Isnin, Julai 19, 2010

Aktiviti JKKK di Masjid

Assalamualaikum,

Saya tidak pernah lagi mendengar masjid tidak memberi kerjasama kepada mana-mana persatuan atau individu yang ingin mengadakan apa-apa keraian atau sambutan dilokasi masjid.

Terkecuali beberapa insiden yang melibatkan parti politik. Itu pun atas sebab mereka menonjolkan parti terlebih dari politiknya.

Satu kerjasama terjalin kerana sefahaman. Sefahaman bermakna kedua-dua pihak menyetujui. Jika mana-mana satu pihak tidak setuju atas mana-mana perkara maka perjanjian sefahaman tidak berlaku.

Untuk bekerjasama dengan masjid, tidaklah boleh masjid menanggung beban yang banyak seperti mengeluarkan dana dari tabung masjid. Masjid boleh memberikan ruang atau tempat dalam perkarangan masjid, itu pun tidak boleh menganggu orang lain yang ingin ber 'uzlah' disitu.

Masjid Pandamaran Jaya tidak menyenangi aktiviti yang riak. Riak bermakna membuat sesuatu dan ingin kepujian dari aktiviti tersebut.

2 ulasan:

  1. SALAM. INSYA ALLAH PIHAK PENGURUSAN MASJID AR RAHMAN PANDAMARAN JAYA AKAN MENGANJURKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PADA 27 FEBRUARI 2011 (AHAD). SEBELAH PAGI AKTIVITI BERARAK BERAMAI-RAMAI KELILING KAMPUNG, PERTANDINGAN AZAN, IQAMAT & MEWARNA UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH. SEBELAH PULA SELEPAS MAGHRIB MARHABAN & BERSELAWAT. SELEPAS ISYAK FORUM PERDANA. KEPADA TUAN BLOGGER SEKELUARGA DIJEMPUT HADIR. SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TUAN BLOGGER MAJLIS KAMI AKAN MERIAH DAN DIHARAP TUAN BLOGGER DAPAT MENYAMPAIKAN HEBAHAN INI KEPADA JIRAN-JIRAN SERTA RAKAN-RAKAN TUAN BLOGGER. TERLEBIH DAHULU SAYA BAGI PIHAK MASJID MEMOHON MAAF SEKIRANYA MASJID YANG KAMI LAKSANAKAN KELAK TIDAK DAPAT MEMUASKAN HATI TUAN BLOGGER. KAMI HANYA INSAN BIASA DAN TIDAK MEMPUNYAI KUASA KUASA UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK.
    WASALAM.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Baharu hari ini, setelah bergelar mantan nazir saya jumpa maklumbalas ini.

    Sayang sekali, di alam maya; bila kita menaip dengan menggunakan huruf besar; kami akan kata bahawa itu MENJERIT atau BERCAKAP KUAT; seolah-olah kami pekak.

    Mungkin juga pc dia tiada perkataan biasa berhuruf kecil.
    Wassalam.

    BalasPadam

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat