dipergunakan sehingga tidak nampak perkasa. Luaran masjid mungkin nampak gah kerana membina sesebuah masjid menelan berjuta-juta ringgit. Kita biasa dengar masjid ini berjuta-juta ringgit, masjid itu pula berjuta-juta ringgit.

Apa tindakan pemerintah? apa tindakan penaung/penasihat? apa tindakan nazir/ajk? apa tindakan ahli kariah?

Pemerintah ingin membawa pembaharuan, penaung/penasihat ingin menguasai masjid, nazir/ajk terumbang ambing antara siapa nak dipatuhi, ahli kariah kata lagi teruk ajk yang ini berbanding ajk sesi lalu.

Bukan semua masjid sedemikian. Masjid tempat saya jadi nazir aje.

Oleh itu, pemerintah keluar satu senarai KPI. Mana-mana masjid yang tidak berupaya untuk berprestasi baik atau perkasa mengikut KPI itu maka ..... tidak pula saya tahu penalti nya.

Lupa pulak, KPI tu bukan bermakna Kemana Pergi Income.

Isnin, Ogos 10, 2009

Cakap Bolehlah.

Assalamualaikum,

Jika sesiapa mengikuti blog saya ini, tentu tahu bahawa ada 2 perbincangan telah berlaku. Perbincangan pertama pada 6hb berkenaan bajet dan yang ke-2 pada 9hb mengenai perbincangan pendidikan. Akan menyusul perbincangan ke-3 mengenai Biro Kebajikan.

Dua tiga orang yang tidak masuk dalam perbincangan tersebut telah mengulas mengenai perbincangan tersebut. Saya ulangi kenyataan saya: "2, 3 orang yang tidak masuk dalam kumpulan perbincangan telah mengulas mengenai perbincangan tersebut".

Saya rasa saya tidak membuat sebarang siaran lansung melalui apa-apa media sekali pun mengenai 2 perbincangan itu. Kecuali sesaorang telah merakamkan perbincangan tersebut secara rahsia.

Maka tertanya-tanya lah dibenak hati: mungkinkah si pok ko atau ahli perbincangan telah bertanya dengan sesiapa pandangan mereka.

Dirumuskan dari ulasan mereka secara positifnya ialah tentang keinginan saya untuk membuat sesuatu yang memberi faedah kepada ahli kariah masjid dan AJK yang ada.

Ada yang terperanjat dengan bajet yang teruk.
Ada yang bertanya tentang aktiviti Ramadhan. Siapa imam terawih? Siapa begitu dan begini.
Ada yang menyarankan supaya tidak mengadakan jamuan kepada ahli jemaah selepas pengajian.
Ada yang sanggup hendak sponsor pengajian.

Begitulah bagusnya pemikiran ahli kariah. Saya tetap teguh dengan pendirian saya: cakap boleh, bikin tengok!

Tidak Dijangka

Petang tadi dalam pukul 6, Ustaz Farid call saya tentang pengendalian perjalanan ke ILDAS esok.

Program Pemerkasaan Masjid akan berlansung esok jam 830pagi di Sabak Bernam. Asalnya kami diarah berkumpul di PAID Klang pada pukul 700pagi.

Saya hubungi Nazir Masjid Samadiah untuk pengesahan pergi ke ILDAS dan bersetuju untuk solat jemaah suboh dimasjid Samadiah Pelabuhan Klang. Lepas solat suboh terus berangkat bersama Nazir MSPK dan beberapa nazir lain.

Program yang melibatkan ugama memang banyak diluar jangkaan. Saya teringat kes al-MAUNAH. Banyak ahli maunah yang tertangkap dulu tidak tahu apa misi mereka semasa menyahut seruan rakan maunah yang lain. Saya pasti mereka ikhlas kerana penyatuan alMaunah, namun mereka boleh terperangkap dalam kes tersebut.

Kes saya lain sikit kerana ini atas arahan pihak JAIS sendiri.

Pok ko

Assalamualaikum,

Perbincangan semalam mengenai pendidikan dimasjid yang disijilkan dihadiri oleh pengerusi pendidikan, wakil pemuda, setiausaha, siak2 dan 1 ajk on-off. Timbalan nazir datang apabila perbincangan selesai.

Penerangan dan visi diterangkan dan ajk dapat memahaminya dan antara lain disebut juga perkara-perkara berikut:

- guru yang tetap, bertauliah dan memang kemahiran subjek.
- seorang guru / ustaz akan menjadi pakar rujuk kariah.
- subjek-subjek tafsir, hadis 40, qiraat sahaja disijilkan.
- masjid akan membekal buku teks.
- hebahan dibuat.
- pendaftaran diadakan.
- kedatangan akan diambil.
- ada ajk pemantauan.
- program dari Okt 2009 hingga Mei 2012.

Alhamdulilah, semua ambil bahagian dalam perbincangan dengan aktif kecuali ada satu pok ko dalam perbincangan tersebut.

Nak tahu apa pok ko, tunggu jika karekter ni timbul dilain masa. Kalau nak cepat tahu klik sini.

Ahad, Ogos 09, 2009

Senaman pagi

Assalamualaikum,

Lepas suboh tadi sempatlah ronda-ronda dengan basikal keliling kampong. Sempat pula ronda sampai masjid AlFalah Kampong Idaman. Terjumpa ustaz Halim dan imam masjid sedang berbual diperkarangan masjid al-Falah.

Ustaz Halim ada memberitahu tentang penangkapan pasangan khalwat dan saya komenlah sikit.

Saya kata: sepatutnya kita kena hebahkan penangkapan maksiat bertujuan menasihati ahli kariah dan hebahan itu tidaklah sehingga menyebut nama sipembuat. Cukup sekadar memberitahu bahawa minggu ini pihak penguasa masjid telah menangkap 3 pasangan khalwat. Diharap ahli kariah dapat membantu untuk membanteras perbuatan-perbuatan maksiat dikampong kita.

Dia setuju. Saya meminta diri untuk meneruskan senaman pagi saya dengan harapan kampong saya juga dapat menyekat perbuatan-perbuatan maksiat tersebut.

Kecemasan Suboh

Assalamualaikum,

Pagi ni 545 pagi, ada orang telefon saya. 016 2286 547. Panik juga. Selalunya orang telefon minta autograf pun mestilah dah siang terang benderang.

Rupanya Ezhar, biro kebajikan. Katanya: Lampu dalam masjid tak menyala. Semalam memang berlaku satu dentuman kuat sebelum hujan. ELCB trip. Dia minta kunci pejabat nazir kerana mereka memang tidak ada kunci pejabat. Suis utama ada dalam pejabat nazir.

Saya bergegas kemasjid menaiki basikal membawa kunci pejabat. Sempat saya bertanya pada dia, dimana setiausaha. Sebab setiausaha mempunyai 1 salinan kunci tersebut. Dia kata, setiausaha telah beritahu bahawa setiausaha tidak ada kunci tersebut. Ramai juga menolong untuk menghidupkan lampu. Akhirnya Timbalan nazir hidupkan elcb, terang benderanglah masjid.

Saya pun ingin balek kerumah sebab saya belum mandi lagi. Ezhar datang berjumpa saya dan kata: Terima kaqsih tuan, saya kena pergi sekarang kerana "nazir" panggil.

Catatan ini ditulis kerana dia kata "nazir" panggil dia. Setahu saya, sayalah nazir masjid ni dan saya didepan dia, bila ada nazir lain panggil maka !!!!????? lah saya.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Mesyuarat Biro Pendidikan

Assalamualaikum,

Esok, insya Allah akan diadakan perbincangan khusus bagi biro pendidikan.

Diantara perkara yang ingin disentuh adalah corak pendidikan yang akan dilaksana dimasjid ini:

1- tentang pengajian tafsir alQur'an yang bersijil
2- pengajian hadis 40 yang bersijil,
3- mendaftar peserta dan memberi sijil penyertaan setelah tamat beberapa siri dalam pengajian tersebut.
4- melatih, mendidik ahli kariah yang dipileh berceramah.
5- melantik seorang ilmuan (ustaz) sebagai pakar rujuk kariah.

dan faktor-faktor melaksanakan perkara tadi seperti:

1- kekerapan pengajian dalam seminggu.
2- isu tauliah.
3- kemudahan yang akan diberi.

Saya berharap AJK terlibat boleh berminda terbuka dalam membuat perbincangan ini.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat