Selasa, Februari 09, 2010

Sebelum Ulangtahun

Assalamualaikum,

Rujuk kepada keinginan kerajaan baru Selangor dan perlaksanaan KPI untuk masjid.

Apakah Masjid Ar-Rahman telah lakukan (rujuk KPI):

1 - Carta organisasi - turunkan dan buang, belum naikkan yang baru. Masih mengumpul maklumat pegawai dan AJK masjid.

2 - Mesyuarat - Mesyuarat Biro masih tidak diadakan (Biro masih tidak adakan ajk mereka sendiri). Yang saya dengar, mesyuarat sulit dan mesyuarat kedai kopi selalu diadakan.

3 - Penyata Kewangan - Penyata kewangan yang dimesyuaratkan seringkali tidak memuaskan hati ajk. Mungkin pembentangan kewangan tidak jelas atau format kewangan tidak menerangkan aktiviti yang berlaku atau tiada penjelasan terperinci dengan apa yang dilakukan.

4 - Pengurusan Sistem Fail - Jika pada saat ini AJK dibubarkan, maka saya pasti sesiapa yang mengambilalih akan meraba satu masjid untuk mencari fail, surat dan sebagainya.

5 - Penyertaan Pegawai / AJK Dalam Kursus - Ada kemajuan sebab ada imbuhan.

6 - Akhlak Islam AJK serta keluarga - ukuran perlu dibuat pada diri sendiri.

7 - Kebajikan Pegawai dan AJK Masjid - Masih tidak prihatin.

8 - Prasarana dan Kemudahan - Masih seperti mana 10 tahun yang lalu. Pembaharuan yang diinginkan tinggal atas kertas sahaja.

9 - Keceriaan Masjid - Keadaan infrastruktur masjid masih dapat bertahan sepertimana masa diambil-alih. keceriaan masjid yang tidak ceria dan ahli jemaah pun ahli jemaah warisan yang tidak ceria. Masa ambil alih pengurusan masjid, diambil alih dengan jemaah yang sama. Hanya tukar pengurusan baru dengan AJK baru. AJK lama ramai yang tak datang masjid. (kalau ikut pandangan saya, kurang sikit dari yang dulu kerana ada mentol lampu dan sebagainya yang rosak tidak diganti)

10 - Pengajian - Selagi ada penceramah bangang dan mencanangkan kebanganganya, maka selagi itu masjid akan dalam kebangangan. Ini termasuklah nazir bangang, ajk bangang dan ahli jemaah pun terikut menjadi bangang. Kutipan majlis ceramah kemana? Entah.

11 - Penganjuran Hari Kebesaran Islam - Pengurusan masjid memang berminat mengadakan keraian-keraian. Tahapnya sehinggakan aduan dibuat kepada SPRM dan bendahari telah disoal-siasat oleh SPRM. Sehingga hari ini, keputusan siasatan belum diperolehi.

12 - Masjid Tempat Rundingan - Ramai yang tidak berminat menjadikan masjid tempat perjumpaan dan perbincangan. Bak kata pepatah Timbalan Nazir: Kalau nak apa-apa, tulislah cadangan dan masukkan dalam kotak yang disediakan. (surat layang adalah!)

13 - Kerjasama Amal - Majlis Tarawih dan Korban telah disempurnakan dengan jaya dan kerjasama dijalinkan antara ahli kariah dan AJK Masjid. Betul ke? Hanya kadang-kadang teringat juga pepatah Pengerusi Infrastruktur: "Siapalah nak bekerja untuk masjid!"

14 - Pembentukkan Peribadi Muslim Ahli Kariah - Gotong royong dimasjid hanya untuk AJK masjid, dengan itu dapat menyatu padukan AJK masjid. Ahli kariah perlu tahu sahaja tanpa melibatkan diri. [Lepas gotong royong, pekena nasi kandar (untuk AJK Masjid sahaja)]

Begitulah 14 perkara yang pihak kerajaan Selangor bayangkan untuk pihak rakyat diperingkat kariah lakukan. Semua itu untuk kepentingan rakyat jelata. Begitulah juga pandangan saya tentang keadaan 14 perkara tersebut yang di implimentasi dimasjid Ar-Rahman.

Teringat saya pada kata-kata pemberita TV?:

"Jika hotel ada 5 bintang kenapa masjid tidak berbulan bintang!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat