Sabtu, Jun 26, 2010

Buat atau Tidak


Assalamualaikum,

Tuan-tuan diminta menjawap persoalan berikut:

1 - Apakah yang menghalang nazir-nazir masjid untuk berbuat sesuatu pembaharuan dimasjid?

2 - Apakah yang menghalang AJK Masjid membuat sesuatu pembaharuan dimasjid?

Imam-imam, bilal-bilal dan siak-siak menjalankan tugas mereka sama ada pembaharuan ada atau tidak. Mereka tidak tersentuh dengan apa jua pembaharuan yang terlaksana oleh ajk atau pun nazir masjid.

Dalam pengurusan masjid Ar-Rahman, adalah menjadi tanda-tanya sama ada satu-satu perkara yang ingin dilakukan mendapat restu dari nazir atau mendapat restu dari ajk masjid.

Contoh 1 kes ialah apabila masjid dikehendaki oleh pihak MAIS untuk menghantar 1 kontingen jemaah seramai 50 orang untuk menghadiri majlis perarakan maulidur rasul.

Pengerusi Biro Dakwah dan Kebajikan diberi tugas mengendali program ini oleh nazir.

Dari taklimat MAIS, penyertaan perlu kepada perkara-perkara yang dibiayai sendiri oleh masjid: Keenderaan, Sepandok atau banner masjid, bendera Malaysia dan Negeri Selangor dan kontigen perlu memakai baju melayu atau pakaian seragam masjid.

Kiraan kos: bas = RM300.00, pakaian seragam dan banner = RM2,000.00. makan minum = RM200.00. Jumlah - RM2,500.00.

Nazir hanya diberi kuasa menanda tangani chek sebanyak RM1,000.00.Ini diputuskan dalam mesyuarat pengurusan masjid pada mula sesi Jun 2009.

Penyertaan kontingen perlu jawapan secepat mungkin.

Adakah perlu menghantar kontingen atau tidak? kalau hantar guna duit siapa? Kalau tak hantar bagaimana? Akhirnya nazir memutuskan untuk hantar!

Dana dipohon dari wakil rakyat kawasan dan masjid. Dapat chek RM2,000 dari wakil kawasan N46 - Pelabuhan Kelang.

Chek hanya boleh ditunaikan setelah 4 hari perarakan berlaku. Siapa boleh tolong? Setelah NAZIR membuat surat untuk meminta Bendahari mendahulukan duit untuk menggantikan chek wakil kawasan, Bendahari mengatakan tidak boleh atas alasan "dia orang tak bagi".

Kesudahan kisah sila ke: Kelab Remaja Masjid Pandamaran Jaya.

Sabtu, Jun 12, 2010

Pemilihan AJK Masjid dan Surau - Politik Masjid

Assalamualaikum,

Setelah 1 tahun menjadi nazir, dan meneliti cara-cara pemilihan AJK Surau dan cara pemilihan AJK Masjid tempoh hari maka bolehlah saya rumuskan bahawa dalam kariah saya, pengikut memainkan peranan siapa yang akan menguasai masjid atau surau.

Saya beranggapan tempoh hari bahawa pemilihan dibuat berdasar kepada majoriti ahli jemaah masjid akan memilih mereka yang memakmurkan masjid tetapi itu meleset sekali.

Contohnya: jika saya ingin menjadi nazir untuk sesi akan datang, saya perlu mengumpul sebanyak mungkin pengikut supaya apabila mesyuarat pencalunan dibuat saya pastikan ada orang yang mencalunkan nama saya dan disokong oleh pengikut saya dan jika ada undian dibuat, saya kena pastikan pengikut saya mengundi saya dan mestilah dengan majoriti yang banyak. Bermakna saya perlu panggil pengikut yang banyak bukan mengharap ahli jemaah mengundi saya.

Walau pun saya tidak melakukan apa-apa pun dalam sesi sekarang namun jika saya banyak pengikut maka pasti saya akan menang mengikut kaedah yang disebut.

Beberapa pengerusi surau dalam pemilihan baru-baru ini menyatakan kepada saya mengapa mereka mesti terus menjadi pengerusi. Untuk terus menjadi pengerusi surau mereka mesti memastikan sokongan padu dari pengikut dan bukan sokongan ahli jemaah. Pengikut pula tidak semestinya datang memakmurkan masjid, cukup sekadar datang pada hari pengundian sahaja.

Rumusan: Ahli jemaah sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesaorang sebagai AJK atau Pegawai masjid dalam kariah.

Khamis, Jun 10, 2010

Imarah Masjid / Marah Masjid

Assalamualaikumm,

Imarah ialah bahasa arab dan bermakna memakmurkan. Marah ialah bahasa melayu dan marrah bermakna berjalan atau bergerak dalam bahasa arab.

Kedua-dua perkataan ini memberi makna yang positif terhadap masjid. Bagi mereka yang tidak faham bahasa maka menjadi negatif kepada kefahaman mereka. Orang yang tak reti bahasa selalunya dipanggil biadab atau kurang ajar.

Jika budak-budak yang kurang ajar memang patut tapi jika sesaorang mengaku telah bertahun-tahun berdampingan dengan masjid dan telah beberapa lama mengaji atau mendengar ceramah dimasjid maka kurang ajar tidak boleh diukur sebagai kurang ajar. Dia mesti digelar KURANG AJAR. Dalam bahasa arab dipanggil ABU JAHAL atau makna dalam bahasa melayu ialah BAPA KEJAHILAN.

Ya Allah, ampunkan kami atas kesilapan tafsiran kami dan pimpinlah kami kejalan yang lurus dan mendapat hidayah(petunjuk)mu untuk itu. Amin.

Jumaat, Jun 04, 2010

Boikot Israel / Amerika


Assalamualaikum,

Semalam pergi pidato anti Israel yang dianjurkan oleh JAIS.

Banyaklah maklumat yang dapat dari setiap peserta pidato. Hanya 1 tidak dikomen oleh peserta.

Kalau saya diberi peluang untuk komen. maka saya komen seperti berikut:

"Jika semua barangan Israel/Amerika termasuk kilang-kilangnya dan segala pelaburan mereka dibuang terus dari bumi Malaysia pada hari ini, maka hari ini juga Malaysia akan bankrap. Ini kerana kita tidak pernah bertindak untuk menggantikan semua barangan Israel/Amerika yang ada diMalaysia. Jika bermula dari beberapa tahun dulu Malaysia telah berfikir untuk membuat barangan yang mampu dibuat untuk menggantikan produk Israel/Amerika maka hari ini mungkin kita telah ada 30 atau 40 peratus barangan kita sendiri menggantikan produk Israel/Amerika."

Saya juga akan menyarankan supaya semua hadhirin meninggalkan produk Israel/Amerika yang ada pada mereka di Stadium tersebut. Barangan tersebut antara lain adalah: Mykad, telefon Nokia, pakaian luar dan pakaian dalam(bra) jenama-jenama dan banyak lagi. Rumusannya: ada yang balek berbogel keluar dari stadium!

Begitulah cara Malaysia mengutuk Israel/Amerika.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat