Isnin, Ogos 31, 2009

Kedatangan VIP

Assalamualaikum,

Dari Jun tempoh hari sehingga sekarang, ada 2 VIP yang diwar-warkan akan datang ke masjid Ar-Rahman. Satu VIP pada Julai tetapi telah tidak datang. Dan satu lagi ialah pada 13hb September ini. Kita tunggu saat tersebut.

Julai hari tu, beberapa khemah telah dipasang dan ahli kariah telah bertanya kepada saya. Saya tidak boleh menjawap kerana saya tidak ada sokongan dokumen untuk mengatakan kenapa khemah penuhi ruangan letak kereta. Longkang-longkang didepan masjid juga telah dibersihkan.

Pada 13hb akan datang, telah ada orang berjumpa saya dan menyatakan akan kehadiran satu lagi VIP. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyediakan keperluan beliau dan kaedah mana untuk melayan beliau. Saya hanya minta jawatankuasa beliau memberi saya dokumen atau jadual program beliau.

Kenapa masjid Ar-Rahman menjadi tumpuan? .... wallahu a'lam.

1 Rumusan

Assalamualaikum,

Selepas teraweh semalam, saya dikunjungi oleh s/u. Kami berbual-bual tentang keraian dimasjid AlFalah. Saya bercerita tentang anak-anak yatim yang datang dan beberapa aktiviti yang akan berlaku dimasjid.

Ada juga kami menyentuh perkara-perkara negatif yang berlaku dipengurusan masjid. Terutama nya campur tangan orang lain dalam pentadbiran kami.

Datang siak yang menjadi jiran saya dan beliau menceriakan perbualan kami dengan contoh-contoh perkara yang telah berlaku dimasjid. Saya memang tidak melihat semua ini kerana ada "nazir" lain yang menguruskannya. Atas dasar perkara kebajikan, maka saya tidak mencampuri kegiatan tersebut. Moga-moga beliau beroleh pahala dari penglibatan beliau disitu.

Kemudian itu, datang pula 2 lagi ahli jemaah masjid, seorang ajk dan seorang ahli jemaah yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti masjid. Ajk tersebut mengadukan bahawa masjid telah seminggu tidak melaungkan azan isyak. Beliau merasa tidak sepatutnya masjid tidak azan bila masuk waktu.

Puncanya beliau terangkan dan beliau telah memaklumkan kepada pengerusi biro pendidikan. Saya maklum.

Perbualan kami bertiga dan 2 lagi itu telah menambahkan perbualan tentang perkara-perkara pincang yang berlaku dimasjid.

Rumusan: Kepincangan telah bermula dari mesyuarat Ramadhan sehingga pada hari ini. Jika saudara rujuk semula kepada mesyuarat Ramadhan dan apa yang saya catitkan selepas itu, maka banyaklah kepincangan pengurusan yang berlaku.

Ahad, Ogos 30, 2009

Re-Union

Assalamualaikum,

Ptg tadi telah berlaku re-union saya dan kawan2 yang ditinggalkan hampir 20 tahun dulu di Masjid AlFalah Kampong Idaman.

Atas kunjungan Tuanku DYMM Sultan Selangor, saya telah kesitu dan terjumpa beberapa rakan-rakan yang giat bermain badminton pada tahun-tahun muda hari tu. Rasanya pada masa itu, saya berumur dalam 30an menuju ke 40.

Kemudian dikeramaian yang sama, berjumpa pula dengan bekas kakitangan saya yang bekerja dibawah pengurusan saya pada tahun 80an semasa saya bertugas di Klang.

Maknanya ada dua kumpulan berlainan identiti bertemu didalam satu majlis untuk meraikan baginda Sultan.

Semalam, saya telah terseret masuk kedalam satu re-union junior saya dimasjid. Mereka mempelawa saya untuk bersantai selepas terawih. Maka lapan rekaat sahajalah yang dapat saya buat bagi memenuhi undangan tersebut.

Dalam sedap bercerita, datang pulak seorang calon parti politik ke kedai Man Corner. Entah siapa beritahu saya ada disitu, wallahu a'lam. Memang beliau ingin berjumpa saya sejak dari magrib lagi. Katanya ada program bersama anak yatim dan fakir miskin yang mereka ingin anjurkan kelak dimasjid.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Rekod Derma

Assalamualaikum,

Sekejap tadi saya menasihati pengurusan masjid di Puchong supaya merekodkan semua penerimaan barangan dan duit yang diterima mereka.

Malang sekali, pengurusan saya sendiri tidak merekodkan apa-apa penerimaan barangan. Duit untuk tahlil hanya merekodkan nama-nama mereka yang ingin dibacakan fatihah, tanpa merekodkan berapa duit yang didermakan.

Alasannya, tidak ada kerani yang membuat kerja-kerja tersebut. Memang tidak boleh diterima.

Khamis, Ogos 27, 2009

Sesudah Suboh

Assalamualaikum,

Pagi ini, Pak Mansor, imam sesi lepas menceritakan kepada saya aktiviti yang mereka buat dalam bulan Ramadhan yang lalu. Dalam cerita-cerita tersebut tiba-tiba dia merujuk kepada betapa mahalnya harga jamuan berbuka puasa sekali ini. RM500 sekali buat dan dia kata ada orang mengatakan dengan berlauk ikan sahaja takkan RM500.

Perbualan tersebut termati setakat itu dan kami balek menaiki kenderaan masing-masing. Saya memikirkan sesuatu yang negatif ketika itu tetapi tidak sempat meluahkan.

Saya terfikirkan tentang semua pemberian ahli kariah berupa beras, gula dan duit. Adakah sesiapa merekodkanya atau atas amanah pegawai dan ajk masjid menerimanya. Perlukah ada rekod tentang penerimaan barang-barang dan duit tersebut?

Selasa, Ogos 25, 2009

Penyesalan

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa.

Semalam, saya sempat mendengar tazkirah zohor di masjid negeri, Shah Alam. Dalam hati terlintas untuk membuat ucapan (tazkirah) kepada ahli kariah saya sepertimana tazkirah zohor tersebut. Tapi tajuk saya hanya sekitar perkataan "Penyesalan".

Bagi yang solat terawih 8 rekaat, jangan menyesal kerana tidak solat 20 rekaat.
Bagi yang solat sunat tahajjud 4 rekaat, jangan menyesal kerana tidak solat 8 rekaat.

Bagi yang berzikir 100 kali, jangan menyesal kerana tidak berzikir 1000 kali.

Bagi yang khatam Kor'an sekali, jangan menyesal kerana tidak khatam 5 kali.
Bagi yang khatam 5 kali, jangan menyesal kerana tidak memahami kandungan kor'an.

Bagi yang bersedekah 10 ringgit, jangan menyesal kerana tidak bersedekah 20 ringgit.
Bagi yang bersedekah 20 ringgit, jangan menyesal kerana tidak bersedekah 50 ringgit.

Bagi yang tidak berpuasa sunat syawal 6 hari, jangan menyesal kerana Ramadhan akan datang belum tentu kita masih ada.

Begitulah sedikit pengisian tazkirah "Penyesalan".

Ahad, Ogos 23, 2009

Hari ini Hari kau

Assalamualaikum,

Tadi semasa menunggu solat isyak sempatlah berjumpa 2 ajk diserambi masjid. Mereka bertanya tentang solat terawih yang telah dimesyuaratkan hari tu untuk dibuat sebanyak 8 rekaat tetapi telah dibuat 20 rekaat.

Saya kata pegawai masjid ingin membuat 20 rekaat seperti yang diputuskan dalam mesyuarat kendalian terawih sehari sebelum Ramadhan bermula.

Dari jawapan tersebut, 2 ajk tersebut seolah-olah berdendam untuk tidak taat dalam keputusan mesyuarat2 yang akan diadakan pada hari2 lain.

Saya meninggalkan mereka dengan keadaan itu.

Kisah ini sepatutnya dicatit lebih dulu dari kisah bendahari tadi.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Bajet Ramadhan Si luncai

Assalamualaikum,

Ketika duduk selesai solat 8 rekaat terawih, bendahari datang duduk disebelah. Kami berdua saja duduk memencil.

Bendahari: Duit tak cukup untuk membuat bubur lambok. (dia bercakap atas bajet dia)
Saya: Dalam mesyuarat kata JKKK nak taja semua.

Bendahari: Dia (penasihat) kata 3,000 saja jkkk sponsor.
Saya: Habis tu bagaimana?

Bendahari: Upah 100 satu hari, ramuan, beras dan lain2 macam mana? Upah untuk 1 bulan dah 3000.
Saya: Saya sangka dia sponsor semua. Mesyuarat tempoh hari, janji sponsor bubur lambok dan berbuka puasa. Buka puasa saja dia bajet 500 1 hari, belum bubur lambok.

Bendahari senyap tak boleh nak kata apa sebab memang telah dimesyuaratkan perkara tersebut.

Saya: Berapa kena top up?
Bendahari: 3,000 lagi.

Saya: 3,000 tak termasuk buka puasa.
Bendahari: Em.

Saya membenarkan wang tabungan masjid dugunakan untuk top up tanpa dimesyuaratkan oleh pengurusan masjid. Saya harap tindakan saya betul tapi saya sendiri tidak setuju tindakan saya itu kerana sepatutnya dimesyuaratkan untuk dapat kelulusan.

Biarlah siluncai terjun dengan labu-labu nya.... biarkan...biarkan.

Ramadhan Al-Mubarak Menganjak Pendirian

Assalamualaikum,

1 - Semalam bermula terawih dengan 20 rekaat. Pada mesyuarat Ramadhan dulu, saya mencadangkan terawih 8 rekaat tapi semalam jadi 20 rekaat. Banyaklah yang bertanya kenapa diubah. Mesyuarat petang Ramadhan, pegawai2 telah bersetuju dengan solat sunat terawih 20 rekaat bukan 8 seperti mesyuarat yang awal dulu.

2 - Bubur lambok yang dijangkakan disponsor telah tidak jadi disponsor. JKKK dengan tegas dan berwibawa telah berjanji akan mensponsor bubur lambok untuk tahun ini. Semalam telah berlembut untuk meminjam dana dari tabung masjid untuk mensponsor bubur lambok kepada masjid.

3 - Beberapa orang korporat yang berjanji untuk mensponsor majlis berbuka puasa telah tidak ada suara. Saya tidak tahu sama ada majlis berbuka puasa akan diadakan atau tidak. Khabarnya semua borang minta orang sponsor telah habis diambil, tapi baru ada 6 errrr 6 orang yang confirm nak sponsor.

4 - Saya beli baju melayu semalam. Saya tidak pernah beli baju melayu telah 30 tahun. Zahirnya sebab DYMM datang ke masjid jiran dan saya dikehendaki hadhir meraikan baginda. Adatnya perlu berbaju kebangsaan dan bersongkok. Batinnya Ramadhan sekali ini merubah saya.




Banyaklah perubahan yang berlaku tanpa diingini sendiri mau pun diingini dan bermula Ramadhan. Hanya sedar atau tidak Ramadhan adalah Bulan Reformasi.

Khamis, Ogos 20, 2009

Pusing habis / Habis pusing

Assalamualaikum,

Pagi ni pergi pejabat masjid mencari benda yang tak ada. Habis segala ceruk sudut dicari.

Nak balek, terserempak dengan jenazah, singgah pulak solat jenazah dulu. Balek.

Ambil Wimax modem pasang kat compaq dirumah, tak boleh, puas habis pusing cari sebab, tak jumpa sebab.

Bawa wimax modem pergi pejabat masjid pasang pada pc masjid, boleh guna tapi puas pusing pejabat, tak siap2 download. Pc pejabat slow macam nak mati tapi masih boleh guna.

Pergi Pelabuhan klang, cari rumah, pusing habis satu port klang tak jumpa tuan rumah. Rumah jumpa, tuan rumah tak jumpa. Balek pulak.

Begitulah aktiviti hari ini, pusing habis, habis pusing, tang tu jugak.

Sebabnya: Sultan nak datang masjid jiran. Ampun tuanku, bukan salah sesiapa tuanku, salah patik sendiri tuanku.

Rabu, Ogos 19, 2009

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum,

Marhaban ya Ramadhan, Marhaban.


Terima banyak surat, jemputan, aduan sebelum menyambut Ramadhan.

DYMM Sultan akan berbuka puasa dimasjid AlFalah Kpg Idaman pada 30hb. Saya perlu memberikan surat jemputan kepada anak-anak yatim piatu untuk menghadiri dan meraikan baginda. Saya berjiran saja dengan masjid ni. Tapi ada jemputan dari baginda, maka kenalah bersama.

Masalahnya: Saya tiada baju kebangsaan dan bersongkok. Saya sebelum ni biasa dengan baju bangla atau jubah. Sepanjang hayat hanya sekali berbaju kebangsaan, masa menikah 30 tahun dulu. Aduuh!

Selasa, Ogos 18, 2009

Sesi Taklimat Pegawai

Assalamualaikum,

Pada hari khamis ini, lepas isyak akan diadakan satu sesi taklimat pengendalian solat terawih untuk pegawai2 masjid. Sepatutnya tidak perlu tetapi oleh kerana mesyuarat Ramadhan telah dicemari dengan ajenda makan, kendalian terawih tidak dapat dijelaskan dengan terperinci.

Insaya Allah, solat terawih akan berjalan dengan lancar.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Penaja RM500

Assalamualaikum,

Pagi ni pergi masjid sebab Imam1 kata ada surat untuk nazir.

Jumpa satu surat beserta borang. Surat tersebut bertajuk "MEMOHON MENJADI PENAJA BERBUKA PUASA ........".

Diantara lain kandungannya ialah membuka ruang untuk ahli kariah menaja jamuan berbuka puasa yang pihak masjid adakan sepanjang bulan Ramadhan.

Surat ditanda tangani oleh disediakan Timbalan nazir, disahkan oleh bagi pihak nazir dan disokong oleh penasihat masjid.

Orang mempunyai berbagai-bagai cara untuk membuat kebajikan dan beroleh pahala. Pahala hak Allah. Amal dengan ilmu. Jika berilmu tapi beramal seperti tiada ilmu maka namanya tak beradab kalau orang dewasa, kalau budak2 dipanggil kurang ajar.

Dengarlah lagu ni, .

Masjid Korporat

Assalamualaikum,

Saya sedang buat satu kertaskerja pengendalian masjid secara korporat. Hasrat hati jika siap ingin diajukan kepada exco melalui Ketua Penyelaras masjid.

Diantara tajuk-tajuk penting dalam kertaskerja ialah:

Penyelarasan Operasi
Penyelarasan akaun
Aktiviti Bersepadu
Kerjasama antara Masjid
Masjid On-line
Pakar rujuk kariah On-line

Upahnya: sumbangan masa saya jadi nazir.
Siap: dijangkakan selepas mesyuarat agung 2010. Saya perlu meneliti aspek-aspek pengurusan masjid yang saya alami untuk mendapat gambaran realiti yang ada.

Pertolongan diminta kepada pembaca blog supaya doakan saya diberi taufik dan petunjuk Allah. Amin.

Ke 2, 2 nya

Assalamualaikum,

Semalam, Saya bersama zauja kepasar malam selepas solat magrib. Cucu ke2 2nya dijaga oleh ibu ayah dia hari ni. Dalam berjalan2 dihiruk pikuk orang berniaga dan pembeli tu tersualah dengan penasihat. Saya menghulur salam dan salam disambut sambil ke2 2 kami senyum2. Saya jalan terus bersama zauja.

Zauja kata: Dia geleng2 kepala.
Saya kata: kenapa?

Takat tu lah perbualan saya dengan isteri tentang pertemuan tersebut. Kami meneruskan mencari barang2 keperluan dipasar malam tu. Bila melalui ahli kariah yang berniaga ikan (saya dah cerita) saya lambai angkat tangan, dia lambai angkat tangan ke 2 2 sekali.

Malam ni dimasjid ada baca yasin dan solat hajat memohon perlindungan dari H1N1, barulah saya perasan kenapa penasihat geleng2 kepala tadi. Saya angguk2 kepala ketika itu. Zauja pandang2 saya.

Agihan Kerja

Assalamualaikum,

Perbincangan tentang kaedah pengagihan kerja membekal makanan tertunda kerana terpesong dari matlamat asal.

Matlamat asal ialah membincangkan tentang:

- perjumpaan semua pembekal makanan dengan pengurusan masjid.
- menentukan harga / kos satu-satu majlis keraian
- spesifikasi kerja
- jadual pengagihan kerja.
- masa mula kerja-kerja dibuat.

Tarikh baru akan dibuat untuk perbincangan ini. Insya Allah.

Khamis, Ogos 13, 2009

Tunggu Terpancut.


Assalamualaikum,

Lepas solat isyak semalam, biro kebajikan dan dakwah bermesyuarat mengenai penjadualan pembekalan makanan yang akan dibuat untuk bulan Oktober dan seterusnya. Mesyuarat dihadiri oleh saya, s-usaha, timbalan nazir, bendahari, ajk infrastruktur, pemuda dan pengerusi biro.

Perbincangan banyak terpesong dari tajuk atas sebab-sebab yang saya masih fikirkan. Banyak isu yang dibangkitkan tidak relevan dengan tajuk perbincangan. Contohnya, kaedah mengetahui siapa pembekal yang akan dilantik jika ada lebih dari 5 atau 6 pembekal bubur lambok. (Bubur lambok hanya dibulan Ramadhan, perbincangan ialah untuk pengajian bulan Oktober, selepas Ramadhan) Saya ikutkan saja perbincangan yang meleret-leret tersebut.

Dalam sebok-sebok perbincangan itu terpancut kata bahawa penasihat sedang menunggu-nunggu panggilan dari kami untuk membincangkan kaedah pemilihan pembekal makanan keraian Ramadhan.

Patutlah perbincangan terpesong, rupa-rupanya dipesongkan.

Rabu, Ogos 12, 2009

Tugas, Amal Jariah dan BONUS.

Assalamualaikum,

Semasa pencalonan Pegawai dan AJK masjid pada bulan March tempoh hari, saya secara peribadi tidak teringat apa-apa pun tentang imbuhan yang akan saya dapat jika terlantik menjadi pegawai atau ajk masjid.

Saya juga tidak terfikir untuk membuat amal jariah kepada masjid.

Saya datang mesyuarat pencalonan masjid atas dasar ingin melibatkan diri dengan aktiviti masjid.

Hari ini, saya menjadi nazir sudah 73 hari. Isu yang sering menjadi perbincangan dimasjid atau di ILDAS atau di masjid negeri atau dimana-mana ada perjumpaan nazir-nazir ialah bila nak dapat elaun. Itulah juga soalan yang timbul bila fasilitator atau exco buka soalan pada peserta. Serupa masa bekerja dulu, bila dekat puasa sebok bincang tentang bonus.

Dalam mesyuarat peringkat masjid pun soalan sama timbul. Ada yang sampai peringkat mahu meletak jawatan.

Kunci Prestasi Masjid

Assalamualaikum,

Hari ini saya buat satu surat makluman untuk diedarkan kepada semua ahli kariah mengenai pemantauan kerajaan terhadap prestasi masjid. KPI (Key Performance Index)

Diantara lain kandunganya, saya ingin kerjasama dijalin antara ahli kariah dan pengurusan masjid untuk meneliti perkara-perkara yang dikehendaki dan perkara-perkara yang ada dimasjid. Ahli kariah boleh memberi cadangan dan perbincangan akan diadakan untuk menaiktaraf masjid mengikut kehendak yang dinyatakan.

KEGAGALAN PERTAMA: Berdasar kepada dialog1 dan dialog2 yang telah diadakan pada bulan Jun tempoh hari, AJK nampaknya tidak gemar bersemuka dengan ahli kariah. Oleh itu kemungkinan besar akan tiada lagi majlis dialog diadakan.

KEGAGALAN KEDUA: AJK terlalu sombong untuk menerima cadangan ahli kariah. Ada komen AJK yang mengatakan tidak ada guna mengadakan dialog. Ada yang kata cukup sekadar letak kotak cadangan dan biarkan mereka masukkan cadangan mereka. (Sejak jadi nazir dari bulan Jun, tiada satu cadangan pun yang diambil dari kotak cadangan)

KEGAGALAN KETIGA: Zahirnya AJK telah di brainwash supaya tidak mengharapkan ahli kariah. Mereka telah ada korporat-korporat yang akan sponsor (zahir dan batin).

KEGAGALAN DEMI KEGAGALAN. Ya Allah, ampunilah kami atas perbuatan kami.

Selasa, Ogos 11, 2009

Perkasakan Masjid

Assalamualaikum,

Hari ini sepenuh hari di ILDAS, Sabak Bernam. Seminar Pemerkasaan Masjid.

Begitulah masjid pada zaman ini perlu diperkasakan. Bukan masjid itu tidak perkasa tetapi telah salah dipergunakan sehingga tidak nampak perkasa. Luaran masjid mungkin nampak gah kerana membina sesebuah masjid menelan berjuta-juta ringgit. Kita biasa dengar masjid ini berjuta-juta ringgit, masjid itu pula berjuta-juta ringgit.

Apa tindakan pemerintah? apa tindakan penaung/penasihat? apa tindakan nazir/ajk? apa tindakan ahli kariah?

Pemerintah ingin membawa pembaharuan, penaung/penasihat ingin menguasai masjid, nazir/ajk terumbang ambing antara siapa nak dipatuhi, ahli kariah kata lagi teruk ajk yang ini berbanding ajk sesi lalu.

Bukan semua masjid sedemikian. Masjid tempat saya jadi nazir aje.

Oleh itu, pemerintah keluar satu senarai KPI. Mana-mana masjid yang tidak berupaya untuk berprestasi baik atau perkasa mengikut KPI itu maka ..... tidak pula saya tahu penalti nya.

Lupa pulak, KPI tu bukan bermakna Kemana Pergi Income.

Isnin, Ogos 10, 2009

Cakap Bolehlah.

Assalamualaikum,

Jika sesiapa mengikuti blog saya ini, tentu tahu bahawa ada 2 perbincangan telah berlaku. Perbincangan pertama pada 6hb berkenaan bajet dan yang ke-2 pada 9hb mengenai perbincangan pendidikan. Akan menyusul perbincangan ke-3 mengenai Biro Kebajikan.

Dua tiga orang yang tidak masuk dalam perbincangan tersebut telah mengulas mengenai perbincangan tersebut. Saya ulangi kenyataan saya: "2, 3 orang yang tidak masuk dalam kumpulan perbincangan telah mengulas mengenai perbincangan tersebut".

Saya rasa saya tidak membuat sebarang siaran lansung melalui apa-apa media sekali pun mengenai 2 perbincangan itu. Kecuali sesaorang telah merakamkan perbincangan tersebut secara rahsia.

Maka tertanya-tanya lah dibenak hati: mungkinkah si pok ko atau ahli perbincangan telah bertanya dengan sesiapa pandangan mereka.

Dirumuskan dari ulasan mereka secara positifnya ialah tentang keinginan saya untuk membuat sesuatu yang memberi faedah kepada ahli kariah masjid dan AJK yang ada.

Ada yang terperanjat dengan bajet yang teruk.
Ada yang bertanya tentang aktiviti Ramadhan. Siapa imam terawih? Siapa begitu dan begini.
Ada yang menyarankan supaya tidak mengadakan jamuan kepada ahli jemaah selepas pengajian.
Ada yang sanggup hendak sponsor pengajian.

Begitulah bagusnya pemikiran ahli kariah. Saya tetap teguh dengan pendirian saya: cakap boleh, bikin tengok!

Tidak Dijangka

Petang tadi dalam pukul 6, Ustaz Farid call saya tentang pengendalian perjalanan ke ILDAS esok.

Program Pemerkasaan Masjid akan berlansung esok jam 830pagi di Sabak Bernam. Asalnya kami diarah berkumpul di PAID Klang pada pukul 700pagi.

Saya hubungi Nazir Masjid Samadiah untuk pengesahan pergi ke ILDAS dan bersetuju untuk solat jemaah suboh dimasjid Samadiah Pelabuhan Klang. Lepas solat suboh terus berangkat bersama Nazir MSPK dan beberapa nazir lain.

Program yang melibatkan ugama memang banyak diluar jangkaan. Saya teringat kes al-MAUNAH. Banyak ahli maunah yang tertangkap dulu tidak tahu apa misi mereka semasa menyahut seruan rakan maunah yang lain. Saya pasti mereka ikhlas kerana penyatuan alMaunah, namun mereka boleh terperangkap dalam kes tersebut.

Kes saya lain sikit kerana ini atas arahan pihak JAIS sendiri.

Pok ko

Assalamualaikum,

Perbincangan semalam mengenai pendidikan dimasjid yang disijilkan dihadiri oleh pengerusi pendidikan, wakil pemuda, setiausaha, siak2 dan 1 ajk on-off. Timbalan nazir datang apabila perbincangan selesai.

Penerangan dan visi diterangkan dan ajk dapat memahaminya dan antara lain disebut juga perkara-perkara berikut:

- guru yang tetap, bertauliah dan memang kemahiran subjek.
- seorang guru / ustaz akan menjadi pakar rujuk kariah.
- subjek-subjek tafsir, hadis 40, qiraat sahaja disijilkan.
- masjid akan membekal buku teks.
- hebahan dibuat.
- pendaftaran diadakan.
- kedatangan akan diambil.
- ada ajk pemantauan.
- program dari Okt 2009 hingga Mei 2012.

Alhamdulilah, semua ambil bahagian dalam perbincangan dengan aktif kecuali ada satu pok ko dalam perbincangan tersebut.

Nak tahu apa pok ko, tunggu jika karekter ni timbul dilain masa. Kalau nak cepat tahu klik sini.

Ahad, Ogos 09, 2009

Senaman pagi

Assalamualaikum,

Lepas suboh tadi sempatlah ronda-ronda dengan basikal keliling kampong. Sempat pula ronda sampai masjid AlFalah Kampong Idaman. Terjumpa ustaz Halim dan imam masjid sedang berbual diperkarangan masjid al-Falah.

Ustaz Halim ada memberitahu tentang penangkapan pasangan khalwat dan saya komenlah sikit.

Saya kata: sepatutnya kita kena hebahkan penangkapan maksiat bertujuan menasihati ahli kariah dan hebahan itu tidaklah sehingga menyebut nama sipembuat. Cukup sekadar memberitahu bahawa minggu ini pihak penguasa masjid telah menangkap 3 pasangan khalwat. Diharap ahli kariah dapat membantu untuk membanteras perbuatan-perbuatan maksiat dikampong kita.

Dia setuju. Saya meminta diri untuk meneruskan senaman pagi saya dengan harapan kampong saya juga dapat menyekat perbuatan-perbuatan maksiat tersebut.

Kecemasan Suboh

Assalamualaikum,

Pagi ni 545 pagi, ada orang telefon saya. 016 2286 547. Panik juga. Selalunya orang telefon minta autograf pun mestilah dah siang terang benderang.

Rupanya Ezhar, biro kebajikan. Katanya: Lampu dalam masjid tak menyala. Semalam memang berlaku satu dentuman kuat sebelum hujan. ELCB trip. Dia minta kunci pejabat nazir kerana mereka memang tidak ada kunci pejabat. Suis utama ada dalam pejabat nazir.

Saya bergegas kemasjid menaiki basikal membawa kunci pejabat. Sempat saya bertanya pada dia, dimana setiausaha. Sebab setiausaha mempunyai 1 salinan kunci tersebut. Dia kata, setiausaha telah beritahu bahawa setiausaha tidak ada kunci tersebut. Ramai juga menolong untuk menghidupkan lampu. Akhirnya Timbalan nazir hidupkan elcb, terang benderanglah masjid.

Saya pun ingin balek kerumah sebab saya belum mandi lagi. Ezhar datang berjumpa saya dan kata: Terima kaqsih tuan, saya kena pergi sekarang kerana "nazir" panggil.

Catatan ini ditulis kerana dia kata "nazir" panggil dia. Setahu saya, sayalah nazir masjid ni dan saya didepan dia, bila ada nazir lain panggil maka !!!!????? lah saya.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Mesyuarat Biro Pendidikan

Assalamualaikum,

Esok, insya Allah akan diadakan perbincangan khusus bagi biro pendidikan.

Diantara perkara yang ingin disentuh adalah corak pendidikan yang akan dilaksana dimasjid ini:

1- tentang pengajian tafsir alQur'an yang bersijil
2- pengajian hadis 40 yang bersijil,
3- mendaftar peserta dan memberi sijil penyertaan setelah tamat beberapa siri dalam pengajian tersebut.
4- melatih, mendidik ahli kariah yang dipileh berceramah.
5- melantik seorang ilmuan (ustaz) sebagai pakar rujuk kariah.

dan faktor-faktor melaksanakan perkara tadi seperti:

1- kekerapan pengajian dalam seminggu.
2- isu tauliah.
3- kemudahan yang akan diberi.

Saya berharap AJK terlibat boleh berminda terbuka dalam membuat perbincangan ini.

Taklimat Exco

Assalamualaikum,

Sebentar tadi selesai taklimat YB Dr. dan Tan Sri MB dimasjid negeri Syah Alam dimajlis Penyerahan Sumbangan dan Kad Kuasa Pegawai Masjid.

Saya hanya ingin menyentuh tentang soalan saya kepada YB dalam sesi yang dibuka kepada hadirin.

Saya tanya dalam audience: "Saya perlukan garis panduan tentang sempadan kuasa (LINE OF DEMARCATION) antara Nazir dan penasihat."

YB kata:"penasihat hanyalah non-executive member dalam struktur organisasi masjid." Beliau akan memanggil semua ketua kampong (penasihat) kedalam satu mesyuarat untuk memastikan penasihat tidak mencampuri urusan masjid.

Rupa-rupa nya soalan saya disenangi oleh kebanyakan pegawai masjid (nazir, imam, bilal, siak) yang menghadiri taklimat ini. Saya takut2 juga pada mulanya untuk menyuarakan soalan ini.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Bajet Berintegriti

Assalamualaikum,

Lepas Jumaat tadi telah diadakan mesyuarat bajet.

Setelah dikaji selidik, atas maklumbalas yang diberi oleh Bendahari pihak masjid tidak dapat memberi elaun kepada pegawai masjid. Pihak masjid hanya mampu mengadakan 14 kali syarahan setiap bulan.

Saya berasa hairan juga dengan bendahari dalam masyuarat bajet ini. Beliau seperti hilang punca dan tidak memberi kerjasama(non-active) dalam mesyuarat.

Berikut adalah kemampuan masjid sebulan:

1- kutipan jumaat - 3000
2- sewaan - 2800
3- Bil air/ api - 400
jumlah= 6200
Bayaran
Letrik/air/telefon 1380 Bil Pengurusan 200
Biro Pembangunan ----
Biro Pendidikan 1400 - 14 kali pengajian
Pemuda ---- Biro Kebajikan 1100
Wanita 400 Biro R&D ----
Elaun Aktiviti Luar 1000 Sumbangan/kontigensi 400
jumlah 5880

# Biro Pembangunan, pemuda dan R&D tidak ada peruntukkan.

"Ketua Nazir"

Assalamualaikum,

Pukul 10 pagi tadi dia telefon saya suruh datang ke "pejabat" dia. Saya tak tahu nak bagi alasan apa untuk tidak datang ke "pejabat" dia. Akhirnya pergi juga lah.

Cerita nya takde apa-apa pun....borak kosong.

Ada beberapa sebab saya namakan dia "ketua nazir".
1- awal-awal saya jadi nazir dulu, macam2 dia suruh saya buat. Seolah-olah seperti saya tidak tahu atau tiada idea tersendiri. Yang menyakitkan hati ialah "cadangan" itu diarah didepan ramai orang.
2- dia telefon saya semasa ada beberapa orang didepan dia dan skrip dia memang seolah-olah ingin mengatakan kepada orang lain yang saya mengikut cakap dia, sehinggakan ada jemaah kariah yang berkata "ikut cakap ......" dengan tindakan saya yang berbetulan seakan-akan kata "ketua nazir".
3- saya diwajibkan datang menghadap dia apabila di "arah". Gesaan yang tidak boleh ditolak.

Rumusan yang dapat saya buat ialah dia ni jenis tak jaga perasaan orang lain.

Sebenarnya ada 1 lagi yang macam dia ni, hanya lagi 1 tu dah ada title. Carilah dalam blog saya akan kedua-dua watak ini.

Khamis, Ogos 06, 2009

Nazir tak kenal ahli kariah.

Assalamualaikum,

Tadi dalam pukul 9:15 malam saya pergi ke pasar malam belakang rumah. Hasrat hati nak membeli taufa melayu dan ikan. Zauja pesan beli ikan cencaru. Pusing keliling pasar malam takde ikan cencaru.

Jumpa seorang penjual pun takde cencaru. Belilah kerapu sekor kat dia. Bila nak bayar, sipenjual keluarkan 1 plastik ikan cencaru dalam 5 kilo, jual kat saya RM5.00. Saya kata: saya tak nak banyak2 sebab saya hanya 2 orang dirumah. Dia kata takpe lah ambillah semua ni RM5.00 saja. Saya kata buat apa membazir. Dia kata berilah pada sesiapa yang saya fikir patut.

Alhamdulilah, 5 kilo cencaru dan 1 plastik ikan krisek free. Lepas urusniaga selesai sipeniaga pun kata: tak ingat saya ke? saya kata: tak. Dia kata, hari tu dalam mesyuarat dia tengok saya serius aje. Jadi dia tak tegur sapa saya. Saya kata saya lupa siapa dia. Akhirnya saya perasan yang dia ni ahli kariah saya. Tinggal di Bukit Tinggi 2.

Kuasa Gila Nazir


Assalamualaikum,

Dalam kursus yang diadakan di ILDAS hari tu, tidak disentuh lansung tentang kuasa-kuasa yang diberikan kepada nazir satu-satu masjid.

Maka saya berandaian bahawa nazir berkuasa penuh urusan masjid. Nazir boleh mengarahkan membuat banyak perkara dan sempadannya hanyalah mempastikan semua pegawai, ajk dan ahli kariah tidak merasakan yang nazir bermaharajalela membuat sesuka hati.

Saya tidak mahu sedemikian. Saya mahu membuat apa pun akan dimesyuaratkan. Sehinggakan untuk meluluskan apa-apa pembayaran pun akan dimesyuaratkan. Ini rasanya selaras dengan kehendak dari penasihat semasa mesyuarat pertama bulan Jun dulu supaya nazir jangan merasa syok sendiri dan tidak mentadbir secara diktator. Katanya.

Yang jadi mangsa, pegawai-pegawai masjid dan ajk yang mengharapkan elaun mereka dibayar dengan cepat. Kenalah tunggu mesyuarat dulu dan itu pun jika dikemukakan dalam mesyuarat. Jika pegawai atau ajk masjid buat diam dan tidak menyebut tentang pembayaran elaun dalam mesyuarat, maka tak bayarlah. Kalau sebut luar mesyuarat, tidak terpakai.

Rungutan Ikhlas.

Assalamualaikum,

Semalam siak datang rumah.
Tadi Pengerusi Biro Kebajikan miss call. Saya call semula dan dia mengadu: siak merungut sebab belum dapat bayaran padahal telah masuk bulan Ogos sekarang.

Saya kata: malam ini ada perbincangan bajet. Kalau nak sertai datanglah.

Saya telah sediakan beberapa format bajet untuk perbincangan tersebut. Moga-moga boleh digunakan dalam perbincangan bajet nanti.

Sedang menaip blog ni, saya teringat satu lagu (ada kaitan atau tidak, wallahu a'lam), kliklah jika nak dengar lagu ni. Satu lagi lagu yang menarik minat saya untuk anak remaja.

More Ramadhan Guna Duit Rasuah.

Assalamualaikum,

Pelan Integriti Nasional.

Inilah satu penceramah lelaki bagi kursus ini.

Semasa memberi taklimat, nazir-nazir hentam habis kawan ni. Kesian dia, tapi tugas dia sebenarnya berkesan. Dia ditugaskan untuk memberi kefahaman tentang PIN.

Soalan saya: (saya tanya dalam sidang) Atas kejayaan PIN kerajaan, masyarakat mula tidak merasuah dan sedar ketelusan dan sebagainya dalam kehidupan, perniagaan dan sebagainya. Mereka mula ingin bersedekah.

Contohnya, masjid saya akan menyambut Ramadhan dengan bubur lambok yang disponsor, majlis berbuka puasa dengan nasi berlauk dan more yang disponsor dan kemungkinan sahur akan disponsor pada tiap-tiap hari bulan Ramadhan.

Sehinggakan imam terawih yang hafizun juga akan disponsor. BAGUS!

Masalah saya ialah: Duit sponsor tersebut datang dari sumber mana, bercampur aduk dengan pendapatan dari perniagaan berasuah dan sebagainya dan mereka ingin menghalalkan duit-duit tersebut dengan bersedekah (sponsor) makan bulan Ramadhan.

Walau pun bukan semua sponsor dari duit rasuah tetapi masih ada yang sponsor dari perniagaan yang melibatkan rasuah.

Sebagai nazir, menjadi tanggungjawap saya untuk memastikan Pegawai masjid, AJK, imam-imam hafiz, ahli-ahli qiraat, ahli sufi, ahli tarikat dalam kariah saya dilindungi dari memakan hasil rasuah. Mentelah lagi berbuka puasa dengan hasil rasuah.

Apakah tindakan yang patut saya (seorang nazir) ambil?

Rasa Dihormati

Assalamualaikum,

Entah kenapa saya berasa, nazir-nazir yang ada dan berpengalaman dikursus ini menghormati saya. Perasaan ini timbul dan saya takut itulah sifat buruk dan menjadi sikap burok pula nanti, maksiat yang orang tak nampak tetapi sendiri tahu dan akan membinasakan amalan.

"UJUB" - merasa diri lebih dari orang lain.

Nazir mithali dari Masjid Samadiah pun ada menunjukkan rasa hormatnya, begitu juga dengan beberapa nazir lain.

Apa yang dapat saya rumuskan ialah nazir-nazir semua perlu diberi penghormatan yang tinggi oleh ahli kariah kerana tugas mereka secara tidak lansung adalah mendidik ahli kariah kearah pemikiran yang tertumpu hanya kepada Islam dalam apa juga tindak tanduk, pemikiran dan perbuatan.

Majlis Ta'ruf

Assalamualaikum,

Dalam sesi kursus, fasilitator ingin berkenalan dengan semua nazir, oleh itu kami memperkenalkan diri masing-masing.

Ramai nazir-nazir dan wakil nazir yang menjadi nazir setelah berpengalaman sama ada menjadi nazir penggal lalu, bilal atau imam atau timbalan nazir.

Saya, 30 tahun dulu adalah ahli kariah Pendamaran Jaya dan menjadi jemaah masjid Pendamaran Jaya bila-bila saya balek bercuti atau kesempatan yang ada. Selain itu, saya selalu melepak kat masjid dan menjadi amalan saya semasa bujang untuk tidur dimasjid, walau pun saya bekerja pada siangnya.

Semasa belasan tahun, saya melepak di Masjid Samadiah, Pelabuhan Klang. Ini sebelum berpindah ke Pendamaran Jaya.

Saya memperkenalkan diri saya dan berkata: nama saya Abdul Rahim, baru 64 hari menjadi nazir, sebelum ini saya ......dan ..... dan ..... Malu juga sebenarnya tetapi itulah hakihatnya.

Nazir Sebilik

Assalamualaikum,

Semasa pendaftaran masok saya telah mendaftar selepas nazir Masjid Al-Falah Seri Muda. Secara otomatik saya menjadi rakan bilik. Saya tidak dapat menjadi rakan bilik nazir Masjid Al-Falah Kampong Idaman yang awal-awal ingin sebilik dengan saya.

Nazir sebilik saya ni orang Kedah, dia berpuasa sepanjang kursus ini, jadi kami tidak dapat makan bersama. Dibilek, kami hanya berbual-bual tentang pekerjaan nazir kami dan saya banyak bercerita tentang karenah ajk dan ahli kariah saya dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dikariah saya.

Sepatutnya nazir Masjid Al-Falah Kampong Idaman yang ingin mengadu hal dan meminta berkongsi bilik dengan saya tetapi sekarang nazir Masjid Ar-Rahman yang mengadu hal kepada nazir Masjid Al-Falah Sri Muda.

Fasilitator Kursus

Assalamualaikum,

Kursus nazir-nazir dikendalikan oleh fasilitator perempuan semuanya kecuali bahagian Integriti.

Semua fasilitator bermukadimah serupa. Mereka kata mereka sama-sama ingin belajar bukan ingin mengajar. Sehinggakan ada seorang fasilitator berkelayakan peguam pun kata ingin belajar bukan mengajar. Budaya budi bahasa orang melayu berpelajaran.

Untuk menghidupkan suasana tidak mengantuk, kami disajikan dengan cara-cara pembelajaran secorak akademi fantasia, american idol, tom tom mbak dan.... Begitulah. Tapi tidaklah sehingga kami diperbudakkan.

Rampas Masjid.

Assalamualaikum,

Pada 3 hingga 5 Ogos, nazir-nazir telah berkumpul di ILDAS, Sabak Bernam. ILDAS tu bermakna Institut Latihan dan Dakwah Selangor.

Pagi 3hb, ada ramai juga yang menaiki bas dari PAID Klang. Sementara menunggu bas sempat juga berjumpa dan bercerita dengan nazir-nazir lain. Nazir Masjid Al-Falah ingin berdampingan dengan saya sehinggakan memohon duduk sebilik. Saya no problem. Dalam hati berkata: ini mesti nak mengadu hal.

Bas sampai,masing-masing naik. Telefon saya berdering semasa ingin mengangkat beg. Turun semula dan jawap. "Ketua nazir" (bukan Ustaz Ramli Sidom) yang telefon. "Ketua Nazir" kata nak buat laporan polis dan nak rampas kuasa masjid. Dia ingin berjumpa saya dan saya kata tak boleh sebab nak pergi kursus.

Dia nak repot polis sebab ada orang nak tumbok S/U. Saya kata tunggu sampai saya balek kursus. Catatan ini dibuat setelah balek kursus.

Ahad, Ogos 02, 2009

Esok

Assalamualaikum,

Pagi ni idea tiris, sebab fikirkan esok nak hadiri kursus nazir kat Sabak Bernam.

S/u pagi ni pergi Sirim, ada seminar bulan dan bintang.

Rashid (anak bekas imam1) pergi Syah Alam, wakil nazir (saya minta dia) ke seminar yang Abim anjurkan.

Sabtu, Ogos 01, 2009

Terjumpa

Assalamualaikum,

Sedang layari internet, terjumpa lak "Politik Dan Masjid Di Malaysia".

Minta pandangan semua tentang rencana tersebut tapi semua perkataan UMNO/BN ditukar kepada PAS atau pembangkang dan semua perkataan PAS atau pembangkang ditukar kepada UMNO/BN.

Selangor diperintah oleh PR sekarang dan masjid-masjid ditadbir oleh ahli kariah yang dibawah seliaan penasihat PR (PAS) atau yang bersalin kulit selepas pilihanraya hari tu.

Keluhan imam2 pulak


Assalamualaikum,

Sekejap tadi imam2 datang kerumah hantar borang memohon tauliah anak menantu dia. Takde masalah.

Sempat juga dia menyampaikan apa yang terbuku dihati. Katanya mengadu kepada saya: ada orang yang lebih sudu dari kuah dalam mesyuarat Ramadhan tempoh hari. Orang tu bercakap sehingga masok sempadan orang lain.

Saya tak boleh nak kata apa. Saya mengiyakan kerana memang "mereka" yang dalam mesyuarat pengurusan masjid tidak banyak berkata-kata tetapi dalam mesyuarat Ramadhan baru2 ni datang ilham dan "mereka" ni banyaklak komen dan cadangan sehingga melampau kawasan sendiri dan masuk kawasan orang lain.

Apa-apa pun, nazir akan dipertanggungjawapkan dengan keputusan yang dibuat. Kalau minit mesyuarat dibacakan pada masa lain, hanya nazir yang akan dipersalahkan.

Saya adalah komen sikit tentang Ramadhan: kita nak bincang ibadah Ramadhan, dia nak bincang tentang makan.

Majlis Israk Mikraj

Assalamualaikum,

Semalam lepas magrib ada majlis dan ustaz tu lambat sikit.

Angin takde, ribut takde, tiba-tiba ada orang buat pengumuman yang ustaz tu lambat sikit. Jika setiausaha masjid atau saya ke yang buat hebahan mungkin tak payah masukkan dalam blog ni, tapi orang lain. Memang pro-aktif dia ni.

Masalahnya: ahli kariah benci. Saya pun benci juga.

Penceramah ada juga menyebut tentang abu jahal, pengerusi masjidil haram ketika zaman jahiliah itu. Abu jahal ni pun serba aktif. Dia tolong panggil orang ramai berkumpul untuk mendengar taklimat Rasulullah S.A.W tentang israk mikraj tetapi niatnya untuk memperlekeh Rasulullah S.A.W ketika itu.

Wallahu a'lam.

Mesyuarat (bincang) Ogos

Assalamualaikum,

Dijangkakan akan ada 3 mesyuarat dalam bulan Ogos ini.

6 haribulan - Perbincangan bajet.

Saya, bendahari, setiausaha, timbalan nazir, penolong setiausaha.

9 haribulan - Perbincangan corak pendidikan anjuran masjid.

Saya, setiausaha, timbalan nazir, penolong setiausaha, biro pendidikan.

16 haribulan - Perbincangan tentang kaedah pembekalan makanan.

Saya, setiausaha, timbalan nazir, penolong setiausaha, biro dakwah dan kebajikan.

Semua perbincangan akan dibentangkan didalam mesyuarat pengurusan masjid pada bulan September.

Keluhan Imam3

Assalamualaikum,

Imam minta adakan mesyuarat aktiviti Syawal.

Bermula dari 27 Ramadhan, khidmat imam terawih tidak digunakan lagi, maka imam lantikan mengambil alih tugas.

Imam3 ingin mesyuarat semula tentang proses solat aidIlfitri. Saya setuju. Keluhan beliau ialah sepatutnya AJK tidak patut mencampuri urusan pegawai-pegawai masjid.

Pihak Mais mengeluarkan 2 kategori lantikan.

1 - Pegawai-pegawai masjid iaitu nazir, imam-imam, bilal-bilal, siak-siak.

2 - Ajk masjid ia-itu timbalan nazir, bendahari, setiausaha, penolong setiausaha, wakil pemuda, wakil muslimat dan yang lain-lain.

Perkara ini berbangkit kerana dalam mesyuarat Ramadhan tempoh hari, seorang ajk telah mencadangkan siapa imam dan siapa khatib masa solat aidilfiti. Oleh it, imam3 berasa Ajk telah mencampuri urusan pegawai masjid.

Saya setuju. Hanya terfikir sikit: kenapa saya tidak terfikir masa mesyuarat Ramadhan hari tu. Benarlah seperti kata mereka: "NAZIR BODOH".

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat