Ahad, Julai 19, 2009

Nazir bodoh!

Assalamualaikum,

Hari ini lepas solat zohor (saya tidak pergi masjid berjemaah) s/u datang mencari saya. Selalunya jika s/u mencari mesti ada sesuatu yang perlu dibereskan dimasjid. Oleh kerana cuaca agak panas, saya mempelawa s/u masuk ketempat teduh dirumah (bukan dalam rumah).

Saya bertanya kepada s/u: ada cerita baru ke?

Kata s/u: hari ini nazir kena bodoh!

saya: kenapa pulak? (saya memang tidak mudah marah atas cakap2 begitu dan air muka saya juga mungkin tidak menunjukkan kemarahan atau keheranan - mungkin ada reaksi hairan)

kata s/u: orang kata bodoh sebab mereka baca salinan berita bertajuk: "Nazir Bertanggungjawap Pantau Masjid" yang diterbitkan oleh berita dari
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/4646 pada 12hb Julai 2009.
(Memang saya suruh s/u lekatkan dipapan kenyataan.)

saya: takpe. (memang saya tidak marah kerana berita itu dari kerajaan negeri Selangor dari terbitan online mereka)

s/u pun minta diri balek kerumah.

1 ulasan:

  1. Mana ada nazir bodoh! Dalam ranking pengurusan masjid, nazir adalah paling atas dan terpandai sekali. Jika nazir bodoh maka imam2, bilal2, siak2 dan paling bodoh ialah ajk2.

    Takkanlah nazir bodoh!

    Jangan marah.

    BalasPadam

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat