Khamis, Oktober 01, 2009

Guna Duit Masjid - Haram!

Assalamualaikum,

Sebentar tadi, kira-kira jam 11pagi, semasa saya berkunjung kerumah Imam2; saya menerima panggilan telefon dari Timbalan saya.

Dari nada dan perkara yang diperkatakan didalam komunikasi tersebut, dia marah kerana saya telah membenarkan seseorang menerima RM1,000.00. Dia menyatakan juga bahawa haram guna duit masjid untuk kerja-kerja yang diberi percuma oleh TNB.

Saya cuba menerangkan kepadanya kedudukan yang sebenar, namun tidak diberi peluang. Dia pula ingin menggugut untuk mengadukan perkara tersebut kepada pihak atasannya atas orang yang membuat pemeriksaan pendawaian masjid tersebut dan telah saya berikan duit untuk membeli peralatan membaiki yang mana perlu.

Timbalan saya ialah seorang pekerja TNB. Orang yang ingin menolong memeriksa pendawaian dan sebagainya dimasjid ialah seorang pekerja TNB juga.

Saya diam dan terfikir pula:

1 -kenapa sejak dari Jun, Timbalan tidak membuat sesuatu pemeriksaan tentang pendawaian dimasjid tetapi kali ini bersungguh-sungguh tentang pendawaian tersebut? itu pun setelah ada orang ingin menolong untuk memeriksa dan membaiki yang mana perlu.

2 -adakah benar TNB memberi percuma perkhidmatan memeriksa pendawaian dan menggantikan secara percuma juga segala-gala fius dan link untuk pemasangan 3 fasa ke masjid?


Siapalah agaknya haram jadah ni?

2 ulasan:

  1. Kalau tu hal nya, saya berpendapat adalah patut tuan memanggil satu majlis penerangan perkara berkaitan bersama-sama wakil TNB demi memastikan kebenaran dan membetulkan kefahaman AJK masjid.

    Adakah upah bayaran kerja itu berpatutan? Sudahkah tuan ada sedia sebutharga drp mana-mana pihak utk kerja yg sama seperti itu..
    Jangan ikut nafsu lesu..

    Cuba tingkatkan kesabaran dan akal fikiran semua ahli AJK. Itu adalah tugas tuan.
    Jgn jadi macam lebih kurang sama je intel lijen otak kita macam org yg dlm ajk ORG lain.. Orang masjid!!

    Fikir dgn ilmu, Tak tau jgn cakap, itu merapu.. jgn buat keputusan ikut akal nafsu..
    tak Islamik betulll..
    ISLAM ADALAH CARA HIDUP (SECARA TOTAL) YG IDEAL UNTUK SEMUA MANUSIA..

    BalasPadam
  2. ni wa nya pendapat lah.....Tuan punya timbalan ade terasa hati...pasai dia x di beritahu dulu...tu yg wat dia angin....isu x de apa sgt...konon nak tunjuk kuasa lah...biasa lah..orng x beramal pada ilmu....buat ikut rasa je..

    BalasPadam

Pelawat


Berapa pelawat sejak April 2010

Pelawat