Khamis, Disember 16, 2010

Tertunggu-tunggu Penjelasan "Kafirlah Nazir..."

Assalamualaikum,

Telah beberapa hari dan telah 2 kali saya menghantar emel kepada seorang ustaz tentang posting seorang blogger. Namun tiadalah berita sehingga kini. Mungkin ustaz tu sibuk.

Emel saya hanya ingin penjelasan tentang komen ustaz tersebut dalam blog seorang blogger. Blogger tersebut komen seperti ini:

"Khas Buat Nazir Masjid Negeri Selangor!!
Salam Sejahtera..


Kira-kira empat bulan yang lalu, sewaktu kuliah bulanan Ustaz Haji Ahmad Rizam bin Ghazali dari Batang Kali, Selangor, beliau mencerita yang banyak kuliah-kuliahnya telah ditarik balik kelas pengajiannya oleh kerana beliau tidak mempunyai tauliah.


Komen beliau hanyalah, jika nazir-nazir itu lebih takut kepada MAIS daripada takutkan perintah Allah, maka kafirlah Nazir tersebut...


Hari ini keluar lagi berita-beita yang sebegitu.. .mstar ..


Tak payahlah nak jadi Nazir masjid, kalau begitu.., letak jawatan ajalah, orang nak buat kerja amal biarlah dapat pahala, ,,, kalau dah free aja dapat kafir.. apa ke benda....
"

Saya hanya inginkan penjelasan adakah ustaz tu sebut tentang ungkapan "kafirlah nazir tersebut", bukan sebab apa; bolehkah saya pula kata: "andainya ustaz tu memandu dan dia ikut semua arahan lalu-lintas maka kafirlah dia kerana dia lebih patuh kepada JPJ daripada takutkan perintah Allah".

Tiadalah niat saya untuk menimbulkan isu kafir-mengkafir ni. Ampun.

1 ulasan:

  1. assalamualaikom....

    saya mohon ampun dan maaf terlebih dahulu jika kenyataan saya didalam kuliah saya....tlh menyentuh mana mana pihak... apakah sememang nya ada syarat didalam syara jika mana mana org yg ingin menyampaikan amar ma,ruf nahi mungkar wajib ada nya tauliah....? apakah jika tiada tauliah maka org tersebut di kira sesat? maka dalam alquran allah memerintah supaya kita melakukan amar ma,ruf nahi mungkar..firman allah.. maka sampaikanlah secara berterus terang apa yg diperintahkan kepadamu wahai muhammad dan berpaling lah drpd org org myusrik .(surah al-hijr..94)... apakah hukumnya jika mana sesorang itu melarang orang drpd melakukan amar ma,ruf nahi mungkar yg tlh diperintah oleh allah....apakah sama macam hukumnya jika mana kita berhenti di lampu isyarat merah yg tlh diarahkan oleh JPJ....??????? apakah kita perlu mengikut pd sesuatu perintah wlpn jelas bahawa perintah itu bertentangan dgn perintah allah? kafir itu terbahagi kpd 2...kafir ni`mat dan kafir akidah. jika mana kita mendapat ni`mat pangkat lalu kita melawan allah ia jatuh kpd kafir ni`mat. ttp jika kita meletakkan bahawa ada selain allah lbih berkuasa .boleh memudarat kan dan memanfaat kita maka kita telah mensyirikkan allah maka jatuh kpd kafir akidah. dalam kuliah saya terdahulu saya tidak menyatakan mana mana nazir secara khusus di selangor..saya berharap perkara ini tidak dijadikan sebagai satu isu untuk kepentingan sesuatu pihak. maka jika kita benar benar sayang kan agama islam maka imarahkan lah masjid dgn ilmu dan ibadah walaupun siapa yg mentadbir kerana semuanya akan didakwa oleh allah dalam amanah yg tlh ditanggung jawab kpd mereka.. wallahu alam

    BalasPadam

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat