Selasa, Januari 12, 2010

Masjid Ar-Rahman Sdn. Bhd.



Assalamualaikum,

Setelah diperbincangkan dengan hangat dan hingga ke pagi, dirumuskan oleh ahli jemaah kedai kopi mencadangkan supaya masjid menubohkan kedua biro ini yang sememang patut diadakan dimana-mana masjid mengikut peredaran zaman sekarang.

Biro Ekonomi

Biro ekonomi berfungsi untuk mendapatkan dana operasi masjid.

Dana tersebut dikutip melalui program-program yang masjid adakan seperti kursus nikah kahwin, umrah dan haji, kursus motivasi pelajar, kursus remaja dan beberapa peratus dari kutipan mereka yang memohon untuk meletak tabung kutipan dimasjid.

Dana ini bolehlah digunakan untuk membayar elaun ajk-ajk dan menambah elaun pegawai-pegawai masjid. Dana ini tidak perlu diodit kerana ia adalah pendapatan masjid dan bukan sumbangan orang ramai.

Untuk pembangunan masjid, peruntukkan dari jais dan lembaga zakat perlu digunakan.

Biro IT

Biro IT yang bermakna biro informasi dan teknologi, bukan biro ibu tunggal atau ikut telunjuk.

Biro IT akan meletakkan masjid setaraf dengan masjid-masjid kelas 1 dunia. Masjid digital seluruhnya. AJK masjid akan diberi sebuah laptop seorang, alamat emel setiap seorang dan semua transaksi komunikasi akan dibuat paperless. Setiap AJK boleh memasukkan rencana karangan mereka dalam blog atau facebook masjid atau pun setiap ajk mempunyai laman web atau blog mereka sendiri.

Mana-mana ajk yang dilahirkan dalam zaman perang jepun dan tidak mengikuti perkembangan zaman atau tidak mahu belajar menggunakan komputer akan dinasihatkan supaya meletak jawatan.

Robot akan menggantikan siak untuk mencuci karpet masjid.

Khatib hanya perlu duduk dipejabat dan merakamkan khutbah jumaat. Siaran khutbah akan ditayang mengikut program menggantikan khutbah. Skrin akan ditayang dihadapan jemaah menggantikan beliau. 1 imam, 1 bilal dan makmum seramai 39 orang akan dipileh mengikut giliran dari kalangan ahli kariah wajib menghadiri solat jumaat sebagai keperluan memenuhi fardhu kifayah. Dengan cara ini, semua ahli kariah akan terpaksa solat jemaah mengikut jadual yang ditetapkan mereka.

Nazir akan pastikan perkara ini berlaku dan memastikan semua kaedah tidak salah dari segi hukum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat