Selasa, Mac 30, 2010

Parti Mana?

Assalamualaikum,

Pagi tadi soalan cepumas terluah sudah.

Terdengar desas desus sebelum ini, seseorang bertanyakan secara berbisik tentang cenderong nazir arah kemana.

Soalan itu timbul sebab ada sekolah yang membuat mesyuarat PIBG dan ingin menjemput exco kerajaan Selangor datang merasmikan mesyuarat tersebut. Maka ditanyalah kepada ahli mesyuarat tentang siapakah yang akan mengiringi exco semasa ketibaannya.

Siapakah ketua masyarakat kampong kita? Ketua kampong negeri Selangor, ketua kampong JKKP dan Nazir.

Entah bagaimana, saya menerima panggilan telefon tentang persoalan tersebut. Saya kata: sepatutnya tidak timbul persoalan ketua masyarakat cenderong ke parti mana, sebab ketua masyarakat wajib melayan masyarakat yang berbilang fahaman politik, ugama dan kepercayaan.

Dalam mesyuarat ada yang berkata:"Dia (nazir) tu UMNO, mana boleh iring exco".

Jumaat, Mac 12, 2010

Nazir Kawin 1

Assalamualaikum,

Dalam mesyuarat nazir-nazir telah dibincangkan tentang pemegang jawatan dalam pentadbiran masjid.

Ekoran dari beberapa nazir bertanya tentang kesibukan mereka dan ajk-ajk yang lain dengan banyak kerja nazir dan sebagainya, mereka meminta pegawai pengurusan masjid JAIS meringankan tugas nazir-nazir.

Akhirnya kesimpulan yang dibuat ialah: seharusnya 1 orang memegang 1 jawatan.

Ada nazir yang menjadi jurunikah dan menjadi ketua kampong sekali gos.

Ada ajk kampong yang memegang jawatan ajk masjid, belum termasuk menjadi ajk sekolah dan sebagainya.

Lalu dinasihatkan supaya peganglah 1 jawatan dan bersungguh-sungguh lah dengan jawatan tersebut.

Teringat kata ketua kampong: "Inilah yang ada, orang lain tidak mau". (merujuk kepada adiknya menjadi bendahari masjid, anaknya pemuda masjid, bapa saudaranya yang menjadi timbalan nazir dan bendahari jkkk, imam1 yang menjadi setiausaha jkkk, beberapa orang ajknya yang menjadi ajk masjid.

Kami (nazir-nazir) berbisik dalam mesyuarat tersebut: Dia nak suruh kita letak jawatan ke?

Pencapaian

Assalamualaikum,

Semalam mesyuarat nazir-nazir daerah Klang telah berlansung.

Sebelum mesyuarat, satu penyampaian hadiah dan cenderahati dibuat kepada masjid yang berprestasi baik diadakan. Ukuran dibuat melalui sistem KPI masjid.

Masjid Al-falah Kampong Idaman dapat menduduki tahap baik walau pun tidak mendapat nombor 1 dalam KPI tersebut.

Saya terfikir juga tentang AJK masjid tersebut. Kalau melihat kepada nazirnya, memang masjid tersebut tidak mendapat apa-apa pun. Tak tau pula kalau jenis nazir yang nampak pendiam dan suka berjenaka tetapi mempunyai gerak kerja yang tegas aktif dan berkualiti.

Masjid Ar-Rahman dengan nazir yang aktif, ada blog, ada laman web, ada kepakaran dan boleh berbahasa arab lagi, namun KPI masjid tak tersenarai pun.

Apakah yang menjadi sasaran ajk masjid ar-rahman? Mantan nazir sessi lalu memberi jawapan selepas asar tadi.

Ahad, Mac 07, 2010

Mesyuarat AJK ke-5 - CASH

Assalamualaikum,

Pagi tadi meja mesyuarat kena tampar. Gaya tamparan seperti dendam kerana jika ingin menegur, rasanya tidak perlu tampar meja sampai nak roboh. Walau bagaimana pun, meja dah kena tampar.

Saya rasa, saya lebih berhak untuk tampar meja kerana saya nazir.

Lepas dari peristiwa kelulusan mendahulukan belanjawan yang disokong dengan dokumen-dokumen berharga lebih dari 1,000 ditolak, saya dapat merealisasikan pendapat dan sekaligus menyampaikan hasrat hati untuk menyatakan apa yang selama ini dipendam.

Saya memang ingin menyatakan tentang pembiayaan dari sesiapa pun hendaklah secara tunai. Pembiayaan hanya dengan air liur dan cakap-cakap yang berlagak telah banyak kali dibuat dan telah banyak kali diputar belitkan.

Sekarang semua urusniaga dimasjid wajib secara TUNAI.

Isnin, Mac 01, 2010

Persediaan Mesyuarat Agong

Assalamualaikum,

Hampir 1 tahun masjid diurus oleh pegawai dan ajk baru. Pegawai dan ajk sessi sebelum pemerintahan bertukar adalah atas arahan wakil rakyat pada masa itu.

Kali ini pegawai dan ajk adalah dari cadangan, sokongan dan undian yang dibuat dalam mesyuarat pemilihan pegawai dan ajk yang dihadiri oleh ahli jemaah.

Dalam pemilihan tahun 2009 hari tu, corak pemilihan adalah mirip mesyuarat pemilihan umno. Bezanya hanyalah dari sudut kebebasan untuk sebarang jemaah berpeluang mengambil bahagian dalam proses memileh dan dipileh.

Mesyuarat agong sekali ini adalah mesyuarat agong sekali ini. Tidak ada pengesahan minit mesyuarat agong tahun lalu kerana mesyuarat agong tahun lalu terhenti separuh jalan.

Masjid Bangang / Bengang

Assalamualaikum,

Semalam masjid mengadakan sambutan maulidur rasul. opps!

Semalam JKKK mengadakan sambutan maulidur rasul dimasjid.

Saya diberi hadiah bersama pasukan berzanji oleh JKKK dan dengan itu masjid jadi milik JKKK. Lagi pun ramai AJK JKKK adalah AJK Masjid. Kabarnya pun sambutan itu adalah anjuran bersama AJK JKKK dan AJK Masjid.

Sambutan diraikan dengan Forum. Panelis bercerita tentang kapal selam PM secara komedi, ramai juga yang gelak ketawa. Panelis bercerita tentang perkara-perkara lain yang membuat hadirin suka, riang ketawa. Semua tu berlaku dalam masjid.

Ikut cerita dan kiasan yang dibawa panelis dari beberapa orang termasuk isteri dan ipar saya, saya berkesimpulan: ITU BUKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.

YA ALLAH! AMPUNI LAH KAMI SEMUA.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat