Ahad, September 02, 2012

Letak Jawatan

assalamualaikum,

Pagi ni dapat surat dari Pengerusi Biro Tarbiah. Dia letak jawatan sebab tak boleh seragam dengan Nazir masjid.

Saya tak boleh berkata apa2 sebab surat tu diberi salinan kepada beberapa orang kuat kampong.
Penasihat Masjid (Ketua Kampong)
Imam1 - (Setiausaha JKKK)

Nak pujuk pun tak boleh sebab surat tu dialamatkan kepada Setiausaha Masjid.

Walau bagaimana pun, saya ucapkan SYABAS kerana berani bertindak jika kita tak setuju dengan kaedah yang ada. Tapi janganlah putuskan hubungan dengan kawan2.

2 ulasan:

  1. 1.mohon dapat diadakan kelas tajwid di sebelah malam.sekarang hari khamis je lepas asar,ramai yang tak dapat ikut khusus golongan pertengahan.

    2.satu lagi tengok-tengoklah tandas tu sampai tandas duduk pun boleh tercabut,perbetulkan dan tambah kalau boleh,org luar selalu kesulitan.

    3.adakah imam no 4 baca khutbah rekaan sendiri tidak seperti yang disediakan JAIS dan kalau dia mengajar adakah tauliahnya ,lagipun mana dia menuntut dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1- Kelas Tajwid

      Selepas aidilfitri tahun ini 2013, insya' Allah kelas tajwid akan dimulakan semula dan Mantan Imam, Hj. Nordin akan mengetuai kelas tersebut.

      2- Tandas masjid.

      Dalam perhatian pihak pembangunan masjid.

      3- Khutbah rekaan sendiri

      Khutbah akan dibacakan oleh Imam Lantikkan 1 dan 2. Imam jemputan hanya akan berkhutbah jika diberi jadual untuk beliau dan jika Imam Lantikkan bercuti. Khutbah sepatutnya seperti yang disediakan oleh JAIS.

      4- Tauliah mengajar

      Pengurusan masjid masih mencari kaedah menamatkan kuliah atau ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang tidak bertauliah. Diharap perkara begini mendapat kerjasama dari ahli kariah dengan membuat ADUAN RASMI kepada pihak masjid. Sila berhubung dengan Pengerusi Biro Aduan.

      Sekian. Terima kasih atas prihatin tentang kendalian masjid Ar-Rahman. (Blog ini bukan blog masjid Ar-Rahman)

      Padam

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat