Rabu, September 29, 2010

Mesyuarat Agong ke-13

Assalamualaikum,

Telah berlalu mesyuarat yang semua nanti-nantikan.

Yang hendak menghentam tidak menghentam.

Yang tidak mahu bermesyuarat datang mesyuarat.

Alhamdulillah, mesyuarat tidak seperti mana yang dijangkakan sebelum ini. Jangkaan nya ada yang akan bertumbok tetapi tidak, kemesraan dapat dirasakan.

Ahad, September 26, 2010

Kata Tak Tapi Ya

Assalamualaikum,

Posting hari ini ialah tentang jemputan mesyuarat agong masjid.

Jemputan dibuat kepada Penasihat tetapi dia marah sebab tak dijemput. Telefon sana sini minta sokongan, kemudian datang pula.

Datang itu saya kira sebagai datang tanpa jemputan. Hanya dalam mesyuarat agong masjid, kita tak kisah sesiapa pun boleh datang sama ada dijemput atau tidak.

Ketua penyelaras dan pengurusan masjid marah ketika saya menelifon beliau untuk merasmikan mesyuarat agong masjid. Marah atas sebab ada orang menelifon beliau dan beliau ditegur kerana Setiausaha menjemput Ketua Kampong JKKP.

Saya menjanjikan sesuatu kepada Ketua Penyelaras / Pengurusan masjid atas syarat beliau sanggup datang. Maka beliau datang.

Orang yang datang kemudian dari beliau tidak diundang untuk hadir tetapi beliau hadir. Saya terima sebab mesyuarat agong masjid bersifat umum.

Orang yang terakhir datang juga walau pun beliau marah sebab tidak dijemput walau pun kami telah jemput. Saya tidak tahu, adakah dia perlu jemputan yang melebihi dari Ketua penyelaras dan pengurusan masjid!

Mesyuarat berjalan lancar walau pun beliau tidak mau datang.

Jumaat, September 24, 2010

Kesian Anak Yatim

Assalamualaikum,

Begitulah keluhan saya terhadap nasib anak-anak yatim Pendamaran Jaya.

Penasihat dalam memberi ucapan pada hari pengagihan duit raya anak-anak yatim telah mencadangkan kepada pengurusan masjid supaya buatlah keraian anak-anak yatim tersebut dengan meriah sedikit daripada yang masjid buat tempoh hari.

Saya tidak terusik dengan ucapan tersebut. Hanya cara dia menyampaikan ucapan tersebut yang mengusik.

UMNO ada membuat pemberian duit raya kepada anak yatim senarai mereka di hotel Crystal Crown sebelum itu.

Penasihat membuat keraian kepada ibu-tunggal dan asnaf mereka didewan JKKK.

Saya membuat pengagihan duit raya anak-anak yatim di beranda masjid saja.

Terhasil dari usikan tersebut, saya telah mengeluarkan satu surat dengan hasrat bersama ketua kampong, umno, pas, pkr, dato'2 dan orang berwang untuk meraikan semua anak-anak yatim, fakir miskin, ibu-tunggal, muallaf dan orang kurang upaya dengan satu keraian aidilfitri dimasjid. Setakat ni tiada sambutan menggalakan. Majlis dijadualkan pada 26hb Sept ini tetapi akan ditangguh.

Isnin, September 13, 2010

Pidato Eidul Fitri

Assalamualaikum,

Masa belajar kat pondok hari tu, ada tok guru sebut tentang zahirnya satu-satu perkara pada kita adalah hasil dari satu sebab. Sebab itu pula ada yang menyebabkan nya berlaku.

Kalau mengaji orang putih, dipanggil action and reaction. Every action there must a reaction.

Dalam pesanan eidulfitri dimasjid Ar-Rahman pada pagi eidul-fitri, penasihat telah mencemar majlis dengan melontarkan kata-kata yang menyinggung perasaan Setiausaha masjid. Maka pada giliran nazir berucap, setiausaha mengambil kesempatan membalas semula kata-kata tersebut. (Nazir tiada kerana menghadiri solat sunat eidul-fitri dimasjid negeri bersama Sultan)

Cerita nya: Pengurusan masjid telah membanci 100 orang pemohon asnaf fakir miskin dan dari jumlah tersebut 10 telah gagal. Penasihat telah menasihati penduduk bahawa dia tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.(menyalahkan pengurusan masjid)

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat