Jumaat, Februari 26, 2010

Paling Baik / Terbaik / Majoriti

Assalamualaikum,

Adakah itu AJK yang terbaik mewakili PR atau yang paling baik?

Tiada lagikah calun yang lebih berwibawa?

Andaikan 10 orang berkelulusan Doktor (PHd) bermastautin dalam kampong ini bersama 5000 pemastautin yang berkelulusan SPM. Dalam pemilihan Ketua Kampong, saya akan memilih individu yang berkelulusan SPM.

Dalam pemilihan AJK, saya akan pilih semua 10 orang PHd dan tambahan selain mereka untuk memenuhi kuota AJK.

Anda pileh lain, itu hak anda.

Andaian Sepatutnya

Assalamualaikum,

Setelah terserempak dengan 1 blog yang bersungguh-sungguh menghentam ahli PAS yang menjadi AJK Masjid dan AJK JKKK, saya merasa hiba dan sedih lalu bersimpati terhadap ahli-ahli PAS yang menjadi AJK Masjid dan AJK JKKK.

Pertama sekali ialah tentang perubahan kuasa kerajaan negeri dari BN kepada PR. Apabila ini berlaku, kita hendaklah mengakui bahawa sekarang PR menang dan BN kalah. Sudah tentu PR ingin menguasai semua sekali termasuk kampong dan paling rendahnya ialah masjid.

Dikampong, sudah tentu PR berkehendak mereka yang menguasainya ialah orang yang menyokong pimpinan mereka. Begitulah juga masa BN memerintah dulu, mana ada orang PAS / DAP / Keadilan menjadi AJK JKKK. (Sepatutnya blogger BN menerima hakikat ini)

Di masjid, masa BN dulu, wakil rakyat BN melantik secara VETO Nazir dan AJK tanpa mesyuarat ahli kariah. Menjadi adat sekali lagi Nazir dan AJK Masjid mestilah dikalangan BN juga. Oleh itu, kita tidak boleh marah perkara sama akan berlaku jika PR memerintah. Hanya sekali ini, mereka memberi peluang ahli kariah berurusan sama mencari AJK, walau pun ada campurtangan dalam pemilihan. (jangan samakan pada masa Rasulullah mengambil alih pemerintahan Mekah. Sememangnya kita patut menyontohi Rasulullah dalam hal ini tetapi adakah kita setahap dengan Rasulullah?)

Sejauh mana kita boleh berkompromi? Pada saya selagi tidak melanggar hukum ugama selagi itu saya akan menyetujui tindakan AJK pemerintahan yang baru.

Dipendekkan cerita saya berpendapat: kita tidak adil menghukum PR dengan keadaan sekarang setelah BN memerintah selama lebih 50 tahun dan dengan segala apa yang kita saksikan sekarang.

Orang yang berpaling tadah dari BN kepada PR sebaik mereka tahu BN kalah adalah kumpulan yang menemui peluang dan bertindak mengikut perhitungan semasa. (Cerita terperinci dalam kisah lain, insya Allah)

Selasa, Februari 23, 2010

Bukan Nak Kata

Assalamualaikum,

Ada satu aduan dari ahli kariah melalui AJK tentang nazir.

"Nazir tu jarang nampak, kalau ada pun waktu malam selepas orang semua balek aje. Dia tu jadi jaga masjid ke?"

Begitulah aduan nya.

Saya kata: Takpe lah. Tu bermakna mereka prihatin.

Mungkin sebabnya: Tahun lalu, saya bersama selawat untuk sambutan maulud. Tahun ini, tidak.
Sebab tidak bersama: Tiada sebab.

Belum lagi tentang kerjasama majlis korban, kerjasama sambutan maulud, kerjasama gotong royong dan banyak lagi peristiwa yang nazir tidak bersama ahli kariah.

Ahad, Februari 21, 2010

MOA / MOU / JV / Anjuran Bersama

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas asar, saya dibisikkan oleh Pengerusi JKKK tentang hasrat beliau menurap tar kawasan keliling masjid, memasang awning dan membuat kerja-kerja landskap. Saya setuju tanpa mendapat kelulusan AJK masjid.

Semalam ada 1 mesyuarat di masjid yang dikendalikan oleh JKKK. Semua pegawai dan AJK masjid dijemput. Saya tidak hadir.

Semalam ada lawatan PM 1 Malaysia dilokasi berhampiran. Saya tidak pergi.

Semalam ada keramaian sempena lawatan PM tersebut didalam masa mesyuarat tersebut berlaku. Saya tidak suka.

(ada kaitan atau tidak - Allah lebih Mengetahui)

Sesiapa yang menubuhkan sesebuah syarikat tentu tidak asing akan terma MOA. Memorandum of Articles ini antara lain menyebut apakah perniagaan yang akan dibuat, siapa pemegang saham dan berapa peratus saham yang mereka ada dalam syarikat tersebut. Setelah dipersetujui siapa pengerusi, siapa pengarah urusan dan lain-lain, maka ditanda tanganlah MOA.

Memorandum of Understanding ialah satu perjanjian sefahaman antara 2 syarikat untuk membuat 1 tugasan secara bersama atau atas dasar bersama. MOU mestilah dibincangkan dulu secara lisan dan setelah dipersetujui syarat-syarat yang selalunya menguntungkan kedua-dua pihak barulah perjanjian tersebut ditanda-tangani dalam 1 majlis untuk diistiharkan kepada umum.

JV ialah singkatan kepada Joint Venture. JV selalunya berlaku apabila ada 2 syarikat yang sah berhasrat membuat sesuatu secara bersama. Berkongsi untung dan rugi, bermodal dan berspesifikasi atas kadar yang dipersetujui.

SAYA TIDAK .......!

Khamis, Februari 18, 2010

Bukan Masjid Saja

Assalamualaikum,

Hari ini sepenuh hari saya berada di Mardi, Serdang.

Melawat berbagai jabatan dan terlihat perkara sama disemua jabatan yang saya lawati. Perkara sama juga kelihatan dilokasi lain yang bukan di Mardi. Dan perhatian saya mula fokus kepada semua lokasi-lokasi yang ada perkara serupa.

Saya dapati kebanyakan lokasi milik kerajaan atau pejabat yang dikunjungi orang awam mempunyai KOTAK yang dipanggil PETI CADANGAN.

Sama seperti diMasjid ArRahman, kotak peti cadangan yang besar dan telus. Kotak besar tapi tiada satu pun cadangan yang dibuat oleh ahli kariah yang berkemungkinan mencecah 5,000 orang.

Andaian nya melihat peti kotak cadangan tempat lain mungkin telah dikutip dan dibincangkan cadangan-cadangan nya.

Kotak peti cadangan masjid arrahman sejak 1 Jun 2009 memang tidak pernah ada cadangan.

Cadangan untuk dialog pun tak perlu. Kita perlu letak kotak aje sabda ajk masjid.

Isnin, Februari 15, 2010

Hari ni Public Holiday, Boss!

Assalamualaikum,

Semalam semua orang bercuti kerana cuti umum berganda.

Orang mati tidak mengira sama ada orang lain cuti atau tidak. Malaikat yang bertugas bahagian ini tidak bercuti. Orang yang menguruskan jenazah juga tidak boleh cuti.

Semalam, ahli jawatankuasa masjid mempelajari tentang "planning ahead, contigency plan dan who is responsible".

Jenazah perlu diuruskan dan sememangnya akan diuruskan sama ada AJK ada atau tiada. Namun, perkara yang perlu diperhatikan ialah urusan yang teratur atau kelam-kabut.

A well-organised management or an ad-hoc management. An ad-hoc situation in a well-organised management is totally different from a well-organised management in an ad-hoc situation.

Semalam, management orang kampong atau management ahli kariah.

Tiada siapa nazir dan tiada siapa bilal jenazah sehingga dapat bilal jenazah. Apabila dapat bilal jenazah, mulalah... tanyalah nazir, tanyalah perkara tu pada nazir dan ......nazir.

Selasa, Februari 09, 2010

Sebelum Ulangtahun

Assalamualaikum,

Rujuk kepada keinginan kerajaan baru Selangor dan perlaksanaan KPI untuk masjid.

Apakah Masjid Ar-Rahman telah lakukan (rujuk KPI):

1 - Carta organisasi - turunkan dan buang, belum naikkan yang baru. Masih mengumpul maklumat pegawai dan AJK masjid.

2 - Mesyuarat - Mesyuarat Biro masih tidak diadakan (Biro masih tidak adakan ajk mereka sendiri). Yang saya dengar, mesyuarat sulit dan mesyuarat kedai kopi selalu diadakan.

3 - Penyata Kewangan - Penyata kewangan yang dimesyuaratkan seringkali tidak memuaskan hati ajk. Mungkin pembentangan kewangan tidak jelas atau format kewangan tidak menerangkan aktiviti yang berlaku atau tiada penjelasan terperinci dengan apa yang dilakukan.

4 - Pengurusan Sistem Fail - Jika pada saat ini AJK dibubarkan, maka saya pasti sesiapa yang mengambilalih akan meraba satu masjid untuk mencari fail, surat dan sebagainya.

5 - Penyertaan Pegawai / AJK Dalam Kursus - Ada kemajuan sebab ada imbuhan.

6 - Akhlak Islam AJK serta keluarga - ukuran perlu dibuat pada diri sendiri.

7 - Kebajikan Pegawai dan AJK Masjid - Masih tidak prihatin.

8 - Prasarana dan Kemudahan - Masih seperti mana 10 tahun yang lalu. Pembaharuan yang diinginkan tinggal atas kertas sahaja.

9 - Keceriaan Masjid - Keadaan infrastruktur masjid masih dapat bertahan sepertimana masa diambil-alih. keceriaan masjid yang tidak ceria dan ahli jemaah pun ahli jemaah warisan yang tidak ceria. Masa ambil alih pengurusan masjid, diambil alih dengan jemaah yang sama. Hanya tukar pengurusan baru dengan AJK baru. AJK lama ramai yang tak datang masjid. (kalau ikut pandangan saya, kurang sikit dari yang dulu kerana ada mentol lampu dan sebagainya yang rosak tidak diganti)

10 - Pengajian - Selagi ada penceramah bangang dan mencanangkan kebanganganya, maka selagi itu masjid akan dalam kebangangan. Ini termasuklah nazir bangang, ajk bangang dan ahli jemaah pun terikut menjadi bangang. Kutipan majlis ceramah kemana? Entah.

11 - Penganjuran Hari Kebesaran Islam - Pengurusan masjid memang berminat mengadakan keraian-keraian. Tahapnya sehinggakan aduan dibuat kepada SPRM dan bendahari telah disoal-siasat oleh SPRM. Sehingga hari ini, keputusan siasatan belum diperolehi.

12 - Masjid Tempat Rundingan - Ramai yang tidak berminat menjadikan masjid tempat perjumpaan dan perbincangan. Bak kata pepatah Timbalan Nazir: Kalau nak apa-apa, tulislah cadangan dan masukkan dalam kotak yang disediakan. (surat layang adalah!)

13 - Kerjasama Amal - Majlis Tarawih dan Korban telah disempurnakan dengan jaya dan kerjasama dijalinkan antara ahli kariah dan AJK Masjid. Betul ke? Hanya kadang-kadang teringat juga pepatah Pengerusi Infrastruktur: "Siapalah nak bekerja untuk masjid!"

14 - Pembentukkan Peribadi Muslim Ahli Kariah - Gotong royong dimasjid hanya untuk AJK masjid, dengan itu dapat menyatu padukan AJK masjid. Ahli kariah perlu tahu sahaja tanpa melibatkan diri. [Lepas gotong royong, pekena nasi kandar (untuk AJK Masjid sahaja)]

Begitulah 14 perkara yang pihak kerajaan Selangor bayangkan untuk pihak rakyat diperingkat kariah lakukan. Semua itu untuk kepentingan rakyat jelata. Begitulah juga pandangan saya tentang keadaan 14 perkara tersebut yang di implimentasi dimasjid Ar-Rahman.

Teringat saya pada kata-kata pemberita TV?:

"Jika hotel ada 5 bintang kenapa masjid tidak berbulan bintang!"

Sabtu, Februari 06, 2010

Mesyuarat Pengurusan Ke-4

Assalamualaikum,

Pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Nazir, mesyuarat telah dapat menyatukan semua ajk untuk bersama memikirkan masalah pengurusan masjid. Namun, mesyuarat belum dapat memikirkan masalah jemaah / kariah, penglibatan dan peranan pengurusan masjid didalam masyarakat.

Masjid masih berfikir untuk kepentingan sendiri.

Lepas solat jumaat, pemeriksa kira-kira berjumpa saya dan membincangkan tentang kewangan masjid dan pengendalian kewangan masjid. Saya hanya menasihati beliau tentang peranan beliau untuk memperlihatkan ketelusan kewangan masjid.

Beberapa persoalan tentang bidang kuasa pemeriksa kira-kira diminta penjelasan. Saya menerangkan tentang kuasa sedikit pemeriksa kira-kira yang boleh membatal atau menunjukkan pengiraan bendahari yang tidak telus.

Saya menggalakkan beliau supaya bertanya dalam mesyuarat tentang "baki tunai dalam tangan" tersebut adakah sepatutnya dikira dan "baki tunai dalam bank" adakah beliau perlu tengok bank statement. Saya menumpukan perhatian beliau tentang "baki tunai dalam tangan" mengapa perlu simpan lebih dari yang sepatutnya.

Dengan kata lain, bendahari perlu ada bajet kewangan. Bajet kewangan ini telah tidak dipersetujui bendahari dengan beberapa alasan yang tidak boleh diterima. Apabila bendahari seolah-olah tidak suka kepada bajet, maka saya mensyaki yang ada permainan duit berlaku.

Saya juga menasihati beliau tentang odit harta masjid. Beliau perlu kemukakan dalam mesyuarat tentang perkara tersebut. Selama 8 bulan pengurusan baru, harta masjid menjadi misteri.

Begitu begini, saya telah berdiri dengan beliau selama lebih se jam. Memang terasa tetapi kerana topik yang hangat, sejam bagaikan 15 minit.

Khamis, Februari 04, 2010

Tak Jadi Jadi

Assalamualaikum,

Dibincangkan dengan hangat akan beberapa projek untuk menjana pendapatan selepas tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana agensi kerajaan dan syarikat. Jika ada sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan projek-projek berikut, silalah berhubung terus dengan saya.

1 - Bandaraya dalam taman.
Projek boleh dimulakan dengan modal RM100,000.00. Boleh cecah sehingga RM1juta atau lebih. Kawasan telah dikenalpasti dan kaedah perlaksanaan telah dibincangkan. Projek menunggu pelancaran. Individu yang berminat perlu menyatakan kesanggupan atau kemampuan untuk menyertai projek.

2 - Pengambilalihan syarikat berprojek. Ini bukan ambil-alih projek bermasalah tetapi projek yang belum dijalankan disebabkan ketiadaan dana yang mencukupi untuk memulakan projek. Projek telah ditenderkan tetapi syarikat penender tidak ingin meneruskan perlaksanaan projek. Dari mulut, saya dengar RM15Juta cadangan untuk menjual syarikat dan projek tersebut. Projek bernilai RM25Juta.

3 - Pembekalan Bahan Cetak. Menjadi agen jualan bahan-bahan cetak, cenderahati berunsur alQur'an dan seumpamanya. Agen daerah dan negeri sedang direncana untuk menjadi pembekal terus kepada pengguna. Projek boleh bermula dengan RM1,000.00 selain agen perlu ada kedai atau gerai.

4 - Agen Perkhidmatan Antarabangsa. Agen menjual nilai kad prabayar domestik dan antarabangsa, bayar bil setempat, menjadi agen menghantar bungkusan antarabangsa, membaharui paspot antarabangsa, pengiriman wang antarbangsa. Rangkaian boleh dibuka dilokasi-lokasi yang ada ramai penduduk Indonesia, Bangla Desh dan seumpamanya. Projek boleh bermula dengan modal RM1,000.00 selain memerlukan sebuah handphone, sebuah komputer dan talian internet wayarles.

Ada banyak lagi projek yang ingin dilaksanakan, jika ingin dibincangkan, bolehlah chat atau jumpa untuk dibincangkan.

Selasa, Februari 02, 2010

Merisik Pinangan ke Perlis

Assalamualaikum,

Semalam, pelancongan kantoi sebab gangguan kesihatan. Heran dengan mutlaknya kekuasaan Allah, kena balek.

Sampai rumah, ahli kariah cari, bendahari cari dan saya ke masjid mencari.

Dimasjid dapat pula peluang chat dengan kawan chat ajk masjid. (Masjid ada broadband jenis pakai selagi boleh). Cerita berkisar dengan IP VPN, Web Filtering, Traffic control dan perkara-perkara yang berkaitan dengan IT zaman kini.

Keadaan menjadi serius dan satu kumpulan merisik akan dihantar kePerlis. Jika proposal diterima mungkin pinangan juga akan diterima. Harap-harap begitulah. Disini dipautkan pautan1 dan pautan2 sebagai penerangan untuk kumpulan perisik pinangan tersebut.

Isnin, Februari 01, 2010

Aktiviti Masa Mesyuarat - Melancong

Assalamualaikum,

Semalam mesyuarat pengurusan masjid yang ke-4. Nazir tiada. Pergi melancong ke Melaka.

Rasanya memang ingin meletak jawatan sebagai nazir tetapi disebabkan beberapa cabaran yang berlaku, masih tetap mempertahankan jawatan nazir.

Bandar Melaka telah banyak berubah dari akhir lawatan. Lawatan terakhir ialah 3 tahun dulu. Saya pergi ke MITC - Melaka tak tahu apa bendanya tapi disitulah berbagai-bagai bangunan kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan berada.

Melihat keindahan bangunan-bangunan tersebut terfikir pulak, seandainya tangan yang memerintah negeri itu adalah yang ikhlas, jujur dan berfikrah islam; alangkah bertuahnya orang melaka.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat