Isnin, Januari 25, 2010

Nafsi-nafsi / Mandiri

Assalamualaikum,

Bukan 1 man show, tapi itulah keadaan yang ada dalam pengurusan masjid sesi 2009 - 2012 ini.

Siak ada atau tidak, jemaah datang masjid.

AJK pun begitu juga, sama ada ada nazir atau tidak ada nazir, ajk tetap begitu.

Jemaah pun begitu, sama ada nazir, ajk atau imam ada atau tidak, mereka tetap datang solat berjemaah.

Sama ada ajk bekerja atau tidak bekerja, jemaah tetap datang solat berjemaah.

Imam pun begitu juga, sama ada jemaah suka atau tidak, tetap dia kedepan menjadi imam.

Yang paling mandiri ialah Timbalan nazir. Jemaah ke, nazir ke, siak ke, ajk ke; suka ke benci ke, dia tetap buat apa yang dia ingin buat.

Khamis, Januari 21, 2010

Masjid Sebagai Hub Komuniti

Assalamualaikum,

Masjid dari dulu hanya hidup bergantung kepada tabung masjid pada hari Jumaat. Rengkasnya, jemaah menyumbangkan dana bagi pengurusan masjid.

Bagi tahun 2010 dan seterusnya, masjid sepatutnya telah cukup matang untuk menjadi tempat pergantungan jemaah. Kerajaan telah memberi bangunan, jemaah telah memberikan dana. Masjid sepatutnya boleh berterima kasih dan menyokong kerajaan dan jemaah. Maksud menyokong ialah seperti anak yang telah dewasa dan lulus cemerlang dalam kehidupan dan sekarang boleh hidup sendiri, bekeluarga dan mampu pula menyumbang kepada orang tua dan keluarganya.

Bagaimana dan apa kaedah masjid untuk berfungsi sebagai tempat bergantung bagi para jemaah? Nazir Ar-Rahman berusaha kearah itu, sama ada ajk sokong, tak sokong, setuju, tak setuju.Insya Allah wa bi aunillah.

Universiti Ezhar di Kaherah adalah mulanya sebuah masjid. Sekarang adalah sebuah universiti yang ada masjid dan menawarkan pengajian secara percuma. Tanpa sokongan dan bantuan kerajaan dari dulu hingga sekarang.

Pembangunan Infrastruktur Masjid - Persoalan

Assalamualaikum,

Aspek infrastruktur masjid: Masjid adalah tempat ibadah solat dan ibadah jemaah ahli kariah. Jemaah menggunakan masjid untuk menunaikan sembahyang dan lokasi menyambut keraian Islam. Masjid dijadikan tempat menimba ilmu Islam, tempat solat jenazah dan segala sumber untuk menjadikanya sebagai kemudahan untuk kariah. Adakah cukup setakat itu?

Aspek perhubungan: Adakah masjid Ar-Rahman mesra jemaah / komuniti, mesra remaja, mesra pelajar, mesra ....? jika tidak, apakah yang menghalangnya? infrastruktur? pernahkah masjid mengadakan majlis / program untuk keluarga? anak dan ibu / anak dan bapa? majlis perkahwinan dimasjid?

Aspek prestasi: Apakah darjah pencapaian pengurusan organisasi masjid Ar-Rahman? baik, bagus atau cemerlang.

Aspek pendidikan / tarbiah: adakah dengan majlis-majlis ilmu yang ada dapat memupuk kasih sayang dan kesefahaman antara ahli kariah.

Adakah dengan infrastruktur tambahan masjid Ar-Rahman seperti dibawah, dapat mengubah aspek prestasi hubungan ahli kariah, aspek kewangan masjid, aspek penglibatan ahli kariah:

1 - tempat pengurusan jenazah.
2 - tempat penghimpunan muslimat. (muslimat haid tidak boleh datang masjid)
3 - pusat sumber dan kemudahan pusat sumber, tempat rujukan ahli kariah.
4 - tempat solat yang selesa berhawa dingin dan karpet baru.
5 - van jenazah / keenderaan pelbagai guna baru dan jenis mewah.
6 - mengadakan kakitangan yang dibayar oleh pengurusan masjid.

Kita buat operasi menangkap pasangan khalwat tetapi kita tidak pernah buat taklimat perhubungan Islam untuk remaja lelaki atau wanita dan kita tidak menjadikan budaya kita untuk mengadakan ruang duduk untuk keluarga didalam masjid. Maka terpisahlah anak, ibu dan ayah ketika dimasjid. Kita sepatutnya mengadakan ruang untuk keluarga duduk bersama mereka didalam masjid.

Dan akhir sekali (banyak lagi), kita tidak boleh mengukur kejayaan sesebuah masjid dari jumlah kutipan dari tabung masjid dan bangunan-bangunan yang dapat didirikan oleh masjid.

Selasa, Januari 19, 2010

The Law of Success / Hidayatus Salikin

Assalamualaikum,

Sesiapa yang pernah membaca buku 'The Law of Sucess" karangan Napoleon Hill,Klik sini tentu akan tahu coretan yang ini.

Kena juga baca "The Art of Influencing People" oleh Dale Carnegie dan "Ziarah" oleh Iwan Simatupang. Akhir sekali, baca2lah "Culture Shock" oleh Alvin Toffler.



Namun seeloknya membaca "Tenggelamnya Kapal Van De Wirch" dan "Dibawah Lindungan Ka'abah" oleh Professor Hamka.

Saya telah kehilangan buku Napoleon Hill tersebut kerana saya tinggalkan disurau kayu (masjid sementara) ketika itu, dalam tahun 1977 atau 1978. The Law of Sucess adalah buku tasauf bagi mereka yang atheis. Atheis ialah fahaman orang yang tidak percaya adanya tuhan.

Pada tahun 1980, saya berguru dengan ustaz Dahlan atas rekomen dari mufti Selangor ketika itu. Sempatlah saya mempelajari sedikit dari "Hidayatus Salikin" Klik Sini karangan Imam Ghazali. Buku ini adalah buku tasauf bagi orang Islam.

Saya habis membaca buku karangan Professor Hamka semasa dikolej. Kisah cinta yang benar-benar menarik perasaan dan fikiran saya. Buku ini rasanya adalah buku yang tebal juga, namun inilah satunya buku yang saya baca dan menghabiskanya dalam masa yang singkat. Rasanya saya habis membacanya dalam 2 hari tanpa membaca buku lain dalam 2 hari tersebut. Dan buku ini dapat mencetuskan perasaan sedih kedalam hati saya dan mmenyebabkan air mata mengalir.

Sekarang, saya tidak boleh membaca AlQur'an kerana setiap kali membacanya akan menghiris pundi kilang air mata saya. (ayat Ilmu Balagha)

Ahad, Januari 17, 2010

Minda Comot


Assalamualaikum,

Minda comot. Tiada tempat sesuai untuk dibersihkan.

Apabila balek dari menunaikan fardhu haji, seorang adalah bersih seperti bayi.

Sampai Masjid Ar-Rahman dan berjemaah beberapa waktu, minda jadi serabut, jadi kotor.

Jangan tanya kenapa! Cari tempat pembersihan minda.

Masjid Ar-Rahman belum jadi pusat pembersihan minda.

Selasa, Januari 12, 2010

Masjid Ar-Rahman Sdn. Bhd.



Assalamualaikum,

Setelah diperbincangkan dengan hangat dan hingga ke pagi, dirumuskan oleh ahli jemaah kedai kopi mencadangkan supaya masjid menubohkan kedua biro ini yang sememang patut diadakan dimana-mana masjid mengikut peredaran zaman sekarang.

Biro Ekonomi

Biro ekonomi berfungsi untuk mendapatkan dana operasi masjid.

Dana tersebut dikutip melalui program-program yang masjid adakan seperti kursus nikah kahwin, umrah dan haji, kursus motivasi pelajar, kursus remaja dan beberapa peratus dari kutipan mereka yang memohon untuk meletak tabung kutipan dimasjid.

Dana ini bolehlah digunakan untuk membayar elaun ajk-ajk dan menambah elaun pegawai-pegawai masjid. Dana ini tidak perlu diodit kerana ia adalah pendapatan masjid dan bukan sumbangan orang ramai.

Untuk pembangunan masjid, peruntukkan dari jais dan lembaga zakat perlu digunakan.

Biro IT

Biro IT yang bermakna biro informasi dan teknologi, bukan biro ibu tunggal atau ikut telunjuk.

Biro IT akan meletakkan masjid setaraf dengan masjid-masjid kelas 1 dunia. Masjid digital seluruhnya. AJK masjid akan diberi sebuah laptop seorang, alamat emel setiap seorang dan semua transaksi komunikasi akan dibuat paperless. Setiap AJK boleh memasukkan rencana karangan mereka dalam blog atau facebook masjid atau pun setiap ajk mempunyai laman web atau blog mereka sendiri.

Mana-mana ajk yang dilahirkan dalam zaman perang jepun dan tidak mengikuti perkembangan zaman atau tidak mahu belajar menggunakan komputer akan dinasihatkan supaya meletak jawatan.

Robot akan menggantikan siak untuk mencuci karpet masjid.

Khatib hanya perlu duduk dipejabat dan merakamkan khutbah jumaat. Siaran khutbah akan ditayang mengikut program menggantikan khutbah. Skrin akan ditayang dihadapan jemaah menggantikan beliau. 1 imam, 1 bilal dan makmum seramai 39 orang akan dipileh mengikut giliran dari kalangan ahli kariah wajib menghadiri solat jumaat sebagai keperluan memenuhi fardhu kifayah. Dengan cara ini, semua ahli kariah akan terpaksa solat jemaah mengikut jadual yang ditetapkan mereka.

Nazir akan pastikan perkara ini berlaku dan memastikan semua kaedah tidak salah dari segi hukum.

Selasa, Januari 05, 2010

Rumusan Hijrah

Assalamualaikum,

20 hari berlalu Muharram. Hijrah 1431.

Apa yang telah berlaku pada 1430 tidak diingati seperti mana sepatutnya diingati.

Hari ini, dirumuskan apa yang berlaku dan kisah yang sepatutnya dijadikan teladan dan sempadan untuk meneruskan tahun 1431.

Mei 2009 - Dicalonkan dan diminta tarik diri oleh beberapa individu - atas kepentingan apa, wallahu a'lam.

Tahun ni, nak buat kelas bahasa arab untuk ahli kariah. Moga2 sehingga akhir Mei 2012 nanti, adalah seorang 2 yang boleh berbual dengan saya.

Jumaat, Januari 01, 2010

Semua Sayang Nazir

Assalamualaikum,

Saya dipersoal tentang kelas bahasa arab yang saya buat dimasjid.

Saya juga dipersoal tentang tidak mengadakan kelas bahasa arab dimasjid.

Saya dipersoal tentang ketidakhadiran saya dimasjid.

Saya juga dipersoal tentang tidak hadhirnya saya dimajlis luar masjid.
(saya belum memiliki ilmu yang boleh membuat saya berada dilain tempat pada waktu yang sama)

Mungkin seorang nazir perlu memohon permit atau memberitahu apa jua kegiatan yang dibuatnya kepada seseorang atau kepada ajk masjid atau menyenaraikan aktiviti harian dan mempamirkan dipapan kenyataan masjid.

Senangnya, isi borang aktiviti pagi-pagi pada setiap pagi dan hantar kepada penasihat. Penasihat sahkan, cop dan kemudian borang dibuat salinan kepada semua ajk dan dipamirkan untuk makluman ahli kariah.

Positifnya: orang sayang pada nazir.

Sistem Binari Masjid - Ye Tak Ye

Assalamualaikum,

Lepas Jumaat tadi, penasihat jumpa saya.

Dia tanya saya 1, saya jawap 1. Dia tanya saya 1, saya jawap 1.

Dia tanya saya 1 + 0, saya jawap 10.

Kemudian tu, penolong pendaftar nikah jumpa saya.

Dia tanya saya 1, saya jawap 0. Dia tanya saya 1, saya jawap 1.

Dia tanya saya 1 + 0, saya jawap 10.

Sebenarnya begitulah keadaan dimasjid, bila orang tanya saya 1, saya boleh jawap 1 atau 0. Bila orang tanya saya 1 + 0, maka jawapanya ialah 10.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat