Sabtu, Februari 06, 2010

Mesyuarat Pengurusan Ke-4

Assalamualaikum,

Pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Nazir, mesyuarat telah dapat menyatukan semua ajk untuk bersama memikirkan masalah pengurusan masjid. Namun, mesyuarat belum dapat memikirkan masalah jemaah / kariah, penglibatan dan peranan pengurusan masjid didalam masyarakat.

Masjid masih berfikir untuk kepentingan sendiri.

Lepas solat jumaat, pemeriksa kira-kira berjumpa saya dan membincangkan tentang kewangan masjid dan pengendalian kewangan masjid. Saya hanya menasihati beliau tentang peranan beliau untuk memperlihatkan ketelusan kewangan masjid.

Beberapa persoalan tentang bidang kuasa pemeriksa kira-kira diminta penjelasan. Saya menerangkan tentang kuasa sedikit pemeriksa kira-kira yang boleh membatal atau menunjukkan pengiraan bendahari yang tidak telus.

Saya menggalakkan beliau supaya bertanya dalam mesyuarat tentang "baki tunai dalam tangan" tersebut adakah sepatutnya dikira dan "baki tunai dalam bank" adakah beliau perlu tengok bank statement. Saya menumpukan perhatian beliau tentang "baki tunai dalam tangan" mengapa perlu simpan lebih dari yang sepatutnya.

Dengan kata lain, bendahari perlu ada bajet kewangan. Bajet kewangan ini telah tidak dipersetujui bendahari dengan beberapa alasan yang tidak boleh diterima. Apabila bendahari seolah-olah tidak suka kepada bajet, maka saya mensyaki yang ada permainan duit berlaku.

Saya juga menasihati beliau tentang odit harta masjid. Beliau perlu kemukakan dalam mesyuarat tentang perkara tersebut. Selama 8 bulan pengurusan baru, harta masjid menjadi misteri.

Begitu begini, saya telah berdiri dengan beliau selama lebih se jam. Memang terasa tetapi kerana topik yang hangat, sejam bagaikan 15 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat