Ahad, Ogos 19, 2012

Menyambut aidilfitri - Banjir

Assalamualaikum,

Pagi tadi selepas solat sunat aidilfitri, tengok pejabat masjid dibanjiri air.

Gambar Hiasan


Saya bawa Penyelaras Dun tengok kawasan banjir dipejabat tersebut.

Begitulah laporan hari raya tahun ini.

Taqab ballallahu minna wa minkum.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Pemberita Sinar Masjid

Assalamualaikum,

Ramadhan sudah kepenghujung. Insya' Allah, Allah makbulkan amal ibadat kita sepanjang Ramadhan. Moga-moga Ramadhan tahun ini dapat mengajar dan membimbing kita sehingga ke Ramadhan hadapan.

Berita terkini subuh tadi ialah ada ahli jemaah mempertikaikan pengurusan masjid tentang pemberian hanya "sekotak kurma" kepada peserta tadarus alqur'an pada tahun ini.

Berita kedua ialah persoalan pendapatan Ramadhan sebanyak RMxx,xxx.oo dibelanjakan kemana?

Saya secara peribadi merasa sedih juga dengan ??? tersebut kerana:

1- patutkah saya iklankan sebelum melaksanakan program tadarus, hadiah-hadiah / ganjaran-ganjaran yang akan diberikan jika menyertai kumpulan tadarus?
2 - dari mana jumlah pendapatan sebanyak RMxx,xxx.00 diperolehi? sedangkan pihak pengurusan belum lagi menjumlahkan infak tunai yang masjid dapat.

Kalau dalam kes polis, mesti kerja orang dalam.


Dengan akhir ucapan "takab ballahu min na wa minkum".

Selasa, Ogos 14, 2012

Gegak Gempita

Assalamualaikum,

"Kalau dengan suara yang kuat dan deras, tak payah guna mikrofon pun tak apa."

Itulah yang sering diungkapkan oleh jemaah kariah Pendamaran Jaya.

Pagi tadi sistem PA mengalami kerosakan dan semua.... ya SEMUA ahli jemaah merungut dan menyalahkan Bilal 1 kerana anggapan mereka Bilal 1 yang menyebabkan sistem PA tersebut mengalami kerosakan. Bilal 1 azan pagi tadi.

Sistem PA tersebut dipasang dan digunakan bermula 3hb Ogos hari tu sempena menyambut DYMM Baginda Sultan Selangor. Belum dibayar lagi, dah ROSAK.

Bilal 1 mempunyai suara yang kuat dan lantang. Dia tidak perlu menggunakan mikrofon untuk azan dan dapat didengar oleh ahli kariah yang tinggal sekitar 100 meter dari masjid. Kalau dia marah siak dalam masjid, dia hanya perlu cakap seperti biasa disaf depan sedang siak berada disaf akhir masjid.

Isnin, Ogos 13, 2012

Kuasa Veto KK?

Assalamualaikum,

Berikut adalah mereka yang KALAH dalam pengundian pencalunan ajk masjid 2012-2015 tapi memegang jawatan.

Arshad Husin (Bendahari)
Jamaludin Hamid (Timbalan Nazir)(mangsa keadaan)

Ini adalah yang tak berkaitan tetapi memegang jawatan. Zulkifli Khalid (Bilal 1)

Dalam pengurusan, macam-macam berlaku.

ALASAN (Bendahari & Bilal 1):JAIS masih inginkan perkhidmatan mereka.


AMPUN TUANKU!

Sabtu, Ogos 11, 2012

Kisah Lama

Assalamualaikum,

Pagi tadi kuliah subuh oleh ustaz Ahmad Rizam.
ustaz ni ada komen dulu tentang nazir, tapi saya dah tak kisah pun hal tu.
,
Salah satu sebab saya letak jawatan dulu pada 2010.

Jumaat, Ogos 10, 2012

BIRO ADUAN PERKHIDMATAN AHLI KARIAH (BAPAK)

Assalamualaikum,


BAPAK akan mengadakan mesyuarat penubuhan selapas Ramadhan. Diantara peranan BAPAK yang utama adalah menanggung SEMUA kos pengurusan jenazah ahli kariah.

Ahli kariah diminta mendaftar ketika kumpulan "DAFTAR AHLI KARIAH" menjalankan pendaftaran dari rumah kerumah dan memungut kutipan pendaftaran.

Kumpulan pendaftar juga akan memberi satu buku panduan dan peraturan kecil kepada setiap rumah. Buku panduan / peraturan kecil ini akan mengandungi syarat-syarat dan kaedah yang digunakan bagi bantuan yang dibuat.

Jika ada kesulitan dan cadangan, sila tinggalkan pesanan di facebook:Pengerusi BAPAK / atau hubungi telefon:03-31666580 - pejabat BAPAK.

Isnin, Ogos 06, 2012

Emel: bantuanbapak@gmail.com

Assalamualaikum,

Maaflah kalau terlambat kemaskini.

Jika ada aduan atau pun bantuan yang diperlukan dari masjid Ar-Rahman, silalah hantar ke emel berikut:
bantuanbapak@gmail.com

Insya' Allah, yang mana kami boleh bantu segera, kami bantu.

Yang kami tidak berkemampuan, kami cuba hubungi pihak berkenaan untuk membantu juga selagi terdaya.

Sekian.

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat