Sabtu, Jun 12, 2010

Pemilihan AJK Masjid dan Surau - Politik Masjid

Assalamualaikum,

Setelah 1 tahun menjadi nazir, dan meneliti cara-cara pemilihan AJK Surau dan cara pemilihan AJK Masjid tempoh hari maka bolehlah saya rumuskan bahawa dalam kariah saya, pengikut memainkan peranan siapa yang akan menguasai masjid atau surau.

Saya beranggapan tempoh hari bahawa pemilihan dibuat berdasar kepada majoriti ahli jemaah masjid akan memilih mereka yang memakmurkan masjid tetapi itu meleset sekali.

Contohnya: jika saya ingin menjadi nazir untuk sesi akan datang, saya perlu mengumpul sebanyak mungkin pengikut supaya apabila mesyuarat pencalunan dibuat saya pastikan ada orang yang mencalunkan nama saya dan disokong oleh pengikut saya dan jika ada undian dibuat, saya kena pastikan pengikut saya mengundi saya dan mestilah dengan majoriti yang banyak. Bermakna saya perlu panggil pengikut yang banyak bukan mengharap ahli jemaah mengundi saya.

Walau pun saya tidak melakukan apa-apa pun dalam sesi sekarang namun jika saya banyak pengikut maka pasti saya akan menang mengikut kaedah yang disebut.

Beberapa pengerusi surau dalam pemilihan baru-baru ini menyatakan kepada saya mengapa mereka mesti terus menjadi pengerusi. Untuk terus menjadi pengerusi surau mereka mesti memastikan sokongan padu dari pengikut dan bukan sokongan ahli jemaah. Pengikut pula tidak semestinya datang memakmurkan masjid, cukup sekadar datang pada hari pengundian sahaja.

Rumusan: Ahli jemaah sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesaorang sebagai AJK atau Pegawai masjid dalam kariah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat