Isnin, Julai 20, 2009

Mesyuarat Pertama Gempar


Assalamualaikum,

Saudara-saudara sekelian, harap maaf kerana blog ni berbentuk diari. Hasrat dihati ialah mengumpulkan perkara-perkara yang berlaku supaya jika ada yang ingin merujuk kepada kendalian pengurusan masjid, bolehlah baca blog ni dan berhibur-hibur dengan perkara-perkara yang berlaku kepada saya semasa menjadi nazir.

Bermulalah mesyuarat pertama pengurusan masjid sesi Jun 2009 hingga terbubar.... atau Jun 2012, yang mana lebih dulu.

Ucapan penasihat:
sejarah penglibatan beliau dalam organisasi masjid.
menasihati nazir supaya jangan syok sendiri dengan jawatan tersebut dan jangan bersifat kediktatoran.
pencantasan yang beliau buat kepada senarai calun-calun adalah berniat baik.
mengumumkan akan kedatangan vip ke kariah dalam masa terdekat.

Ucapan pembukaan nazir:
-menerangkan struktur pengurusan masjid
-meminta dirakamkan permohonan maaf kepada pengerusi-pengerusi surau dibawah seliaan masjid kerana tidak menjemput mereka dalam mesyuarat pengurusan.
-mengaku banyak yang tidak diketahui tentang masjid dan kariah.

Diantara perkara menarik yang dibincang ialah:
-tentang jemputan yang dibuat oleh nazir kepada ketua kampong JKKP - penasihat telah mempertikaikannya tetapi nazir (saya) berbuat demikian atas dasar kandungan enakmen pentadbiran masjid.
-seorang ajk telah menegur nazir dan berkata ajk-ajk boleh memecat nazir.
-seorang ajk bimbang perkara-perkara yang dibincang ajk dalam mesyuarat akan diketahui oleh ahli kariah.
-nazir menegaskan bahawa tiada rahsia antara pengurusan masjid dan ahli kariah.
-nazir meminta penceramah-penceramah hendaklah dari kalangan guru-guru ahli kariah.
-nazir berhasrat mengadakan 2 majlis dialog untuk ahli kariah.

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan baik. Tidak ada tembak menembak atau lontaran kursi atau tumbuk menumbuk berlaku antara nazir dan ajk atau antara ajk sesama mereka. Mesyuarat ditangguhkan sebelum solat zohor.

Lepas solat asar, ada ajk minta satu keputusan mesyuarat ditukar. (biasa berlaku)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat