Jumaat, Julai 31, 2009

Komen Hati

ULAR SALIN KULIT


Assalamualaikum,

Kata orang masa salin kulit, ular paling ganas.

Wallahu a'lam.

Khamis, Julai 30, 2009

Nazir penakut..


Assalamualaikum,

Sejak mesyuarat pertama lagi nazir buat pengakuan untuk menjadi khatib jumaat atau khatib aidilfitri. Semalam mesyuarat pun ditimbulkan tentang khutbah aidilfitri, siapa yang akan menjadi imam dan khatib pada hari eidul-fitri nanti.

Semua mata AJK tertumpu kepada nazir. Jawapan ditunggu ialah supaya nazir menyanggupkan menjadi imam solat dan khatib eidulfitri. Namun, atas sebab2 memberi peluang kepada orang lain, nazir menyerahkan kepada imam 3 untuk mengimami solat dan berkhutbah pada hari tersebut.

AJK tak berani kata nazir penakut. Dari riak wajah dan komentar, memang mereka hendak kata nazir penakut.

S/u pernah suarakan "awak menguasai bukan dikuasai".

Mesyuarat Khas Ramadhan

Assalamualaikum,

Sekejap tadi selesai mesyuarat aktiviti Ramadhan. Tahun ni Ramadhan kami meriah dengan bubur lambok dan nasi berlauk. Bubur lambok selepas asar dan makan nasi berlauk selepas solat magrib.

Penasihat kata 'ramai yang nak sponsor makan berbuka puasa'. Kalau diikutkan tahun ni Ramadhan dengan perut kenyanglah jawapnya.

Saya merencanakan aktiviti2 harian Ramadhan kepada ajk. Bukan ajk tak tahu, tapi saya yang tak tahu. Tahun ni, kita ada hafizun sebagai imam terawih.

Mesyuarat berjalan lancar dan terasa seperti saya bukan pengerusi mesyuarat, tapi keadaan masih terkawal. Sehingga penutup, saya pun kata, baiklah sekarang kita bincang lain2 hal.

Penasihat menimbulkan tentang pengurusan tidak menjemput beliau dalam beberapa siri mesyuarat seperti mesyuarat pencalonan amil dan mesyuarat pengurusan masjid. Beliau minta dijemput dan diberi laporan tentang apa yang berlaku dimasjid dan kegiatan masjid.

Saya sempat juga memberi beberapa alasan sebab2 pengurusan tidak menjemput beliau. Diantara alasan2nya yang diminitkan ialah Lembaga Zakat tidak menyebut pun tentang keperluan dia untuk menghadiri mesyuarat pencalonan amil. Tentang mesyuarat pengurusan masjid, beliau tidak dijemput kerana tidak ada keperluan.

Diantara alasan yang tidak diminitkan ialah ajk rasa pengerusi sudah cukup memberi penerangan yang jelas, jadi beliau tidak diperlukan.

Rumusan: Semua orang ingin berkhidmat dan mengimarahkan masjid seterusnya mendapat pahala dari amalan nya. Hanya kaedah atau perbuatan zahir kita akan menyebabkan kita disukai ahli kariah atau tidak. Pahala, itu hak Allah.

Lepas solat magrib hari ni

Assalamualaikum,

Ramai yang tunggu saya lepas solat sunat magrib tadi. Mula-mula suspen juga kerana saya dah seminggu tidak berjemaah dimasjid, tentu ahli kariah rindu pada saya. Rupa2nya mereka bertanya tentang s/u nak kena pukul.

Kata mereka, kalau s/u kena pukul, kita orang pukul orang tu. Wah!, hebat jugaklah s/u saya. Kalau saya kena pukul, belum tau dia orang nak backing saya ke tidak. Silap2 dia orang tumpang pukul sekali.

Isu nya ialah perselisihan faham tentang isu 'nazir bodoh' hari tu.
Ada yang sebut nak bawa sepanduk tanda protes kalau s/u kena pukul.

Saya tanya pada s/u sama ada dia nak repot polis atau tidak... s/u diam tapi macam orang berfikir.

Selasa, Julai 28, 2009

Ketelusan Dalam Mesyuarat.

Assalamualaikum,

Seseorang membuat lawak jenaka dalam satu mesyuarat. Adakah semua yang hadhir perlu ketawa walau pun lawak jenakanya tidak melucukan?

Begitulah juga dengan soalan, seseorang menyoal tentang perubahan tidak tanduk saya terhadap jemaah dimasjid. Saya tidak berubah sikap terhadap siapa saja dalam jemaah yang ada. Hanya saya tidak mahu menjawap soalan yang dikemukakan.

Tiada sesiapa pun perlu menjawap atau dipaksa menjawap dengan soalan2 yang dikemukakan kepada nya. Dia mempunyai kuasa mutlak untuk menjawap atau tidak menjawap.

Adakah tidak menjawap soalan satu ketelusan? Ya, jika jawapannya berselindung disebalik menjaga kepentingan diri.

Esok mesyuarat tentang aktiviti Ramadhan.

Saya tidak mahu memasukkan agenda makan dalam mesyuarat AKTIVITI RAMADHAN tetapi angin bertiup kencang yang majoriti ajk ingin menjadikan agenda makan sebagai yang utama. Sebabnya, telah ada beberapa individu korporat yang merancang memberi ribuan ringgit untuk majlis jamuan berbuka puasa dan more lepas terawih.

Tunggu dan lihat mesyuarat esok.

Nazir Corner

Assalamualaikum,

Semalam S/u beritahu, nazir dapat 1/2 (setengah) ruang papan kenyataan.

Memang ada sebut tentang ruangan kenyataan tu. Ini disebabkan papan kenyataan yang ada telah sesak dengan kenyataan bendahari, pengumuman s/u dan lain-lain.

Bolehlah saya mempamirkan hasrat hati saya untuk tatapan ahli kariah. Tentang apa yang difikirkan itu boleh direalisasikan atau tidak, bukan kayu pengukurnya.

Ahad, Julai 26, 2009

Pahala untuk semua.

Assalamualaikum,

Tema mesyuarat kali ini berkisar disekeliling bersangka baik kepada semua perlakuan yang melibatkan masjid.

Walau pun ada beberapa individu yang seperti ingin menunjukkan kebolehan mengarah namun ajk diberitahu supaya bersangka baik dan menyematkan didalam hati bahawa ahli kariah ingin berkhidmat dan mendapatkan pahala dari Allah.

Mesyuarat Ramadhan tidak dapat diadakan serentak dengan mesyuarat pengurusan kerana kesuntukkan masa.

Sekian. Wassalam.

Baik-baik belaka.

Assalamualaikum,

Pagi ini, pada jam 9 insya Allah akan bermesyuaratlah pengurusan masjid Ar-Rahman. Mesyuarat ini adalah mesyuarat kali ke2 dan mungkin dimasukkan juga perbincangan tentang aktiviti Ramadhan. Tidak lupa juga ada aktiviti israk mikraj yang belum diketahui apa keputusannya.

Setelah 1 minggu berlalu dan macam-macam percakapan dan pemikiran, saya masih berpegang kepada khidmat kepada masjid adalah untuk mencari pahala dan proses mendekatkan diri kepada masyarakat sebagai agenda utama ahli kariah.

Walau pun manusia ada bermacam persepsi tentang apa yang zahir tetapi rumusannya ialah seorang insan akan mencari ruang-ruang untuk berkhidmat kepada masyarakat dan dalam proses itu banyaklah tanggapan-tanggapan yang tidak selaras dengan apa yang dihajati oleh sipembuat.

Kita harus berandaian baik kepada perkara-perkara begini.

Sabtu, Julai 25, 2009

Hasrat Hati

Assalamualaikum,

3 perkara yang ingin diusulkan kedalam mesyuarat Pengurusan Masjid.

1 - Pengajian Bersijil - Ahli kariah yang berdaftar akan diberi sijil setelah tamat menghadiri kuliah-kuliah yang dibuat dimasjid.

2 - Guru Masjid - Masjid akan menggaji guru-guru untuk mengajar dimasjid.

3 - Pembekal makanan - mesyuarat pembekal-pembekal makanan dan kuih muih akan dibuat untuk menyeragamkan harga dan kerja-kerja pembekalan.

Hasrat Dihati


Assalamualaikum,

Pada mesyuarat 26hb ni, hasrat dihati ingin mengusulkan beberapa perkara. Perkara-perkara ini melibatkan pengurusan sepanjang sesi (3tahun) jika tidak ada pembaharuan atau cadangan yang lebih baik.

1 - Tentang PENGAJIAN BERSIJIL. - Banyak masjid membuat siri-siri pengajian sekadar untuk memenuhi masa antara magrib menunggu isyak. Jika kuliah tersebut bersiri dan mengambil masa yang cukup untuk dikatakan masa 1 sesi kelas ia-itu 45 minit maka jumlah sesi yang dihadiri dan jumlah masa kehadiran memenuhi silibas yang dibuat, maka saya berhasrat untuk merekodkan pencapaian tersebut dalam bentuk sijil penyertaan.

Ahli kariah yang berdaftar untuk satu-satu kelas dan dapat menghadirkan diri (menanda tangani buku kedatangan sesi) untuk siri kelas tersebut dengan cukup keperluan masa kehadiran, patut diberi sijil.




2 - Mengaji guru untuk majlis ilmu (yang diberi sijil) secara tetap. Guru dibayar secara bulanan seperti mana guru disekolah.

3 - Tentang PEMBEKAL MAKANAN. - 2 bulan telah berlalu dengan sesi baru dan diamati bahawa bekalan makanan dan kuih muih tidak disusun dengan teratur. Buat masa ini belum lagi sesiapa menyuarakan bantahan dan sebagainya tetapi saya tidak patut menunggu sehingga berlaku sedemikian.

Oleh itu, saya mengusulkan satu kaedah (mesyuarat) pengumpulan pembekal-pembekal makanan yang berdaftar dengan pihak masjid bermesyuarat untuk mencari satu metod pembekalan supaya dapat digilirkan dengan memasokkan faktor harga yang seragam serta tugas pembekalan dan kerja-kerja lain yang adil.

Mesyuarat Kedua pada 26 Julai

Assalamualaikum,

Mesyuarat tersebut akan menyaksikan 3 agenda yang mungkin mengundang perbincangan atau perbalahan.

1 - Tentang kendalian majlis pengajian
2 - Tentang kendalian pembekal makanan kemajlis keraian.
3 - Tentang sambutan bulan Ramadhan yang tertumpu kepada majlis menjamu selera.

Jika para peminat blog ingin memberi cadangan, silakanlah.

Wassalam.

Isnin, Julai 20, 2009

Mesyuarat Pertama Gempar


Assalamualaikum,

Saudara-saudara sekelian, harap maaf kerana blog ni berbentuk diari. Hasrat dihati ialah mengumpulkan perkara-perkara yang berlaku supaya jika ada yang ingin merujuk kepada kendalian pengurusan masjid, bolehlah baca blog ni dan berhibur-hibur dengan perkara-perkara yang berlaku kepada saya semasa menjadi nazir.

Bermulalah mesyuarat pertama pengurusan masjid sesi Jun 2009 hingga terbubar.... atau Jun 2012, yang mana lebih dulu.

Ucapan penasihat:
sejarah penglibatan beliau dalam organisasi masjid.
menasihati nazir supaya jangan syok sendiri dengan jawatan tersebut dan jangan bersifat kediktatoran.
pencantasan yang beliau buat kepada senarai calun-calun adalah berniat baik.
mengumumkan akan kedatangan vip ke kariah dalam masa terdekat.

Ucapan pembukaan nazir:
-menerangkan struktur pengurusan masjid
-meminta dirakamkan permohonan maaf kepada pengerusi-pengerusi surau dibawah seliaan masjid kerana tidak menjemput mereka dalam mesyuarat pengurusan.
-mengaku banyak yang tidak diketahui tentang masjid dan kariah.

Diantara perkara menarik yang dibincang ialah:
-tentang jemputan yang dibuat oleh nazir kepada ketua kampong JKKP - penasihat telah mempertikaikannya tetapi nazir (saya) berbuat demikian atas dasar kandungan enakmen pentadbiran masjid.
-seorang ajk telah menegur nazir dan berkata ajk-ajk boleh memecat nazir.
-seorang ajk bimbang perkara-perkara yang dibincang ajk dalam mesyuarat akan diketahui oleh ahli kariah.
-nazir menegaskan bahawa tiada rahsia antara pengurusan masjid dan ahli kariah.
-nazir meminta penceramah-penceramah hendaklah dari kalangan guru-guru ahli kariah.
-nazir berhasrat mengadakan 2 majlis dialog untuk ahli kariah.

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan baik. Tidak ada tembak menembak atau lontaran kursi atau tumbuk menumbuk berlaku antara nazir dan ajk atau antara ajk sesama mereka. Mesyuarat ditangguhkan sebelum solat zohor.

Lepas solat asar, ada ajk minta satu keputusan mesyuarat ditukar. (biasa berlaku)

Ahad, Julai 19, 2009

Maafkan Kami.


Assalamualaikum,

Ampunkan kami!

Pengurusan masjid sekali ni semuanya (kebanyakkan) dari golongan orang baru. Banyak yang tidak pernah menjadi AJK masjid atau ajk mana-mana persatuan. So, please don't expect too much from us.

Kami boleh komen pentadbiran orang sebab itu adalah lumrah manusia boleh komen dan kutuk, tapi bila sendiri bikin baru rasa perit, pahit dan menyampah dengan komen dan kutukan orang.

Maafkan kami.

Nazir terlepas pandang banyak perkara dan AJK tak tegur pun.

Bilal mayat terlepas pandang, Khairat kematian terlepas pandang, Warga emas terlepas pandang, Sekolah Taski terlepas pandang dan mungkin ada lagi. Semua tu ada didepan mata tapi terlepas pandang.

Maafkan kami.

akibatnya; ada yang marah (sebab seolah-olah diketepikan), ada yang suka (sebab kami kena), ada yang kesian dan ada yang ingin membantu, tapi paling malang ialah ada yang kurang ajar dan tak beradab.

Apa pun, maafkan kami. Maafkan kami. maafkan kami. klik kalau nak dengar

Jika boring dengar lagu klasik, disini ada jenis tahun 2K punya.

Nazir Baru 1 bulan 19 hari

Assalamualaikum,

Ada yang suka.

Ada yang nampak suka tapi macam tak suka.

Ada yang macam tak suka tapi suka.

Ada yang saja-saja suka.

Ada yang memang tak suka. (alhamdulillah)

Itulah sebahagian daripada gambaran 2 majlis dialog antara ahli kariah dan pengurusan masjid yang baru ni, yang sempat saya adakan selama menjadi nazir.

Dengar khabarnya ada 1 protes akan dihantar minggu datang ni untuk membubarkan pengurusan yang baru ni.

Kalau terbubar maka takat tu saje lah blog ni.

Nazir bodoh!

Assalamualaikum,

Hari ini lepas solat zohor (saya tidak pergi masjid berjemaah) s/u datang mencari saya. Selalunya jika s/u mencari mesti ada sesuatu yang perlu dibereskan dimasjid. Oleh kerana cuaca agak panas, saya mempelawa s/u masuk ketempat teduh dirumah (bukan dalam rumah).

Saya bertanya kepada s/u: ada cerita baru ke?

Kata s/u: hari ini nazir kena bodoh!

saya: kenapa pulak? (saya memang tidak mudah marah atas cakap2 begitu dan air muka saya juga mungkin tidak menunjukkan kemarahan atau keheranan - mungkin ada reaksi hairan)

kata s/u: orang kata bodoh sebab mereka baca salinan berita bertajuk: "Nazir Bertanggungjawap Pantau Masjid" yang diterbitkan oleh berita dari
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/4646 pada 12hb Julai 2009.
(Memang saya suruh s/u lekatkan dipapan kenyataan.)

saya: takpe. (memang saya tidak marah kerana berita itu dari kerajaan negeri Selangor dari terbitan online mereka)

s/u pun minta diri balek kerumah.

2 hb Jun - Hari ke-2 sebagai nazir.

Assalamualaikum,

Hari ini ada orang datang berjumpa saya selepas solat dan tergesa-gesa menggesa saya supaya menubohkan biro-biro dalam pentadbiran yang baru.

Terasa hairan juga saya tentang perkara begini. Tapi saya beranggapan bahawa dia ingin berkhidmat kepada masyarakat seterusnya kepada masjid. Oleh itu, saya memahami keinginan dia dan kemungkinan gesaan itu ikhlas.

Saya mengeluarkan senarai biro-biro. (bukan sebab gesaan dia)

1-Biro infrastruktur bagi menjaga segala urusan bangunan masjid dan yang berkenaan dengan fasiliti-fasiliti bersangkutan dengan masjid.
2-Biro dakwah bagi menjaga kepentingan ahli kariah dan ketua muslimat dibawah biro ini.
3-Biro pendidikan bagi menjaga segala urusan pengajian, ceramah, kursus-kursus dan latihan-latihan yang diadakan untuk ahli kariah dan wakil pemuda diletakkan dibawah biro ini.
4-Biro R&D bagi mengkaji keperluan ahli kariah.

Nampaknya semua AJK terlantik merasa selesa dengan lantikan ketua biro dan biro-biro tersebut.

Gesaan 1 Jun 2009

Assalamualaikum,


Pada 31hb Mei 2009 telah diserahkan pentadbiran kepada AJK baru. Pada 1 Jun 2009, ada orang yang tak sabar nak tengok saya kendalikan pentadbiran sesi baru ini.

Pegawai dan AJK Masjid Ar-Rahman sesi Jun 2009 - Jun 2012

Assalamualaikum,

Pada 1 Jun 2009, bermula lah pentadbiran baru masjid kariah Pendamaran Jaya. Senarai pegawai dan AJK yang untuk sesi Jun 2009 hingga Jun 2012 belum diterima lagi.

Semalam selepas waktu isyak penyerahan kuasa telah dilakukan. Nazir lama telah dibenarkan berucap dan nazir baru telah diberi peluang untuk berucap buat pertama kali.

Dalam ucapan yang saya ingin sampaikan dengan panjang lebar telah dipendekkan kerana terdapat jemaah-jemaah tidak berapa senang (gelisah) dengan ucapan saya.

Jamuan ringan telah diadakan untuk keraian majlis perpisahan tersebut.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat