Isnin, Disember 27, 2010

Satu Sebab Juga

Assalamualaikum,

Ada lagi orang tanya sebab.

Sabtu, Disember 25, 2010

Penamat Isu Letak Jawatan

Assalamualaikum,


Khamis, Disember 16, 2010

Tertunggu-tunggu Penjelasan "Kafirlah Nazir..."

Assalamualaikum,

Telah beberapa hari dan telah 2 kali saya menghantar emel kepada seorang ustaz tentang posting seorang blogger. Namun tiadalah berita sehingga kini. Mungkin ustaz tu sibuk.

Emel saya hanya ingin penjelasan tentang komen ustaz tersebut dalam blog seorang blogger. Blogger tersebut komen seperti ini:

"Khas Buat Nazir Masjid Negeri Selangor!!
Salam Sejahtera..


Kira-kira empat bulan yang lalu, sewaktu kuliah bulanan Ustaz Haji Ahmad Rizam bin Ghazali dari Batang Kali, Selangor, beliau mencerita yang banyak kuliah-kuliahnya telah ditarik balik kelas pengajiannya oleh kerana beliau tidak mempunyai tauliah.


Komen beliau hanyalah, jika nazir-nazir itu lebih takut kepada MAIS daripada takutkan perintah Allah, maka kafirlah Nazir tersebut...


Hari ini keluar lagi berita-beita yang sebegitu.. .mstar ..


Tak payahlah nak jadi Nazir masjid, kalau begitu.., letak jawatan ajalah, orang nak buat kerja amal biarlah dapat pahala, ,,, kalau dah free aja dapat kafir.. apa ke benda....
"

Saya hanya inginkan penjelasan adakah ustaz tu sebut tentang ungkapan "kafirlah nazir tersebut", bukan sebab apa; bolehkah saya pula kata: "andainya ustaz tu memandu dan dia ikut semua arahan lalu-lintas maka kafirlah dia kerana dia lebih patuh kepada JPJ daripada takutkan perintah Allah".

Tiadalah niat saya untuk menimbulkan isu kafir-mengkafir ni. Ampun.

Isnin, Disember 13, 2010

Penyejuk Hati

Assalamualaikum,

Semalam sempatlah menghadiri 2 walimatul urus dikampong. Dalam kedua-dua lokasi tersebut, tersua lah dengan beberapa peristiwa yang setelah ditapis dan diolah lulus untuk dicatit dalam blog ini.

1 - Dilokasi satu, ustaz Majid yang kepingin menjadi ketua kampong dan kemudian nya ingin menjadi nazir, setelah saya letak jawatan, bercerita dengan saya tentang kehadiran Sultan Selangor dimajlis perasmian masjid berhampiran. Katanya Sultan bertitah menyebelahi nazir.

2 - Dilokasi ke-2 sempat bertemu Ketua Kampong, Bendahari masjid, Setiausaha Masjid. Tidak ada apa-apa berita kecuali setiausaha mengatakan ada 1 chek untuk saya dari Pusat Zakat Selangor.

Setelah dekat 2 bulan saya tidak menghadiri mana-mana majlis, maka yang ini dianggap sebagai majlis penyejuk hati.

Jumaat, Disember 03, 2010

Kad Jemputan

Assalamualaikum,

Serba-salah bila ada kad jemputan dari Bahagian Adat Istiadat Diraja Selangor kepada nama saya, bukan kepada nazir.

Kalau saya pergi, saya mewakili siapa - organisasi mana. Kalau nazir pergi, dia mewakili masjid dan dengan kata lain mewakili jemaah kariah masjid tersebut.

Jadi, keputusan nya saya tidak pergi kerana nama saya tidak mencerminkan sesiapa.

I am nobody.

Selasa, November 23, 2010

Nak Mengadu

Assalamualaikum,




Sejak menghantar surat letak jawatan hari tu pada 18hb Oktober, macam-macam percakapan dan aduan dibuat kepada saya.

Sehinggakan tentang korban baru-baru ini dan pengagihan daging korban itu pun di adukan kepada saya.

Malang sekali, saya tak tahu nak menyalurkan semua aduan tersebut kepada siapa.

Khamis, November 18, 2010

Korban Meriah Tanpa Nazir

Assalamualaikum,

Semalam dapat 6 bungkus daging korban!

Hari ini nak ambil lagi 2 yang dah diberi kupon.

Belum kira yang ada orang lain dari kampong lain nak beri kepada saya.

Memang meriah. Berbeza tahun sudah semasa saya nazir. Satu bungkus pun tak merasa.

Tahun ini, saya meletak jawatan nazir dan sambutan hari raya aidil-adha begitu meriah.

Alhamdulillah.

Rabu, November 03, 2010

Hari Bertenang

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari ke-19 setelah surat perletakkan jawatan dihantar kepada pegawai JAIS.

Berikut adalah beberapa perkara menarik yang berlaku sehingga semalam yang sebok diperkatakan oleh masyarakat Pandamaran Jaya.

Banyak versi alasan perletakkan jawatan.

1 - Yang paling sensasi ialah khabarnya Nazir telah salahlaku semasa mesyuarat agong pada 26hb September yang lepas. Dikhabarkan bahawa Nazir diarah meletak jawatan atas kesilapan tersebut. Salahlaku tersebut adalah kerana Nazir memberi peluang kepada Ketua Kampong JKP untuk memberi ulasan dalam "Sekapor Sireh" edaran Minit Mesyuarat Agong.

2 - Nazir telah menerima 2 tawaran. Satu tawaran untuk tinggal di Jordan dan satu lagi tawaran ialah untuk menjadi Pengarah Urusan Percetakkan Kor'an di China. Kedua-dua tawaran bermula pada tahun 2011.

3 - Nazir meletak jawatan kerana pengurusan beliau telah diganggu oleh Ketua Kampong.

Tuan-tuan boleh meneliti semua posting saya selama menjadi nazir dan buatlah kesimpulan sendiri.

Kenapa saya meletak jawatan sebagai nazir?



Salah satu alasan yang memberangsangkan ada di sini.

Tadi jumpa yg ni: Hassan Ali.

Lepas tu jumpa yg ni: Orang PAS kata.

Selasa, Oktober 26, 2010

Wawasan Langit

Assalamualaikum,

Adalah beberapa perkara nyata yang tidak terlaksana semasa menjadi nazir hari tu:

1- Pusat Pengaduan Setempat (Masjid Call Centre)

2- Pendawaian Kuaters Masjid

3- Penyelarasan Taska

4- Masjid Mesra Jemaah

Pengurusan Masjid perlu kepada satu kerjasama yang terbuka untuk merealisasikan apa-apa pun aktiviti seperti dihajatkan tersebut. Nazir seorang atau dengan beberapa ajk tidak akan dapat melakukan nya.

Ahad, Oktober 24, 2010

Mantan Nazir

Assalamualaikum,

Pada 16hb Oktober lalu saya mendraf satu surat.

Pada 18hb Oktober lalu saya menghantar surat tersebut.

Saya sepatutnya sudah bergelar Mantan Nazir.

Saya masih mengambil berat khabar berita masjid namun hanya sebagai ahli kariah saja.

Rabu, Oktober 13, 2010

Nazir Lain.

Assalamualaikum,

Berlaku sekali lagi seperti tahun sudah. Ada 'nazir' lain dalam pentadbiran saya.

Bukan setakat itu sahaja, malah mengarahkan ajk lain supaya menghadiri 1 kursus yang dibuat dimasjid lain.

Maka saya pun menunggu tarikh kursus tersebut. Jika ramai yang pergi, 'nazir' tersebut menang 1. Bila yuran kursus diluluskan oleh 'nazir' tersebut, maka dia menang 2.

Kesimpulan nya saya kena letak jawatan kerana menjadi nazir yang ada 'nazir' lain lebih berkuasa.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Nostalgia S/U

Assalamualaikum,

Semalam ada kematian berlaku dan selepas bacaan yasin dan tahlil sempat pula bersembang bersama mantan setiausaha masjid beberapa dekad yang lalu. Walau pun berumur namun ingatan nya tentang tugas setiausaha memang menebal dan sangat komited.

Diantara perbualan yang menarik pemerhatian saya adalah tentang dia, bendahari dan nazir ketika itu telah dipanggil oleh BPR. BPR sekarang adalah SPRM. (lihat kes kami)

Isu nya hanyalah perbelanjaan yang tidak sampai RM700.

Saya tidak pernah tahu dia nya adalah mantan setiausaha walau pun dia kenal dan tahu saya kerana dia nampak muka saya selalu bermain dimasjid ketika zaman itu.

Rabu, September 29, 2010

Mesyuarat Agong ke-13

Assalamualaikum,

Telah berlalu mesyuarat yang semua nanti-nantikan.

Yang hendak menghentam tidak menghentam.

Yang tidak mahu bermesyuarat datang mesyuarat.

Alhamdulillah, mesyuarat tidak seperti mana yang dijangkakan sebelum ini. Jangkaan nya ada yang akan bertumbok tetapi tidak, kemesraan dapat dirasakan.

Ahad, September 26, 2010

Kata Tak Tapi Ya

Assalamualaikum,

Posting hari ini ialah tentang jemputan mesyuarat agong masjid.

Jemputan dibuat kepada Penasihat tetapi dia marah sebab tak dijemput. Telefon sana sini minta sokongan, kemudian datang pula.

Datang itu saya kira sebagai datang tanpa jemputan. Hanya dalam mesyuarat agong masjid, kita tak kisah sesiapa pun boleh datang sama ada dijemput atau tidak.

Ketua penyelaras dan pengurusan masjid marah ketika saya menelifon beliau untuk merasmikan mesyuarat agong masjid. Marah atas sebab ada orang menelifon beliau dan beliau ditegur kerana Setiausaha menjemput Ketua Kampong JKKP.

Saya menjanjikan sesuatu kepada Ketua Penyelaras / Pengurusan masjid atas syarat beliau sanggup datang. Maka beliau datang.

Orang yang datang kemudian dari beliau tidak diundang untuk hadir tetapi beliau hadir. Saya terima sebab mesyuarat agong masjid bersifat umum.

Orang yang terakhir datang juga walau pun beliau marah sebab tidak dijemput walau pun kami telah jemput. Saya tidak tahu, adakah dia perlu jemputan yang melebihi dari Ketua penyelaras dan pengurusan masjid!

Mesyuarat berjalan lancar walau pun beliau tidak mau datang.

Jumaat, September 24, 2010

Kesian Anak Yatim

Assalamualaikum,

Begitulah keluhan saya terhadap nasib anak-anak yatim Pendamaran Jaya.

Penasihat dalam memberi ucapan pada hari pengagihan duit raya anak-anak yatim telah mencadangkan kepada pengurusan masjid supaya buatlah keraian anak-anak yatim tersebut dengan meriah sedikit daripada yang masjid buat tempoh hari.

Saya tidak terusik dengan ucapan tersebut. Hanya cara dia menyampaikan ucapan tersebut yang mengusik.

UMNO ada membuat pemberian duit raya kepada anak yatim senarai mereka di hotel Crystal Crown sebelum itu.

Penasihat membuat keraian kepada ibu-tunggal dan asnaf mereka didewan JKKK.

Saya membuat pengagihan duit raya anak-anak yatim di beranda masjid saja.

Terhasil dari usikan tersebut, saya telah mengeluarkan satu surat dengan hasrat bersama ketua kampong, umno, pas, pkr, dato'2 dan orang berwang untuk meraikan semua anak-anak yatim, fakir miskin, ibu-tunggal, muallaf dan orang kurang upaya dengan satu keraian aidilfitri dimasjid. Setakat ni tiada sambutan menggalakan. Majlis dijadualkan pada 26hb Sept ini tetapi akan ditangguh.

Isnin, September 13, 2010

Pidato Eidul Fitri

Assalamualaikum,

Masa belajar kat pondok hari tu, ada tok guru sebut tentang zahirnya satu-satu perkara pada kita adalah hasil dari satu sebab. Sebab itu pula ada yang menyebabkan nya berlaku.

Kalau mengaji orang putih, dipanggil action and reaction. Every action there must a reaction.

Dalam pesanan eidulfitri dimasjid Ar-Rahman pada pagi eidul-fitri, penasihat telah mencemar majlis dengan melontarkan kata-kata yang menyinggung perasaan Setiausaha masjid. Maka pada giliran nazir berucap, setiausaha mengambil kesempatan membalas semula kata-kata tersebut. (Nazir tiada kerana menghadiri solat sunat eidul-fitri dimasjid negeri bersama Sultan)

Cerita nya: Pengurusan masjid telah membanci 100 orang pemohon asnaf fakir miskin dan dari jumlah tersebut 10 telah gagal. Penasihat telah menasihati penduduk bahawa dia tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.(menyalahkan pengurusan masjid)

Isnin, Ogos 30, 2010

Bisnes Tu Berniaga Ke?

Assalamualaikum,

Minta maaf sebab bertanya.

Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan didalam masjid tentang projek-projek besar dan kecil yang boleh dibuat. Projek-projek tersebut jika dibuat akan bernilai dari ratusan ribu hingga ke juta-jutaan ringgit.

Memang ada hadis nabi yang menegah jual beli dalam masjid. Dan ada papan iklan "Adab di Masjid" yang tertulis: Dilarang jual-beli (berniaga) didalam masjid.

Adakah perbincangan tentang projek bisnes akan mencemarkan kemuliaan masjid?

Adakah kalimat masjid itu bermaksud diruang solat masjid? Kawasan Masjid

Jika begitu, bolehlah bincang bisnes dipejabat masjid atau diserambi masjid.

Selasa, Ogos 17, 2010

Bubur Lambok Cermin Peribadi

Assalamualaikum,

Tahun ini Ramadhan sekali lagi dihiasi dengan bubur lambok.

Sekali ini bubur lambok mencerminkan peribadi sipembuat.

Ciri-ciri bubur lambok Ramadhan pembekal pertama sekali ini bernilai RM260 sekali buat atau pun sehari. Dengan beras seberat 15kilo dan bahan-bahan lain, masjid dapat bubur lambok yang layak dipanggil nasi air tanpa rencah oleh orang kelantan.

Kita tunggu bubur lambok pembekal kedua pula. Masjid ada 3 pembekal untuk tahun ini. Kita ingin lihat peribadi pembekal ke-2 pula.

Nikmat Ramadhan tidak membenarkan saya mengkritik lebih dari itu.

Khamis, Ogos 12, 2010

Mengesan Perkara Ghaib

Assalamualaikum,

Kita selalu berfikir tentang perkara-perkara yang berlaku semasa kita tidak menghadirinya. Hasil dari itu, kita akan berandaian bermacam-macam dan akan berpuashati dengan andaian yang paling difikirkan selesa dengan hati nurani kita.

Saya akan memperakui anak kariah yang mahu saya menanda tangani dokumen pengesahan pemastautin beliau. Perakuan saya berdasar kepada alamat dalam kad pengenalan mereka. Sama ada beliau benar-benar anak kariah atau tidak, saya tidak tau tetapi berdasar kepada alamat pada kad pengenalan beliau, maka saya akui beliau anak kariah.

Apabila seseorang memohon untuk saya membuat pengakuan bahawa orang itu adalah anak kariah sedangkan saya secara sah tahu bahawa dia bukan anak kariah, maka disitu ada kepentingan peribadi dan kemungkinan dia perlu memberi satu-satu faedah kepada saya untuk menutup sebab musabab keperluan dia.

Saya memperaku seseorang menjadi anak kariah dengan niat menolong seseorang lain atas apa kepentingan saya pun tidak jelas. Satu kenyataan terkeluar dari mulut orang tersebut dengan kata "saya demand tinggi".

Kesimpulan: Apa yang dibincangkan dibelakang saya, saya tidak tahu dan tidak peduli, tetapi bila ada perkataan begitu dizahirkan maka saya mula berandaian.

Isnin, Julai 19, 2010

Aktiviti JKKK di Masjid

Assalamualaikum,

Saya tidak pernah lagi mendengar masjid tidak memberi kerjasama kepada mana-mana persatuan atau individu yang ingin mengadakan apa-apa keraian atau sambutan dilokasi masjid.

Terkecuali beberapa insiden yang melibatkan parti politik. Itu pun atas sebab mereka menonjolkan parti terlebih dari politiknya.

Satu kerjasama terjalin kerana sefahaman. Sefahaman bermakna kedua-dua pihak menyetujui. Jika mana-mana satu pihak tidak setuju atas mana-mana perkara maka perjanjian sefahaman tidak berlaku.

Untuk bekerjasama dengan masjid, tidaklah boleh masjid menanggung beban yang banyak seperti mengeluarkan dana dari tabung masjid. Masjid boleh memberikan ruang atau tempat dalam perkarangan masjid, itu pun tidak boleh menganggu orang lain yang ingin ber 'uzlah' disitu.

Masjid Pandamaran Jaya tidak menyenangi aktiviti yang riak. Riak bermakna membuat sesuatu dan ingin kepujian dari aktiviti tersebut.

Selasa, Julai 13, 2010

Kewangan Bercelaru

Assalamualaikum,

Petang, Bendahari datang untuk meminta tanda tangan beberapa chek.

Chek bernilai kurang RM1,000.00 tidak menjadi masalah buat nazir kerana telah dimesyuaratkan oleh ajk sesi ini "nazir hanya boleh tanda tangan RM1,000.00 sahaja".

Ada dua chek lebih dari nilai tersebut:

1 - Bil letrik = RM3,xxx.00

2 - Bayar pada Arshad = RM2,500.00. - alasan nya ialah chek tersebut ditunaikan untuk membayar kepada muslimat sebanyak RM1,000.00, membayar elaun pegawai masjid dan beberapa perkara lain...????

Nazir yang mesra semua ni pun tanda tangan semua chek. Lalu termenung pula setelah berbual beberapa perkara kewangan masjid:

1 - Bendahari kata tidak dapat mengadakan vocher pembayaran bagi keraian / hadiah kepada ustaz yang datang mengajar. (oleh itu, boleh tulis atas percaya)

2 - Takkan semua pembayaran kena ada vocher pembayaran.

3 - Pengesahan kerja tidak dibuat oleh pengerusi ajk terbabit.

4 - ....dah lupa.

5 - Pembentangan kewangan tidak akan mudah difahami oleh jemaah kerana format baru yang diajar. (mana dia tahu! sebab belum bentang, kalau dah bentang baru tau)

6 - Mesyuarat agong tahunan? dia tanya semula kena bentang ke?

7 - Kursus Bendahari - dia tak mahu pergi.

Masjid kami memang tersenarai dalam top 5 teruk.

Sabtu, Jun 26, 2010

Buat atau Tidak


Assalamualaikum,

Tuan-tuan diminta menjawap persoalan berikut:

1 - Apakah yang menghalang nazir-nazir masjid untuk berbuat sesuatu pembaharuan dimasjid?

2 - Apakah yang menghalang AJK Masjid membuat sesuatu pembaharuan dimasjid?

Imam-imam, bilal-bilal dan siak-siak menjalankan tugas mereka sama ada pembaharuan ada atau tidak. Mereka tidak tersentuh dengan apa jua pembaharuan yang terlaksana oleh ajk atau pun nazir masjid.

Dalam pengurusan masjid Ar-Rahman, adalah menjadi tanda-tanya sama ada satu-satu perkara yang ingin dilakukan mendapat restu dari nazir atau mendapat restu dari ajk masjid.

Contoh 1 kes ialah apabila masjid dikehendaki oleh pihak MAIS untuk menghantar 1 kontingen jemaah seramai 50 orang untuk menghadiri majlis perarakan maulidur rasul.

Pengerusi Biro Dakwah dan Kebajikan diberi tugas mengendali program ini oleh nazir.

Dari taklimat MAIS, penyertaan perlu kepada perkara-perkara yang dibiayai sendiri oleh masjid: Keenderaan, Sepandok atau banner masjid, bendera Malaysia dan Negeri Selangor dan kontigen perlu memakai baju melayu atau pakaian seragam masjid.

Kiraan kos: bas = RM300.00, pakaian seragam dan banner = RM2,000.00. makan minum = RM200.00. Jumlah - RM2,500.00.

Nazir hanya diberi kuasa menanda tangani chek sebanyak RM1,000.00.Ini diputuskan dalam mesyuarat pengurusan masjid pada mula sesi Jun 2009.

Penyertaan kontingen perlu jawapan secepat mungkin.

Adakah perlu menghantar kontingen atau tidak? kalau hantar guna duit siapa? Kalau tak hantar bagaimana? Akhirnya nazir memutuskan untuk hantar!

Dana dipohon dari wakil rakyat kawasan dan masjid. Dapat chek RM2,000 dari wakil kawasan N46 - Pelabuhan Kelang.

Chek hanya boleh ditunaikan setelah 4 hari perarakan berlaku. Siapa boleh tolong? Setelah NAZIR membuat surat untuk meminta Bendahari mendahulukan duit untuk menggantikan chek wakil kawasan, Bendahari mengatakan tidak boleh atas alasan "dia orang tak bagi".

Kesudahan kisah sila ke: Kelab Remaja Masjid Pandamaran Jaya.

Sabtu, Jun 12, 2010

Pemilihan AJK Masjid dan Surau - Politik Masjid

Assalamualaikum,

Setelah 1 tahun menjadi nazir, dan meneliti cara-cara pemilihan AJK Surau dan cara pemilihan AJK Masjid tempoh hari maka bolehlah saya rumuskan bahawa dalam kariah saya, pengikut memainkan peranan siapa yang akan menguasai masjid atau surau.

Saya beranggapan tempoh hari bahawa pemilihan dibuat berdasar kepada majoriti ahli jemaah masjid akan memilih mereka yang memakmurkan masjid tetapi itu meleset sekali.

Contohnya: jika saya ingin menjadi nazir untuk sesi akan datang, saya perlu mengumpul sebanyak mungkin pengikut supaya apabila mesyuarat pencalunan dibuat saya pastikan ada orang yang mencalunkan nama saya dan disokong oleh pengikut saya dan jika ada undian dibuat, saya kena pastikan pengikut saya mengundi saya dan mestilah dengan majoriti yang banyak. Bermakna saya perlu panggil pengikut yang banyak bukan mengharap ahli jemaah mengundi saya.

Walau pun saya tidak melakukan apa-apa pun dalam sesi sekarang namun jika saya banyak pengikut maka pasti saya akan menang mengikut kaedah yang disebut.

Beberapa pengerusi surau dalam pemilihan baru-baru ini menyatakan kepada saya mengapa mereka mesti terus menjadi pengerusi. Untuk terus menjadi pengerusi surau mereka mesti memastikan sokongan padu dari pengikut dan bukan sokongan ahli jemaah. Pengikut pula tidak semestinya datang memakmurkan masjid, cukup sekadar datang pada hari pengundian sahaja.

Rumusan: Ahli jemaah sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesaorang sebagai AJK atau Pegawai masjid dalam kariah.

Khamis, Jun 10, 2010

Imarah Masjid / Marah Masjid

Assalamualaikumm,

Imarah ialah bahasa arab dan bermakna memakmurkan. Marah ialah bahasa melayu dan marrah bermakna berjalan atau bergerak dalam bahasa arab.

Kedua-dua perkataan ini memberi makna yang positif terhadap masjid. Bagi mereka yang tidak faham bahasa maka menjadi negatif kepada kefahaman mereka. Orang yang tak reti bahasa selalunya dipanggil biadab atau kurang ajar.

Jika budak-budak yang kurang ajar memang patut tapi jika sesaorang mengaku telah bertahun-tahun berdampingan dengan masjid dan telah beberapa lama mengaji atau mendengar ceramah dimasjid maka kurang ajar tidak boleh diukur sebagai kurang ajar. Dia mesti digelar KURANG AJAR. Dalam bahasa arab dipanggil ABU JAHAL atau makna dalam bahasa melayu ialah BAPA KEJAHILAN.

Ya Allah, ampunkan kami atas kesilapan tafsiran kami dan pimpinlah kami kejalan yang lurus dan mendapat hidayah(petunjuk)mu untuk itu. Amin.

Jumaat, Jun 04, 2010

Boikot Israel / Amerika


Assalamualaikum,

Semalam pergi pidato anti Israel yang dianjurkan oleh JAIS.

Banyaklah maklumat yang dapat dari setiap peserta pidato. Hanya 1 tidak dikomen oleh peserta.

Kalau saya diberi peluang untuk komen. maka saya komen seperti berikut:

"Jika semua barangan Israel/Amerika termasuk kilang-kilangnya dan segala pelaburan mereka dibuang terus dari bumi Malaysia pada hari ini, maka hari ini juga Malaysia akan bankrap. Ini kerana kita tidak pernah bertindak untuk menggantikan semua barangan Israel/Amerika yang ada diMalaysia. Jika bermula dari beberapa tahun dulu Malaysia telah berfikir untuk membuat barangan yang mampu dibuat untuk menggantikan produk Israel/Amerika maka hari ini mungkin kita telah ada 30 atau 40 peratus barangan kita sendiri menggantikan produk Israel/Amerika."

Saya juga akan menyarankan supaya semua hadhirin meninggalkan produk Israel/Amerika yang ada pada mereka di Stadium tersebut. Barangan tersebut antara lain adalah: Mykad, telefon Nokia, pakaian luar dan pakaian dalam(bra) jenama-jenama dan banyak lagi. Rumusannya: ada yang balek berbogel keluar dari stadium!

Begitulah cara Malaysia mengutuk Israel/Amerika.

Jumaat, Mei 28, 2010

Wawasan Masjid

Assalamualaikum,



Sekarang tahun 2010 - 1431H






Tahun 2020





Tahun 2040

Jika berlaku diluarnya. Kita diwajibkan berfikir untuk pengisiannya.

Sabtu, Mei 22, 2010

Bancian Asnaf Zakat

Assalamualaikum,

Sejak April 2010, Lembaga Zakat Selangor Klang telah melantik pegawai-pegawai masjid menjadi penolong Amil zakat.

Saya mengeluarkan hebahan untuk ahli jemaah melaporkan atau membuat bancian diri dimasjid. Ramailah yang datang dan ditemuduga supaya pertolongan zakat dapat diagihkan kepada mereka yang benar-benar didalam 8 asnaf yang ditakrifkan oleh pusat zakat.

Dalam proses bancian tersebut adalah beberapa rungutan ahli kariah tentang layanan pegawai-pegawai Lembaga Zakat yang tidak mesra pengguna dan sebagainya.

Sekarang saya sedang mengumpulkan semua borang temuduga untuk pengesahan pihak Lembaga Zakat Selangor Klang. Saya ingin juga tahu kriteria kelulusan yang akan dibuat oleh pihak lembaga zakat nanti.

Ahad, Mei 16, 2010

Carta Organisasi Masjid


Assalamualaikum,

Sejak Jun 2009 saya diminta membentang dan mempamerkan carta organisasi masjid tapi sehingga hari ini masih tidak terpamir didinding masjid. Disini, diblog ini saya pamerkan dulu; jika ada kesesuaian akan dipamerkan kepada umum.

Penasihat (Ketua Kampong / Pengerusi JKKK)

Nazir
Imam1 (Setiausaha Ketua Kampong / JKKK)
Imam2
Imam3
Bilal1
Bilal2 (AJK JKKK)
Siak1
Siak2

Timbalan Nazir / Pengerusi R & D (Bendahari JKKK)
Bendahari (Adik Ketua Kampong)
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Pengerusi Biro Infrastruktur (AJK JKKK)
Pengerusi Biro Pendidikan (AJK JKKK)
Pengerusi Biro Dakwah dan Kebajikan
Ajk Biro Infrastruktur
Ajk Biro Pendidikan
Ajk Biro Biro Dakwah dan Kebajikan (AJK JKKK)
Wakil Pemuda (anak Ketua Kampong)
Wakil Muslimat
Pemeriksa Kira-kira 1
Pemeriksa Kira-kira 2

Begitulah carta organisasi Masjid Ar-Rahman dan mereka yang berkait dengan organisasi perjalanan kampong.

Sabtu, Mei 15, 2010

Yang Mana 1

Assalamualaikum,

Berlaku 1 perkara dimasjid yang payah saya definisikan.

Mohon dan minta, arah dan gesa.

Muslimat meminta saya meluluskan satu jumlah wang untuk program yang tidak dibincangkan dan dibuat dalam masa kurang dari 24 jam.

Yang mana 1 definisi yang patut saya gunakan. Memohon atau meminta. Mengarah atau menggesa.

Saya memileh untuk tidak meluluskan.

Tiada dalam enakmen pegawai masjid tentang perkara ini dan tiada juga dalam KPI pengurusan.

Isnin, Mei 10, 2010

Masjid Takut Surau?

Assalamualaikum,

Masjid ditinggalkan baru 2 hari. Rasanya macam dah lama meninggalkan masjid.

Kali terakhir berita masjid ialah berita mesyuarat surau Baitrul ukhrawi yang membuat solat Jumaat tapi tak cukup korum dalam pemilihan AJK. Pengerusi mesyuarat pemilihan ialah pegawai JAIS Klang.

Saya dan lain-lain ajk masjid "tidak berani" mempengerusikan mesyuarat tersebut kerana pengerusinya sekarang adalah mantan nazir sessi lalu.

Dalam pemilihan ajk baru surau tersebut untuk sessi Jun 2010, pengerusi terpilih adalah pengerusi yang ada sekarang = mantan nazir sessi lalu.

Ada sesiapa yang ingin membuat bantahan? Silakan.

Jumaat, Mei 07, 2010

7 Petala Langit 7 Lapis Bumi.


Assalamualaikum,

Pagi Jumaat ini saya berada di Kota Bharu, bandaraya Islam.

Yang sedang hebat diperbualkan warga KB ialah tentang bahagian kelantan yang tidak dibayar kerajaan pusat. Sudah 3 penggal pemerintahan, warga KB tahu tentang minyak dan gas yang Allah memperuntukkan kepada mereka telah dikaut oleh kerajaan pusat tanpa ada imbuhan apa2 pun.

Yang sedang hebat berlaku sekarang ialah pembinaan jambatan kedua merentasi sungai kelantan berkembar dengan jambatan Sultan Ismail Petra. Kos katanya dan dengarnya ialah 70 juta. Dibina oleh 7 orang setiap hari. 7 hari seminggu.(Bila nak siap = 7 tahun!)

Tentang kes sultan dan keluarganya, rakyat tidak kisah sangat. Mereka kata itu urusan keluarga D'Raja. Jika di kelantan memang banyak bisnes yang bergelar D'Raja.

Begitulah sepintas lalu saya di Kelantan.

Jumaat, April 30, 2010

Siapa punya kerja ni?

Assalamualaikum,

Jumaat tadi terzahir 1 persoalan dari siak yang baru dilantik oleh ajk masjid. Siak ni saya tak tahu telah dilantik menjadi siak.

Siak3 lantikan ajk bertanya kepada saya: apa dah jadi dengan masjid ni?
saya: kenapa?
siak3: kenapa mesyuarat tak jemput ketua kampong?
saya: perlu jemput ke?
siak3: sekarang dah ada 2 ajk masjid, 1 nak jemput ketua kampong dan 1 lagi tak jemput ketua kampong.
saya: ye ke?

Oleh kerana saya tidak memberi perhatian sepenuhnya, siak tersebut terus mengemas sejadah-sejadah yang bertaburan selepas jumaat tadi. Masa tu saya tidak nampak pula siak1 dan siak2.

Khamis, April 15, 2010

Fikrah Masjid

Assalamualaikum,

Hari ini nak tunjukkan gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.



Ini gambar parti dia. Kalau takde parti tak boleh nak perintah.



Terima kasih kepada Sdr. Mustapha kerana saya ambil 2 gambar ini dari blog dia.

Selasa, April 13, 2010

Saat yang Bahagia


Assalamualaikum,

Hujung minggu hari tu, saya dan beberapa rakan menghadiri kursus pegawai masjid di ILDAS.

Jika rujuk kepada blog saya tempoh hari tentang ada nazir yang ingin berkongsi bilek dengan saya, maka akan tertanya-tanya apakah kehendaknya untuk sebilek tersebut.

Semasa kursus telah direncanakan satu perjumpaan akan dibuat pada hujung minggu. Namun bila hati tidak sabar maka perjumpaan tersebut diawalkan pada hari tamat kursus. Bertemulah 2 orang yang ingin mendirikan istana. Saya tidak boleh bayangkan kegembiraan kawan saya apabila pertemuan tersebut berlaku walau pun tidak dizahirkan kebahagiaan itu.
(mana-mana yang tak faham, sila tanya)

Selasa, Mac 30, 2010

Parti Mana?

Assalamualaikum,

Pagi tadi soalan cepumas terluah sudah.

Terdengar desas desus sebelum ini, seseorang bertanyakan secara berbisik tentang cenderong nazir arah kemana.

Soalan itu timbul sebab ada sekolah yang membuat mesyuarat PIBG dan ingin menjemput exco kerajaan Selangor datang merasmikan mesyuarat tersebut. Maka ditanyalah kepada ahli mesyuarat tentang siapakah yang akan mengiringi exco semasa ketibaannya.

Siapakah ketua masyarakat kampong kita? Ketua kampong negeri Selangor, ketua kampong JKKP dan Nazir.

Entah bagaimana, saya menerima panggilan telefon tentang persoalan tersebut. Saya kata: sepatutnya tidak timbul persoalan ketua masyarakat cenderong ke parti mana, sebab ketua masyarakat wajib melayan masyarakat yang berbilang fahaman politik, ugama dan kepercayaan.

Dalam mesyuarat ada yang berkata:"Dia (nazir) tu UMNO, mana boleh iring exco".

Jumaat, Mac 12, 2010

Nazir Kawin 1

Assalamualaikum,

Dalam mesyuarat nazir-nazir telah dibincangkan tentang pemegang jawatan dalam pentadbiran masjid.

Ekoran dari beberapa nazir bertanya tentang kesibukan mereka dan ajk-ajk yang lain dengan banyak kerja nazir dan sebagainya, mereka meminta pegawai pengurusan masjid JAIS meringankan tugas nazir-nazir.

Akhirnya kesimpulan yang dibuat ialah: seharusnya 1 orang memegang 1 jawatan.

Ada nazir yang menjadi jurunikah dan menjadi ketua kampong sekali gos.

Ada ajk kampong yang memegang jawatan ajk masjid, belum termasuk menjadi ajk sekolah dan sebagainya.

Lalu dinasihatkan supaya peganglah 1 jawatan dan bersungguh-sungguh lah dengan jawatan tersebut.

Teringat kata ketua kampong: "Inilah yang ada, orang lain tidak mau". (merujuk kepada adiknya menjadi bendahari masjid, anaknya pemuda masjid, bapa saudaranya yang menjadi timbalan nazir dan bendahari jkkk, imam1 yang menjadi setiausaha jkkk, beberapa orang ajknya yang menjadi ajk masjid.

Kami (nazir-nazir) berbisik dalam mesyuarat tersebut: Dia nak suruh kita letak jawatan ke?

Pencapaian

Assalamualaikum,

Semalam mesyuarat nazir-nazir daerah Klang telah berlansung.

Sebelum mesyuarat, satu penyampaian hadiah dan cenderahati dibuat kepada masjid yang berprestasi baik diadakan. Ukuran dibuat melalui sistem KPI masjid.

Masjid Al-falah Kampong Idaman dapat menduduki tahap baik walau pun tidak mendapat nombor 1 dalam KPI tersebut.

Saya terfikir juga tentang AJK masjid tersebut. Kalau melihat kepada nazirnya, memang masjid tersebut tidak mendapat apa-apa pun. Tak tau pula kalau jenis nazir yang nampak pendiam dan suka berjenaka tetapi mempunyai gerak kerja yang tegas aktif dan berkualiti.

Masjid Ar-Rahman dengan nazir yang aktif, ada blog, ada laman web, ada kepakaran dan boleh berbahasa arab lagi, namun KPI masjid tak tersenarai pun.

Apakah yang menjadi sasaran ajk masjid ar-rahman? Mantan nazir sessi lalu memberi jawapan selepas asar tadi.

Ahad, Mac 07, 2010

Mesyuarat AJK ke-5 - CASH

Assalamualaikum,

Pagi tadi meja mesyuarat kena tampar. Gaya tamparan seperti dendam kerana jika ingin menegur, rasanya tidak perlu tampar meja sampai nak roboh. Walau bagaimana pun, meja dah kena tampar.

Saya rasa, saya lebih berhak untuk tampar meja kerana saya nazir.

Lepas dari peristiwa kelulusan mendahulukan belanjawan yang disokong dengan dokumen-dokumen berharga lebih dari 1,000 ditolak, saya dapat merealisasikan pendapat dan sekaligus menyampaikan hasrat hati untuk menyatakan apa yang selama ini dipendam.

Saya memang ingin menyatakan tentang pembiayaan dari sesiapa pun hendaklah secara tunai. Pembiayaan hanya dengan air liur dan cakap-cakap yang berlagak telah banyak kali dibuat dan telah banyak kali diputar belitkan.

Sekarang semua urusniaga dimasjid wajib secara TUNAI.

Isnin, Mac 01, 2010

Persediaan Mesyuarat Agong

Assalamualaikum,

Hampir 1 tahun masjid diurus oleh pegawai dan ajk baru. Pegawai dan ajk sessi sebelum pemerintahan bertukar adalah atas arahan wakil rakyat pada masa itu.

Kali ini pegawai dan ajk adalah dari cadangan, sokongan dan undian yang dibuat dalam mesyuarat pemilihan pegawai dan ajk yang dihadiri oleh ahli jemaah.

Dalam pemilihan tahun 2009 hari tu, corak pemilihan adalah mirip mesyuarat pemilihan umno. Bezanya hanyalah dari sudut kebebasan untuk sebarang jemaah berpeluang mengambil bahagian dalam proses memileh dan dipileh.

Mesyuarat agong sekali ini adalah mesyuarat agong sekali ini. Tidak ada pengesahan minit mesyuarat agong tahun lalu kerana mesyuarat agong tahun lalu terhenti separuh jalan.

Masjid Bangang / Bengang

Assalamualaikum,

Semalam masjid mengadakan sambutan maulidur rasul. opps!

Semalam JKKK mengadakan sambutan maulidur rasul dimasjid.

Saya diberi hadiah bersama pasukan berzanji oleh JKKK dan dengan itu masjid jadi milik JKKK. Lagi pun ramai AJK JKKK adalah AJK Masjid. Kabarnya pun sambutan itu adalah anjuran bersama AJK JKKK dan AJK Masjid.

Sambutan diraikan dengan Forum. Panelis bercerita tentang kapal selam PM secara komedi, ramai juga yang gelak ketawa. Panelis bercerita tentang perkara-perkara lain yang membuat hadirin suka, riang ketawa. Semua tu berlaku dalam masjid.

Ikut cerita dan kiasan yang dibawa panelis dari beberapa orang termasuk isteri dan ipar saya, saya berkesimpulan: ITU BUKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.

YA ALLAH! AMPUNI LAH KAMI SEMUA.

Jumaat, Februari 26, 2010

Paling Baik / Terbaik / Majoriti

Assalamualaikum,

Adakah itu AJK yang terbaik mewakili PR atau yang paling baik?

Tiada lagikah calun yang lebih berwibawa?

Andaikan 10 orang berkelulusan Doktor (PHd) bermastautin dalam kampong ini bersama 5000 pemastautin yang berkelulusan SPM. Dalam pemilihan Ketua Kampong, saya akan memilih individu yang berkelulusan SPM.

Dalam pemilihan AJK, saya akan pilih semua 10 orang PHd dan tambahan selain mereka untuk memenuhi kuota AJK.

Anda pileh lain, itu hak anda.

Andaian Sepatutnya

Assalamualaikum,

Setelah terserempak dengan 1 blog yang bersungguh-sungguh menghentam ahli PAS yang menjadi AJK Masjid dan AJK JKKK, saya merasa hiba dan sedih lalu bersimpati terhadap ahli-ahli PAS yang menjadi AJK Masjid dan AJK JKKK.

Pertama sekali ialah tentang perubahan kuasa kerajaan negeri dari BN kepada PR. Apabila ini berlaku, kita hendaklah mengakui bahawa sekarang PR menang dan BN kalah. Sudah tentu PR ingin menguasai semua sekali termasuk kampong dan paling rendahnya ialah masjid.

Dikampong, sudah tentu PR berkehendak mereka yang menguasainya ialah orang yang menyokong pimpinan mereka. Begitulah juga masa BN memerintah dulu, mana ada orang PAS / DAP / Keadilan menjadi AJK JKKK. (Sepatutnya blogger BN menerima hakikat ini)

Di masjid, masa BN dulu, wakil rakyat BN melantik secara VETO Nazir dan AJK tanpa mesyuarat ahli kariah. Menjadi adat sekali lagi Nazir dan AJK Masjid mestilah dikalangan BN juga. Oleh itu, kita tidak boleh marah perkara sama akan berlaku jika PR memerintah. Hanya sekali ini, mereka memberi peluang ahli kariah berurusan sama mencari AJK, walau pun ada campurtangan dalam pemilihan. (jangan samakan pada masa Rasulullah mengambil alih pemerintahan Mekah. Sememangnya kita patut menyontohi Rasulullah dalam hal ini tetapi adakah kita setahap dengan Rasulullah?)

Sejauh mana kita boleh berkompromi? Pada saya selagi tidak melanggar hukum ugama selagi itu saya akan menyetujui tindakan AJK pemerintahan yang baru.

Dipendekkan cerita saya berpendapat: kita tidak adil menghukum PR dengan keadaan sekarang setelah BN memerintah selama lebih 50 tahun dan dengan segala apa yang kita saksikan sekarang.

Orang yang berpaling tadah dari BN kepada PR sebaik mereka tahu BN kalah adalah kumpulan yang menemui peluang dan bertindak mengikut perhitungan semasa. (Cerita terperinci dalam kisah lain, insya Allah)

Selasa, Februari 23, 2010

Bukan Nak Kata

Assalamualaikum,

Ada satu aduan dari ahli kariah melalui AJK tentang nazir.

"Nazir tu jarang nampak, kalau ada pun waktu malam selepas orang semua balek aje. Dia tu jadi jaga masjid ke?"

Begitulah aduan nya.

Saya kata: Takpe lah. Tu bermakna mereka prihatin.

Mungkin sebabnya: Tahun lalu, saya bersama selawat untuk sambutan maulud. Tahun ini, tidak.
Sebab tidak bersama: Tiada sebab.

Belum lagi tentang kerjasama majlis korban, kerjasama sambutan maulud, kerjasama gotong royong dan banyak lagi peristiwa yang nazir tidak bersama ahli kariah.

Ahad, Februari 21, 2010

MOA / MOU / JV / Anjuran Bersama

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas asar, saya dibisikkan oleh Pengerusi JKKK tentang hasrat beliau menurap tar kawasan keliling masjid, memasang awning dan membuat kerja-kerja landskap. Saya setuju tanpa mendapat kelulusan AJK masjid.

Semalam ada 1 mesyuarat di masjid yang dikendalikan oleh JKKK. Semua pegawai dan AJK masjid dijemput. Saya tidak hadir.

Semalam ada lawatan PM 1 Malaysia dilokasi berhampiran. Saya tidak pergi.

Semalam ada keramaian sempena lawatan PM tersebut didalam masa mesyuarat tersebut berlaku. Saya tidak suka.

(ada kaitan atau tidak - Allah lebih Mengetahui)

Sesiapa yang menubuhkan sesebuah syarikat tentu tidak asing akan terma MOA. Memorandum of Articles ini antara lain menyebut apakah perniagaan yang akan dibuat, siapa pemegang saham dan berapa peratus saham yang mereka ada dalam syarikat tersebut. Setelah dipersetujui siapa pengerusi, siapa pengarah urusan dan lain-lain, maka ditanda tanganlah MOA.

Memorandum of Understanding ialah satu perjanjian sefahaman antara 2 syarikat untuk membuat 1 tugasan secara bersama atau atas dasar bersama. MOU mestilah dibincangkan dulu secara lisan dan setelah dipersetujui syarat-syarat yang selalunya menguntungkan kedua-dua pihak barulah perjanjian tersebut ditanda-tangani dalam 1 majlis untuk diistiharkan kepada umum.

JV ialah singkatan kepada Joint Venture. JV selalunya berlaku apabila ada 2 syarikat yang sah berhasrat membuat sesuatu secara bersama. Berkongsi untung dan rugi, bermodal dan berspesifikasi atas kadar yang dipersetujui.

SAYA TIDAK .......!

Khamis, Februari 18, 2010

Bukan Masjid Saja

Assalamualaikum,

Hari ini sepenuh hari saya berada di Mardi, Serdang.

Melawat berbagai jabatan dan terlihat perkara sama disemua jabatan yang saya lawati. Perkara sama juga kelihatan dilokasi lain yang bukan di Mardi. Dan perhatian saya mula fokus kepada semua lokasi-lokasi yang ada perkara serupa.

Saya dapati kebanyakan lokasi milik kerajaan atau pejabat yang dikunjungi orang awam mempunyai KOTAK yang dipanggil PETI CADANGAN.

Sama seperti diMasjid ArRahman, kotak peti cadangan yang besar dan telus. Kotak besar tapi tiada satu pun cadangan yang dibuat oleh ahli kariah yang berkemungkinan mencecah 5,000 orang.

Andaian nya melihat peti kotak cadangan tempat lain mungkin telah dikutip dan dibincangkan cadangan-cadangan nya.

Kotak peti cadangan masjid arrahman sejak 1 Jun 2009 memang tidak pernah ada cadangan.

Cadangan untuk dialog pun tak perlu. Kita perlu letak kotak aje sabda ajk masjid.

Isnin, Februari 15, 2010

Hari ni Public Holiday, Boss!

Assalamualaikum,

Semalam semua orang bercuti kerana cuti umum berganda.

Orang mati tidak mengira sama ada orang lain cuti atau tidak. Malaikat yang bertugas bahagian ini tidak bercuti. Orang yang menguruskan jenazah juga tidak boleh cuti.

Semalam, ahli jawatankuasa masjid mempelajari tentang "planning ahead, contigency plan dan who is responsible".

Jenazah perlu diuruskan dan sememangnya akan diuruskan sama ada AJK ada atau tiada. Namun, perkara yang perlu diperhatikan ialah urusan yang teratur atau kelam-kabut.

A well-organised management or an ad-hoc management. An ad-hoc situation in a well-organised management is totally different from a well-organised management in an ad-hoc situation.

Semalam, management orang kampong atau management ahli kariah.

Tiada siapa nazir dan tiada siapa bilal jenazah sehingga dapat bilal jenazah. Apabila dapat bilal jenazah, mulalah... tanyalah nazir, tanyalah perkara tu pada nazir dan ......nazir.

Selasa, Februari 09, 2010

Sebelum Ulangtahun

Assalamualaikum,

Rujuk kepada keinginan kerajaan baru Selangor dan perlaksanaan KPI untuk masjid.

Apakah Masjid Ar-Rahman telah lakukan (rujuk KPI):

1 - Carta organisasi - turunkan dan buang, belum naikkan yang baru. Masih mengumpul maklumat pegawai dan AJK masjid.

2 - Mesyuarat - Mesyuarat Biro masih tidak diadakan (Biro masih tidak adakan ajk mereka sendiri). Yang saya dengar, mesyuarat sulit dan mesyuarat kedai kopi selalu diadakan.

3 - Penyata Kewangan - Penyata kewangan yang dimesyuaratkan seringkali tidak memuaskan hati ajk. Mungkin pembentangan kewangan tidak jelas atau format kewangan tidak menerangkan aktiviti yang berlaku atau tiada penjelasan terperinci dengan apa yang dilakukan.

4 - Pengurusan Sistem Fail - Jika pada saat ini AJK dibubarkan, maka saya pasti sesiapa yang mengambilalih akan meraba satu masjid untuk mencari fail, surat dan sebagainya.

5 - Penyertaan Pegawai / AJK Dalam Kursus - Ada kemajuan sebab ada imbuhan.

6 - Akhlak Islam AJK serta keluarga - ukuran perlu dibuat pada diri sendiri.

7 - Kebajikan Pegawai dan AJK Masjid - Masih tidak prihatin.

8 - Prasarana dan Kemudahan - Masih seperti mana 10 tahun yang lalu. Pembaharuan yang diinginkan tinggal atas kertas sahaja.

9 - Keceriaan Masjid - Keadaan infrastruktur masjid masih dapat bertahan sepertimana masa diambil-alih. keceriaan masjid yang tidak ceria dan ahli jemaah pun ahli jemaah warisan yang tidak ceria. Masa ambil alih pengurusan masjid, diambil alih dengan jemaah yang sama. Hanya tukar pengurusan baru dengan AJK baru. AJK lama ramai yang tak datang masjid. (kalau ikut pandangan saya, kurang sikit dari yang dulu kerana ada mentol lampu dan sebagainya yang rosak tidak diganti)

10 - Pengajian - Selagi ada penceramah bangang dan mencanangkan kebanganganya, maka selagi itu masjid akan dalam kebangangan. Ini termasuklah nazir bangang, ajk bangang dan ahli jemaah pun terikut menjadi bangang. Kutipan majlis ceramah kemana? Entah.

11 - Penganjuran Hari Kebesaran Islam - Pengurusan masjid memang berminat mengadakan keraian-keraian. Tahapnya sehinggakan aduan dibuat kepada SPRM dan bendahari telah disoal-siasat oleh SPRM. Sehingga hari ini, keputusan siasatan belum diperolehi.

12 - Masjid Tempat Rundingan - Ramai yang tidak berminat menjadikan masjid tempat perjumpaan dan perbincangan. Bak kata pepatah Timbalan Nazir: Kalau nak apa-apa, tulislah cadangan dan masukkan dalam kotak yang disediakan. (surat layang adalah!)

13 - Kerjasama Amal - Majlis Tarawih dan Korban telah disempurnakan dengan jaya dan kerjasama dijalinkan antara ahli kariah dan AJK Masjid. Betul ke? Hanya kadang-kadang teringat juga pepatah Pengerusi Infrastruktur: "Siapalah nak bekerja untuk masjid!"

14 - Pembentukkan Peribadi Muslim Ahli Kariah - Gotong royong dimasjid hanya untuk AJK masjid, dengan itu dapat menyatu padukan AJK masjid. Ahli kariah perlu tahu sahaja tanpa melibatkan diri. [Lepas gotong royong, pekena nasi kandar (untuk AJK Masjid sahaja)]

Begitulah 14 perkara yang pihak kerajaan Selangor bayangkan untuk pihak rakyat diperingkat kariah lakukan. Semua itu untuk kepentingan rakyat jelata. Begitulah juga pandangan saya tentang keadaan 14 perkara tersebut yang di implimentasi dimasjid Ar-Rahman.

Teringat saya pada kata-kata pemberita TV?:

"Jika hotel ada 5 bintang kenapa masjid tidak berbulan bintang!"

Sabtu, Februari 06, 2010

Mesyuarat Pengurusan Ke-4

Assalamualaikum,

Pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Nazir, mesyuarat telah dapat menyatukan semua ajk untuk bersama memikirkan masalah pengurusan masjid. Namun, mesyuarat belum dapat memikirkan masalah jemaah / kariah, penglibatan dan peranan pengurusan masjid didalam masyarakat.

Masjid masih berfikir untuk kepentingan sendiri.

Lepas solat jumaat, pemeriksa kira-kira berjumpa saya dan membincangkan tentang kewangan masjid dan pengendalian kewangan masjid. Saya hanya menasihati beliau tentang peranan beliau untuk memperlihatkan ketelusan kewangan masjid.

Beberapa persoalan tentang bidang kuasa pemeriksa kira-kira diminta penjelasan. Saya menerangkan tentang kuasa sedikit pemeriksa kira-kira yang boleh membatal atau menunjukkan pengiraan bendahari yang tidak telus.

Saya menggalakkan beliau supaya bertanya dalam mesyuarat tentang "baki tunai dalam tangan" tersebut adakah sepatutnya dikira dan "baki tunai dalam bank" adakah beliau perlu tengok bank statement. Saya menumpukan perhatian beliau tentang "baki tunai dalam tangan" mengapa perlu simpan lebih dari yang sepatutnya.

Dengan kata lain, bendahari perlu ada bajet kewangan. Bajet kewangan ini telah tidak dipersetujui bendahari dengan beberapa alasan yang tidak boleh diterima. Apabila bendahari seolah-olah tidak suka kepada bajet, maka saya mensyaki yang ada permainan duit berlaku.

Saya juga menasihati beliau tentang odit harta masjid. Beliau perlu kemukakan dalam mesyuarat tentang perkara tersebut. Selama 8 bulan pengurusan baru, harta masjid menjadi misteri.

Begitu begini, saya telah berdiri dengan beliau selama lebih se jam. Memang terasa tetapi kerana topik yang hangat, sejam bagaikan 15 minit.

Khamis, Februari 04, 2010

Tak Jadi Jadi

Assalamualaikum,

Dibincangkan dengan hangat akan beberapa projek untuk menjana pendapatan selepas tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana agensi kerajaan dan syarikat. Jika ada sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan projek-projek berikut, silalah berhubung terus dengan saya.

1 - Bandaraya dalam taman.
Projek boleh dimulakan dengan modal RM100,000.00. Boleh cecah sehingga RM1juta atau lebih. Kawasan telah dikenalpasti dan kaedah perlaksanaan telah dibincangkan. Projek menunggu pelancaran. Individu yang berminat perlu menyatakan kesanggupan atau kemampuan untuk menyertai projek.

2 - Pengambilalihan syarikat berprojek. Ini bukan ambil-alih projek bermasalah tetapi projek yang belum dijalankan disebabkan ketiadaan dana yang mencukupi untuk memulakan projek. Projek telah ditenderkan tetapi syarikat penender tidak ingin meneruskan perlaksanaan projek. Dari mulut, saya dengar RM15Juta cadangan untuk menjual syarikat dan projek tersebut. Projek bernilai RM25Juta.

3 - Pembekalan Bahan Cetak. Menjadi agen jualan bahan-bahan cetak, cenderahati berunsur alQur'an dan seumpamanya. Agen daerah dan negeri sedang direncana untuk menjadi pembekal terus kepada pengguna. Projek boleh bermula dengan RM1,000.00 selain agen perlu ada kedai atau gerai.

4 - Agen Perkhidmatan Antarabangsa. Agen menjual nilai kad prabayar domestik dan antarabangsa, bayar bil setempat, menjadi agen menghantar bungkusan antarabangsa, membaharui paspot antarabangsa, pengiriman wang antarbangsa. Rangkaian boleh dibuka dilokasi-lokasi yang ada ramai penduduk Indonesia, Bangla Desh dan seumpamanya. Projek boleh bermula dengan modal RM1,000.00 selain memerlukan sebuah handphone, sebuah komputer dan talian internet wayarles.

Ada banyak lagi projek yang ingin dilaksanakan, jika ingin dibincangkan, bolehlah chat atau jumpa untuk dibincangkan.

Selasa, Februari 02, 2010

Merisik Pinangan ke Perlis

Assalamualaikum,

Semalam, pelancongan kantoi sebab gangguan kesihatan. Heran dengan mutlaknya kekuasaan Allah, kena balek.

Sampai rumah, ahli kariah cari, bendahari cari dan saya ke masjid mencari.

Dimasjid dapat pula peluang chat dengan kawan chat ajk masjid. (Masjid ada broadband jenis pakai selagi boleh). Cerita berkisar dengan IP VPN, Web Filtering, Traffic control dan perkara-perkara yang berkaitan dengan IT zaman kini.

Keadaan menjadi serius dan satu kumpulan merisik akan dihantar kePerlis. Jika proposal diterima mungkin pinangan juga akan diterima. Harap-harap begitulah. Disini dipautkan pautan1 dan pautan2 sebagai penerangan untuk kumpulan perisik pinangan tersebut.

Isnin, Februari 01, 2010

Aktiviti Masa Mesyuarat - Melancong

Assalamualaikum,

Semalam mesyuarat pengurusan masjid yang ke-4. Nazir tiada. Pergi melancong ke Melaka.

Rasanya memang ingin meletak jawatan sebagai nazir tetapi disebabkan beberapa cabaran yang berlaku, masih tetap mempertahankan jawatan nazir.

Bandar Melaka telah banyak berubah dari akhir lawatan. Lawatan terakhir ialah 3 tahun dulu. Saya pergi ke MITC - Melaka tak tahu apa bendanya tapi disitulah berbagai-bagai bangunan kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan berada.

Melihat keindahan bangunan-bangunan tersebut terfikir pulak, seandainya tangan yang memerintah negeri itu adalah yang ikhlas, jujur dan berfikrah islam; alangkah bertuahnya orang melaka.

Isnin, Januari 25, 2010

Nafsi-nafsi / Mandiri

Assalamualaikum,

Bukan 1 man show, tapi itulah keadaan yang ada dalam pengurusan masjid sesi 2009 - 2012 ini.

Siak ada atau tidak, jemaah datang masjid.

AJK pun begitu juga, sama ada ada nazir atau tidak ada nazir, ajk tetap begitu.

Jemaah pun begitu, sama ada nazir, ajk atau imam ada atau tidak, mereka tetap datang solat berjemaah.

Sama ada ajk bekerja atau tidak bekerja, jemaah tetap datang solat berjemaah.

Imam pun begitu juga, sama ada jemaah suka atau tidak, tetap dia kedepan menjadi imam.

Yang paling mandiri ialah Timbalan nazir. Jemaah ke, nazir ke, siak ke, ajk ke; suka ke benci ke, dia tetap buat apa yang dia ingin buat.

Khamis, Januari 21, 2010

Masjid Sebagai Hub Komuniti

Assalamualaikum,

Masjid dari dulu hanya hidup bergantung kepada tabung masjid pada hari Jumaat. Rengkasnya, jemaah menyumbangkan dana bagi pengurusan masjid.

Bagi tahun 2010 dan seterusnya, masjid sepatutnya telah cukup matang untuk menjadi tempat pergantungan jemaah. Kerajaan telah memberi bangunan, jemaah telah memberikan dana. Masjid sepatutnya boleh berterima kasih dan menyokong kerajaan dan jemaah. Maksud menyokong ialah seperti anak yang telah dewasa dan lulus cemerlang dalam kehidupan dan sekarang boleh hidup sendiri, bekeluarga dan mampu pula menyumbang kepada orang tua dan keluarganya.

Bagaimana dan apa kaedah masjid untuk berfungsi sebagai tempat bergantung bagi para jemaah? Nazir Ar-Rahman berusaha kearah itu, sama ada ajk sokong, tak sokong, setuju, tak setuju.Insya Allah wa bi aunillah.

Universiti Ezhar di Kaherah adalah mulanya sebuah masjid. Sekarang adalah sebuah universiti yang ada masjid dan menawarkan pengajian secara percuma. Tanpa sokongan dan bantuan kerajaan dari dulu hingga sekarang.

Pembangunan Infrastruktur Masjid - Persoalan

Assalamualaikum,

Aspek infrastruktur masjid: Masjid adalah tempat ibadah solat dan ibadah jemaah ahli kariah. Jemaah menggunakan masjid untuk menunaikan sembahyang dan lokasi menyambut keraian Islam. Masjid dijadikan tempat menimba ilmu Islam, tempat solat jenazah dan segala sumber untuk menjadikanya sebagai kemudahan untuk kariah. Adakah cukup setakat itu?

Aspek perhubungan: Adakah masjid Ar-Rahman mesra jemaah / komuniti, mesra remaja, mesra pelajar, mesra ....? jika tidak, apakah yang menghalangnya? infrastruktur? pernahkah masjid mengadakan majlis / program untuk keluarga? anak dan ibu / anak dan bapa? majlis perkahwinan dimasjid?

Aspek prestasi: Apakah darjah pencapaian pengurusan organisasi masjid Ar-Rahman? baik, bagus atau cemerlang.

Aspek pendidikan / tarbiah: adakah dengan majlis-majlis ilmu yang ada dapat memupuk kasih sayang dan kesefahaman antara ahli kariah.

Adakah dengan infrastruktur tambahan masjid Ar-Rahman seperti dibawah, dapat mengubah aspek prestasi hubungan ahli kariah, aspek kewangan masjid, aspek penglibatan ahli kariah:

1 - tempat pengurusan jenazah.
2 - tempat penghimpunan muslimat. (muslimat haid tidak boleh datang masjid)
3 - pusat sumber dan kemudahan pusat sumber, tempat rujukan ahli kariah.
4 - tempat solat yang selesa berhawa dingin dan karpet baru.
5 - van jenazah / keenderaan pelbagai guna baru dan jenis mewah.
6 - mengadakan kakitangan yang dibayar oleh pengurusan masjid.

Kita buat operasi menangkap pasangan khalwat tetapi kita tidak pernah buat taklimat perhubungan Islam untuk remaja lelaki atau wanita dan kita tidak menjadikan budaya kita untuk mengadakan ruang duduk untuk keluarga didalam masjid. Maka terpisahlah anak, ibu dan ayah ketika dimasjid. Kita sepatutnya mengadakan ruang untuk keluarga duduk bersama mereka didalam masjid.

Dan akhir sekali (banyak lagi), kita tidak boleh mengukur kejayaan sesebuah masjid dari jumlah kutipan dari tabung masjid dan bangunan-bangunan yang dapat didirikan oleh masjid.

Selasa, Januari 19, 2010

The Law of Success / Hidayatus Salikin

Assalamualaikum,

Sesiapa yang pernah membaca buku 'The Law of Sucess" karangan Napoleon Hill,Klik sini tentu akan tahu coretan yang ini.

Kena juga baca "The Art of Influencing People" oleh Dale Carnegie dan "Ziarah" oleh Iwan Simatupang. Akhir sekali, baca2lah "Culture Shock" oleh Alvin Toffler.



Namun seeloknya membaca "Tenggelamnya Kapal Van De Wirch" dan "Dibawah Lindungan Ka'abah" oleh Professor Hamka.

Saya telah kehilangan buku Napoleon Hill tersebut kerana saya tinggalkan disurau kayu (masjid sementara) ketika itu, dalam tahun 1977 atau 1978. The Law of Sucess adalah buku tasauf bagi mereka yang atheis. Atheis ialah fahaman orang yang tidak percaya adanya tuhan.

Pada tahun 1980, saya berguru dengan ustaz Dahlan atas rekomen dari mufti Selangor ketika itu. Sempatlah saya mempelajari sedikit dari "Hidayatus Salikin" Klik Sini karangan Imam Ghazali. Buku ini adalah buku tasauf bagi orang Islam.

Saya habis membaca buku karangan Professor Hamka semasa dikolej. Kisah cinta yang benar-benar menarik perasaan dan fikiran saya. Buku ini rasanya adalah buku yang tebal juga, namun inilah satunya buku yang saya baca dan menghabiskanya dalam masa yang singkat. Rasanya saya habis membacanya dalam 2 hari tanpa membaca buku lain dalam 2 hari tersebut. Dan buku ini dapat mencetuskan perasaan sedih kedalam hati saya dan mmenyebabkan air mata mengalir.

Sekarang, saya tidak boleh membaca AlQur'an kerana setiap kali membacanya akan menghiris pundi kilang air mata saya. (ayat Ilmu Balagha)

Ahad, Januari 17, 2010

Minda Comot


Assalamualaikum,

Minda comot. Tiada tempat sesuai untuk dibersihkan.

Apabila balek dari menunaikan fardhu haji, seorang adalah bersih seperti bayi.

Sampai Masjid Ar-Rahman dan berjemaah beberapa waktu, minda jadi serabut, jadi kotor.

Jangan tanya kenapa! Cari tempat pembersihan minda.

Masjid Ar-Rahman belum jadi pusat pembersihan minda.

Selasa, Januari 12, 2010

Masjid Ar-Rahman Sdn. Bhd.



Assalamualaikum,

Setelah diperbincangkan dengan hangat dan hingga ke pagi, dirumuskan oleh ahli jemaah kedai kopi mencadangkan supaya masjid menubohkan kedua biro ini yang sememang patut diadakan dimana-mana masjid mengikut peredaran zaman sekarang.

Biro Ekonomi

Biro ekonomi berfungsi untuk mendapatkan dana operasi masjid.

Dana tersebut dikutip melalui program-program yang masjid adakan seperti kursus nikah kahwin, umrah dan haji, kursus motivasi pelajar, kursus remaja dan beberapa peratus dari kutipan mereka yang memohon untuk meletak tabung kutipan dimasjid.

Dana ini bolehlah digunakan untuk membayar elaun ajk-ajk dan menambah elaun pegawai-pegawai masjid. Dana ini tidak perlu diodit kerana ia adalah pendapatan masjid dan bukan sumbangan orang ramai.

Untuk pembangunan masjid, peruntukkan dari jais dan lembaga zakat perlu digunakan.

Biro IT

Biro IT yang bermakna biro informasi dan teknologi, bukan biro ibu tunggal atau ikut telunjuk.

Biro IT akan meletakkan masjid setaraf dengan masjid-masjid kelas 1 dunia. Masjid digital seluruhnya. AJK masjid akan diberi sebuah laptop seorang, alamat emel setiap seorang dan semua transaksi komunikasi akan dibuat paperless. Setiap AJK boleh memasukkan rencana karangan mereka dalam blog atau facebook masjid atau pun setiap ajk mempunyai laman web atau blog mereka sendiri.

Mana-mana ajk yang dilahirkan dalam zaman perang jepun dan tidak mengikuti perkembangan zaman atau tidak mahu belajar menggunakan komputer akan dinasihatkan supaya meletak jawatan.

Robot akan menggantikan siak untuk mencuci karpet masjid.

Khatib hanya perlu duduk dipejabat dan merakamkan khutbah jumaat. Siaran khutbah akan ditayang mengikut program menggantikan khutbah. Skrin akan ditayang dihadapan jemaah menggantikan beliau. 1 imam, 1 bilal dan makmum seramai 39 orang akan dipileh mengikut giliran dari kalangan ahli kariah wajib menghadiri solat jumaat sebagai keperluan memenuhi fardhu kifayah. Dengan cara ini, semua ahli kariah akan terpaksa solat jemaah mengikut jadual yang ditetapkan mereka.

Nazir akan pastikan perkara ini berlaku dan memastikan semua kaedah tidak salah dari segi hukum.

Selasa, Januari 05, 2010

Rumusan Hijrah

Assalamualaikum,

20 hari berlalu Muharram. Hijrah 1431.

Apa yang telah berlaku pada 1430 tidak diingati seperti mana sepatutnya diingati.

Hari ini, dirumuskan apa yang berlaku dan kisah yang sepatutnya dijadikan teladan dan sempadan untuk meneruskan tahun 1431.

Mei 2009 - Dicalonkan dan diminta tarik diri oleh beberapa individu - atas kepentingan apa, wallahu a'lam.

Tahun ni, nak buat kelas bahasa arab untuk ahli kariah. Moga2 sehingga akhir Mei 2012 nanti, adalah seorang 2 yang boleh berbual dengan saya.

Jumaat, Januari 01, 2010

Semua Sayang Nazir

Assalamualaikum,

Saya dipersoal tentang kelas bahasa arab yang saya buat dimasjid.

Saya juga dipersoal tentang tidak mengadakan kelas bahasa arab dimasjid.

Saya dipersoal tentang ketidakhadiran saya dimasjid.

Saya juga dipersoal tentang tidak hadhirnya saya dimajlis luar masjid.
(saya belum memiliki ilmu yang boleh membuat saya berada dilain tempat pada waktu yang sama)

Mungkin seorang nazir perlu memohon permit atau memberitahu apa jua kegiatan yang dibuatnya kepada seseorang atau kepada ajk masjid atau menyenaraikan aktiviti harian dan mempamirkan dipapan kenyataan masjid.

Senangnya, isi borang aktiviti pagi-pagi pada setiap pagi dan hantar kepada penasihat. Penasihat sahkan, cop dan kemudian borang dibuat salinan kepada semua ajk dan dipamirkan untuk makluman ahli kariah.

Positifnya: orang sayang pada nazir.

Sistem Binari Masjid - Ye Tak Ye

Assalamualaikum,

Lepas Jumaat tadi, penasihat jumpa saya.

Dia tanya saya 1, saya jawap 1. Dia tanya saya 1, saya jawap 1.

Dia tanya saya 1 + 0, saya jawap 10.

Kemudian tu, penolong pendaftar nikah jumpa saya.

Dia tanya saya 1, saya jawap 0. Dia tanya saya 1, saya jawap 1.

Dia tanya saya 1 + 0, saya jawap 10.

Sebenarnya begitulah keadaan dimasjid, bila orang tanya saya 1, saya boleh jawap 1 atau 0. Bila orang tanya saya 1 + 0, maka jawapanya ialah 10.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat