Selasa, Ogos 14, 2012

Gegak Gempita

Assalamualaikum,

"Kalau dengan suara yang kuat dan deras, tak payah guna mikrofon pun tak apa."

Itulah yang sering diungkapkan oleh jemaah kariah Pendamaran Jaya.

Pagi tadi sistem PA mengalami kerosakan dan semua.... ya SEMUA ahli jemaah merungut dan menyalahkan Bilal 1 kerana anggapan mereka Bilal 1 yang menyebabkan sistem PA tersebut mengalami kerosakan. Bilal 1 azan pagi tadi.

Sistem PA tersebut dipasang dan digunakan bermula 3hb Ogos hari tu sempena menyambut DYMM Baginda Sultan Selangor. Belum dibayar lagi, dah ROSAK.

Bilal 1 mempunyai suara yang kuat dan lantang. Dia tidak perlu menggunakan mikrofon untuk azan dan dapat didengar oleh ahli kariah yang tinggal sekitar 100 meter dari masjid. Kalau dia marah siak dalam masjid, dia hanya perlu cakap seperti biasa disaf depan sedang siak berada disaf akhir masjid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat