Rabu, Disember 30, 2009

Singapura Dilanggar Todak, Malaysia?

Assalamualaikum,

Perkataan 'aura' saya kenal dan pelajari dari perbualan orang-orang lain yang sering bercerita tentang artis, orang berpengaruh dan ada 'magnet'.

Tadi, dalam berbincang tentang beberapa projek telekomunikasi dengan seorang berprojek; datang seorang lain dengan satu kisah disekeliling aura seorang hamba Allah.

Apa yang dapat dirumuskan dari cerita aura tersebut adalah seperti cerita 'Singapura Dilanggar Todak'. Pembesar negara yang berpengalaman dan berpangkat seperti Dato' Sri, Tan Sri dan sebagainya akan menjadi kerdil dengan kemunculan seorang budak yang mampu menasihati Raja tentang keselamatan negara.

Apa kesudahan cerita 'Singapura Dilanggar Todak' tersebut sungguh menyedihkan.

2 ulasan:

  1. A'kum Tn Nazir yg budiman,

    Memang benarlah nasib bijak pandai melayu pada zaman feudal tu. Sebenarnya inilah antara sebab bangsa melayu tidak maju. Kita ditipu, dijadikan hamba dan akhirnya tanah kita tergadai oleh inggeris, india dan china.

    Raja-raja melayu dan dato-dato pembesarnya memang tidak mahu melihat melayu maju. Sebab itulah mereka tidak mahu menghantar anak-anak melayu belajar diluar negara seperti Mesir, Jordan, Jepun, Saudi dan sebagainya. Mereka mahu pemikiran orang melayu mundur, supaya mereka boleh membolot harta kekayaan negeri ini dan menjualnya pada inggeris, cina dan india. Merekalah yang menggadai negeri kita.

    Sebab tulah para pejuang kemerdekaan seperti ahmad boestamam, pak sako dan dr burhanuddin helmy membentuk PKMM untuk memerdekakan negara kita secara republik. Tetapi niat mereka itu dihalang oleh umno.

    Begitulah malangnya nasib melayu....

    EsaBisa

    BalasPadam
  2. Lucu..tapi apa kaitannya

    BalasPadam

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat